𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 34 | pergi

17.2K 1.9K 525
                                    

Aku budak girl yang pantang menyerah,

Takkan berundur sebelum berjaya,

Gadis muda itu terlalu asyik sangat dengan dunianya sendiri sambil menyanyikan lagu Aku Budak Girl.

Tanpa sedar ada sepasang mata nakal yang melihat aksi gadis muda yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah agam ini. Tergeleng-geleng kepalanya menahan ketawa. Macam-macam peel la budak zaman sekarang ni.

"Ehem ehem ehem..."

Munirah kaget. Aduh! Tegak terus badannya.

"Kau maid baru ke?" Mendatar sahaja suara Muhammad bertanya.

Suara itu begitu asing di pendengaran Munirah. Dia yang masih berdiri membelakangi Muhammad, masih ragu-ragu untuk berpaling. Siapakah pemilik suara garau ini?

"Y... ya... s... s...saya." Mai dah penyakit gagap dia! Munirah menelan air liurnya sekali. Kesat.

"Lah gagap pulak. Tadi elok je nyanyi lagu Aku Budak Girl. Suara kau ni boleh pergi jauh... pergi jauh dari dunia," komen Muhammad penuh sarkastik. Seperti biasa sikap Muhammad yang kasar itu tidak pernah hilang daripada muda sehingga ke tua. Cara bercakap pun kasar 'aku-kau' dengan gadis yang ternyata jauh lebih muda darinya. Jurang usia yang begitu ketara!

Memerah wajah Munirah menahan malu.

"Nama kau apa?"

"M... mu... Munirah."

"Dah, sambung buat kerja kau. Kalau tak aku suruh Ian potong gaji kau. Dah la suara sumbang!"

Muhammad memang suka cari gaduh. Tak padan dengan usianya.

BIBIRNYA melengkung membentuk senyuman lebar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BIBIRNYA melengkung membentuk senyuman lebar. Dipanjatkan rasa bersyukurnya atas kurniaan yang Allah telah diberikan kepadanya. Akhirnya penantian selama sembilan bulan lamanya berakhir apabila tepat pada jam 10 malam tadi, isterinya selamat melahirkan dua orang cahaya mata. Kedua-duanya adalah puteri.

Alhamdulillah.

Air mata kegembiraan meluncur laju keluar dari tubir matanya. Dia mengucup penuh syahdu wajah bayi itu.

Wangi.

Bauan dari syurga.

Kelopak mata bayi itu terbuka dan bibirnya melengkung sedikit membentuk senyuman. Mata bersinar terang saat bertemu dengan mata seorang lelaki yang baru bergelar bapa.

Mata biru. Jernih.

"Assalamualaikum, anak-anak baba," bisik Ian dalam kelelahan. Bibirnya tidak henti menguntum senyuman. Kemudian, matanya beralih pula kepada seorang lagi bayi yang berada di tangan kanannya. Dia memangku kedua-dua anak kembarnya yang berjantina perempuan itu.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now