اثنان وخمسون 52

1.9K 165 22
                                    

PINGGAN yang telah kering diletak di kabinet semula. Sesekali tangan Aafiyah mengurut pinggangnya yang terasa agak sakit dan lenguh.

Rumah mereka mulai gelap, mata Aafiyah juga kian membengkak. Sejak majlis berakhir, air mata Aafiyah tak pernah berhenti mengalir.

Bekas tamparan walidnya masih terasa pedih. Tangisan anak-anaknya masih kedengaran jelas. Layanan dingin dan kasar Aiman masih terasa. Bayangan Arissa bersama Aiman turut kelihatan.

Awalnya air mata Aafiyah tak tumpah kerana masih ada Aiman membantunya mengemas namun Aafiyah memerlukan masanya sendiri. Dia meminta Aiman membawa anak-anak mereka naik menidurkan anak-anak di bilik.

Bibir Aafiyah bergetar halus. Suara dikawal agar tidak kedengaran sampai atas. Jam di dinding dapur dipandang, jam menunjukkan waktu tepat pukul 1 pagi.

Aafiyah menahan tangan di marmar dapur agar tidak terjatuh. Bahunya terasa sangat berat sampai rasanya kalau jatuh pun belum tentu berat tu hilang.

Benarlah kata orang, nangis tanpa suara lebih menyakitkan.

Tangan yang tiba-tiba melingkar di pinggang Aafiyah membuatkan wanita itu mengesat air matanya. Bahu Aafiyah terasa berat ditindih oleh dagu Aiman.

"Kenapa awak tak tidur? Saya ada banyak lagi benda nak kemas." dingin suara Aafiyah berkata.

"Tak boleh kemas esok ke?" soal Aiman turut sama dingin nadanya.

"Alang-alang dah nak siap pun. Naiklah dulu." tangan Aiman cuba dilepaskan dari pinggangnya.

Aafiyah cuba meninggalkan Aiman namun dengan pantas tangan lelaki itu menarik lengan Aafiyah. Aafiyah menatap wajah Aiman dengan pandangan tajam.

"Apa?"

"Kenapa dengan sayang ni eh? Abang dah tak boleh nak peluk sayang ke? Abang dah takde hak nak sentuh sayang ke?" soal Aiman hairan.

"Saya taknak bergaduh malam-malam Aiman, anak-anak tengah tidur." perlahan suara Aafiyah membalas.

"Abang tak cakap kita nak bergaduh, abang tanya kenapa dengan sayang ni!?" Aiman menekankan perkataan 'tanya'. Genggaman pada lengan Aafiyah dikuatkan apabila wanita itu cuba menarik.

"Aiman sakit.." lirih Aafiyah. Lengannya terlihat merah dan dahinya berkerut kesakitan.

"Takde sebab Aiman, saya cuma perlukan masa saya sendiri. Lepas apa yang dah jadi awak boleh peluk saya macam tu?? Tiada permohonan maaf pun yang saya terima Aiman!" marah Aafiyah. Dia menarik paksa lengannya dan meninggalkan Aiman di dapur.

"What the hell is going on to us..?" Aiman bingung sendiri. Dia termangu-mangu di dapur manakala Aafiyah membersihkan ruang tamunya.

Cushion sofa dibetulkan semula dan di spray menggunakan alat pewangi. Lantai disapu kemudian di mop.

Aiman telah naik semula ke bilik. Aafiyah mengetap bibirnya rapat. Ya Allah.. lemahnya dia.

Udara disedut menggunakan hidung dan dihembus menggunakan mulut. Wanita itu duduk diatas sofa. Mata dipejam erat. Penat.

Lagi-lagi dia mengeluh, sampai bila nak jadi macam ni? Penyapu dan mop disimpan semula, Aafiyah melangkah naik ke atas.

Baru sahaja tangan hendak memulas tombol pintu biliknya, Aafiyah merubah fikirannya. Dia berlalu ke bilik sebelah.

Pintu bilik dikunci dari dalam, Aafiyah memakai pakaiannya yang terletak di dalam bilik itu dan naik ke katil. Subuh nanti jelah dia mandi, penat sangat. Mata pun macam tak boleh nak celik dah.

 Mata pun macam tak boleh nak celik dah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now