𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 36 | cukup

16.3K 1.7K 698
                                    

"CUKUP sampai di sini saja..."

"Perjalanan cintaku kepadamu. Lelah hati ini, lelah disakiti." Sambung Nawal seraya tersengih tidak bersalah. Dia menyeka pantas air matanya yang mencemari pipinya.

Hehe.

"...Ku cuba bertahan. Tetap ku tak bisa. Melupakannya." Nyanyi Nawal beria-ia.

"Sumbang," kutuk Ian perlahan. Hilang terus mood sedih tadi dibawa angin.

"Tapi, tu bukan lagu ke?" Ian jungkit sebelah keningnya ke atas. Bunyinya seperti lagu yang pernah dimainkan di radio.

Nawal menjatuhkan kepalanya beberapa kali, mengeyakan soalan Ian. "Readers yang suruh saya sambung." Sengih lagi.

"Tengok abang dah lupa apa yang abang nak kata tadi."

"Abang tak payah ingat pun tak apa la." Fuh, selamat! Macam mana kalau Ian benar-benar mahu melepaskannya dari ikatan ni? Oh, tidak! Hatinya tidak merelakan.

Senyap seketika keadaan di antara mereka. Ian cuba mencari kembali ayat yang mahu dituturkan kepada isterinya.

"Nawal Salwana..."

Okay, Ian dah ingat balik! Wajah Nawal terus berubah mendung.

"Cukup sampai di sini saja..."

Nawal pejam matanya rapat. Berkerut mukanya seperti menahan berak.

"... derita Nawal."

"Hah? A... ab... Abang nak ceraikan s... saya ke?" Menggigil seluruh badan Nawal. Sudah tiadakah rasa cinta Ian terhadapnya?

"Siapa cakap? Abang tak cakap pun. Abang dah sedar daripada kesilapan abang."

"Abang selalu cakap yang abang dah sedar dari kesilapan abang apabila kena marah dengan Malique. Tapi, abang tetap ulang kesilapan abang. Abang ni kenapa eh? Abang selalu berjanji tak nak buat lagi... Tapi, abang tetap sama. Malique dah basuh otak abang yang bebal tu pun, macam tu la juga."

Bang!

"Orang macam abang ni adalah orang yang munafik. Perkataan 'sedar' daripada abang tu dah tak valid untuk saya. Abang hanya pandai berkata-kata untuk melembutkan hati saya."

Bang!

"Bila abang dah buat silap dengan saya... Mesti abang akan minta maaf. Merayu takkan buat lagi. Esoknya, abang buat lagi. Manusia macam abang ni tak layak langsung diberikan peluang. Kami yang wanita ni bukan untuk dipijak oleh kaum lelaki."

Bang!

Ian termati sendiri dengan tembakan-tembakan padu Nawal. Oh sayang!

Nawal memeluk tubuhnya sendiri.

"Kasar sangat ke apa yang saya cakap, ya abang? Kalau ya... Saya minta maaf. Saya cuma sampaikan benda yang betul. Harap abang tak terasa la." Naif wajahnya sambil meminta maaf.

Tak, kasar. Tapi padu sangat. Menusuk sehingga ke jantung, bisik Ian di dalam hati.

"Sejahat-jahat abang pun saya masih cintakan abang. Kalau tak... Dah lama saya lari. Sebab, saya sedar status saya. Saya tak nak jadi isteri yang nusyuz. Dan, saya tak mahukan penceraian adalah pengakhiran perkahwinan kita. Saya hanya mahu berkahwin sekali saja seumur hidup saya. Takkan ada yang kedua."

"Abang yang pertama dan terakhir. Kekasih saya. Suami saya."

Nawal melebarkan senyumannya seraya merapatkan dahinya dengan dahi Ian. Hidung saling bertemu hidung dan bibir mereka hampir bercantum.

"Kenapa Nawal ni terlalu baik?" bisik Ian dalam kelelahan. Terlalu intim sangat kedudukan mereka dengan Nawal yang duduk di atas ribanya.

"Sebab, saya ni bidadari abang." Nawal memandang tepat ke dalam mata biru jernih milik Ian itu. "Bidadari syurga abang."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now