واحد 1

3.8K 198 6
                                    

AIMAN mengeluh lalu meraup wajahnya. Sudah 3 tahun berlalu sejak kehilangan Aafiyah didalam laut itu. Ya, dia tahu akan kejadian tersebut. Kejadian dimana kali terakhir dia bertemu dengan gadis bernama Aafiyah Nur Humairah.

Tok Tok Tok

"COME IN!" laungnya dari dalam. Aiman tertawa melihat kepala isterinya terjegul dihadapan pintu.

"Abang! Nah bekal. Sayang masakkan tadi." wanita yang mengandung itu dipandang dengan senyuman.

Arissa Nur Umairah. Nama gadis yang dinikahinya 1 tahun setelah kehilangan sosok sahabat baiknya. Arissa dan Aafiyah. Dua nama yang hidup dalam hatinya, Arissa si kakak yang dijadikan isteri manakala Aafiyah si adik yang dianggap teman rapat.

Arissa merupakan kakak kepada Aafiyah. Mereka bertemu di balai polis setelah dia disoal siasat mengenai kehilangan Aafiyah. Terkenang wajah isterinya yang sembab lepas menangis apabila dikabarkan tentang kehilangan Aafiyah.

"Ha termenung! Ingat apa tu?" soal Arissa. Aiman menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Kepala Arissa yang berlapik tudung diusap.

"Anak papa ni tak lama lagi nak lahir ya sayang? Ni Adam mana?" soal Aiman mengenai anak sulungnya yang berusia 2 tahun.

"Ada dengan umi dekat rumah. Eh bonda cakap semalam Amran nak balikkan? So bila kita balik rumah bonda?" soal Arissa lembut mengenai adik Tengku Aiman yang diberi nama Tengku Amran Al-Warith.

"Malam ni sayang." tangan Arissa ditarik lembut dan didudukkan diatas ribanya.

Kring Kring

Bunyi telefon diatas meja itu mengalihkan perhatian sepasang suami isteri itu. 'Bonda.' Tubuh Arissa diturunkan dari pangkuannya, Aiman berdiri lalu mengangkat panggilan dari ibunya.

"Waalaikumsalam bonda, kenapa?" soalnya dengan nada serius.

"Pergi ambil Amran dekat airport, dia dah sampai." arah Tengku Amelya. Aiman mengerutkan dahi, kenapa bukan driver yang ambil?

"Pak Yus mana?" soal Aiman lagi. Arissa yang memandangnya mengerutkan dahi.

"Pak Yus balik dengan Mak Ti sebab anak Nadia demam." dia meng'oh'kan sahaja. Nadia merupakan anak kepada Mak Ti dan Pak Yus iaitu pemandu peribadi dan orang gaji mereka.

"Okey, Qan on the way dengan Arissa." panggilan diputuskan, Arissa didekati. Dahi Arissa dikucup kemudian tangan wanita itu ditarik.

"Kita lunch dekat luarlah, kita ambil Amran dulu." Arissa mengangguk setuju. Sudah lama dia tidak bertemu dengan adik iparnya itu. Kali terakhir bertemu pun sewaktu Adam lahir beberapa tahun lepas.

Amran sememangnya tidak suka dengan Arissa kerana setahunya abangnya rapat dengan seorang gadis. Dia juga tahu gadis yang didekati abangnya itu telah hilang sebelum abangnya kahwin dengan Arissa.

Amran menyambung pelajaran di University of California, United States sebagai pelajar kejuruteraan.

Aiman memandu kereta sebaik saja Arissa didalam keretanya. Tangan kirinya elok memegang stereng kereta manakala tangan kanannya menggenggam tangan Arissa.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now