𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 65 | bidadari syurga

20.1K 1.9K 1K
                                    

NAWAL menyembunyikan senyumannya melihat bagaimana Ian melayani karenah pasangan kembar tu. Walaupun Ian gagal menjadi seorang suami. Tetapi, dia tidak gagal menjadi seorang bapa kepada Hana dan Irdina. Ian langsung tak kekok menjaga anak-anaknya tanpa seorang isteri. Dia pasti akan mendahulukan anak-anaknya walau apa jua keadaan.

Nawal boleh nampak kesungguhan Ian mahu mengambil hatinya semula. Tetapi, tidak salah kan dia jual mahal? Dia mahu lihat sejauh mana lelaki itu mahu mengejarnya kembali. Apa yang Ian lakukan kepadanya suatu ketika dahulu, mana mungkin dapat dipadam dari ingatannya.

Usia perkahwinan mereka yang tak sampai setahun itu, diuji dengan kehadiran orang ketiga. Hati wanita mana tidak akan hancur apabila mendapat tahu dirinya diduakan di dalam diam.

Persoalannya adakah Tuan Ian Al-Fattah sudah benar-benar berubah? Itulah soalan yang seringkali bermain di fikiran Nawal.

"Kenapa senyum-senyum ni erm?" sergah Ian dengan senyuman nakal tergantung. "Nawal dah angau dengan abang ke?"

"Perasan!"

"Elelele... Awak tak nak mengaku pulak. Kita duduk kat bawah sana tu daripada tadi nampak awak pandang-pandang kita. Mesti awak dah tertawan dengan muka kacak kita ni kan? Awak tak cakap pun, kita dah tau la.Tu kenapa muka awak merah?"

Nawal terpempan sejenak melihat sepasang lesung pipit Ian yang mula kelihatan itu. Lemas! Lemas!

Dia kelemasan dengan senyuman membunuh Ian tu. Kenapa aneh sangat perasaan ni? Sewaktu dia dan Ian di dalam ikatan halal, tak pernah lelaki ini semesra ini.

Ian mencucuk-cucuk lesung pipitnya. Acah kiyot jap. Kemudian, dia memejam matanya rapat.

"Sama tak macam Hana?" tanya Ian menahan gelak. Dia selalu perasan anak daranya yang seorang tu suka sangat buat gaya macam ni bila nak meminta sesuatu.

"Sebijik macam Hana!" komen Nawal.

Ian terus melabuhkan duduknya di sebelah Nawal. Mereka sama-sama menghadap lautan yang terbentang luas di hadapan mereka. Ian membiarkan Hana dan Irdina bermain dengan April di gigi pantai.

"Duduk jauh sikit. Haram!" Marah Nawal sekali apabila bahu dia dan lelaki itu sudah berlanggaran. Apa kes laki ni nak menempel dekat tepi aku? Aku sekeh juga kepala kang.

Ian akur sebelum tangan Nawal tu naik memukul bahunya. Sakit wooo.

"Kan baik daripada haram ni kita halalkan. Ye dok?" Ian menjungkitkan sebelah keningnya ke atas.

Lurus mata Nawal memandang ke depan, langsung tak menoleh ke sisi.Terasa membahang wajahnya apabila lelaki itu tidak henti-henti merenungnya. Aku ni cantik sangat ke sampai tak berkelip mata tu?

"Memang elok pun. Awak pergi la cari sesiapa yang untuk dihalalkan bersama awak."

"Nawal la wanita tu."

Nawal tersenyum sinis. "Berani nak berhadapan dengan abah saya? Ada berani? Tak? Hmmm... Lemah! Slebew!"

Ah ghisau aku tengok Nawal sekarang ni. Pengaruh kuat tiktok budak ni, bisik Ian di dalam hati. Dia menggaru belakang tengkuknya.

Ha, jemput follow account tiktok Nawal.

"Nawal jom main kejar-kejar!" Ajak Ian selang beberapa saat kemudian.

Terangkat kening Nawal. Lah ghisau. "Kita ni dah tua. Duk diam sudah la. Malu je orang kat pantai ni nampak kita berkejaran."

"Sporting la sikit, sayang. Dalam kdrama tu sweet je main kejar-kejar."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now