𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 41 | jelita

14.3K 1.6K 720
                                    

DIA menarik senyuman lebar. Hatinya senang melihat gelagat suaminya yang sedang mengagah si kecil Irdina yang sudah mula aktif meniarap itu. Manakala Hana berada di dalam dakapannya sedang menghisap ibu jarinya sendiri. Meleleh air liur si kecil itu. Comel.

Inilah kebahagian yang sebenar buat seorang Nawal Salwana. Dapat membesarkan kedua-dua puteri itu di depan matanya. Itu sudah cukup bermakna buatnya kerana dapat merasai menjadi seorang ibu.

"Anak baba..."

"Meh sini dekat Pak Su Malique yang kacak ni. Nanti dah besar... Kahwin dengan Pak Su." Malique melakukan lompatan bergayanya dan selamat mendarat di atas karpet itu. Kemudiannya, meniarap di sebelah si kecil Irdina yang ketawa mengekek melihatnya.

"Pak Su ramai peminat tau dekat sekolah. Siap ada fanclub tau. Pak Su bukannya nak riak ke apa. Saja la nak share dengan Irdina-- " beritahu Malique kepada Irdina yang turut memandangnya dengan mata membundar. Alahai, comelnya! Rasa nak gomol-gomol je!

"Mula dah dia." Ian memotong laju sambil menjulingkan matanya ke atas.

"Anak kau comel la, bang."

Ian bangga sesaat. Kembang kuncup hidungnya."Memang la. Dah ben--"

"Anak buah aku comel sebab mak dia. Kakak aku kan cantik. Bukan macam kau. Aku ni berganda lagi kacak daripada kau. Hati aku pun putih tau. Suci giteww."

"Kau."

"Apa? Apa? Apa?"

"Duit elauan kau bulan ni, aku potong dua puluh ringgit."

"Pigidah... Kau setakat bagi aku 'nafkah' seratus ringgit je sebulan. Abi bagi aku lagi banyak tau. Aku ni budak sekolah, memerlukan perbelanjaan yang banyak."

"Banyak cantuk muka kau. Kerja la kalau nak ada duit banyak."

Malique tersebik-sebik. Mula dah drama dia."Sudahlah daku ni anak yatim piatu. Sudah tiada mak bapak. Diperlakukan kejam oleh abang pungut daku. Batu belah, batu bertangkup... Telan la daku."

Pap!

Ian memukul kuat kepala Malique. Tercium muka budak tu bertemu dengan permukaan karpet. Senyap terus.

Si kecil Irdina yang menyaksikan drama adik beradik itu, mula membuka mulutnya luas dan...

Terlahirlah tangisan kuat darinya.

"Abang ni la... Tengok Irdina dah menangis. Kenapa abang pergi pukul kepala Pak Su dia? Kan dah nangis," marah Nawal lalu Hana yang berada di dukungannya terus bertukar tangan dengan Ian.

"Baba buat anak mama menangis eh. Nanti mama pukul baba eh sayang," kata Nawal. Lalu, menepuk perlahan punggung si kecil itu.

"Korang packing la barang siap-siap. Petang nanti kita bertolak ke villa arwah babah yang dekat Pahang tu. Abang ada urusan kat situ dengan Nazrul. Alang-alang kita bercuti la kat sana. Kau pun dah habis SPM Malique."

"Malique suka! Malique suka!" Malique menjerit penuh keterujaan. Berdesup dia lari ke tingkat atas.Nak packing baju!

"Sayang, abang nak naik atas jap. Nak tengok Luna." Pamit Ian, mengorak langkah ke bilik Luna yang berada di tingkat dua.

Kelihatan susuk tubuh neneknya Rafidah yang sedang berbual sesuatu yang kurang di jelas di pendengaran Ian tatkala dirinya melangkah masuk ke dalam kamar tidur wanita itu.

Rafidah menyisir rambut panjang Luna itu sambil mulutnya terkumat-kamit menyebut sesuatu. Luna hanya diam sambil membuang pandangannya ke luar jendela biliknya. Melihat dunia luar. Apakah yang sedang bermain di fikiran wanita itu tika ini?

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now