أربعة وأربعون 44

1.7K 132 8
                                    

AAFIYAH mengikut Aiman membawa Atrisya mendekati semua orang. Satu persatu ahli keluarga mereka yang berjantina lelaki menggunting rambut Atrisya dimulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi Muhammad SAW.

Setelah selesai, Aafiyah membawa dulang berisi rambut Atrisya ke dapur manakala Aiman meletakkan Atrisya di dalam baby cot yang telah dihias.

Aafiyah kembali ke ruang tamu sambil menggulung senyum disebalik niqab. Aiman mengucapkan terima kasih kepada tetamu mereka diselitkan dengan jemput tetamu mereka untuk makan.

Aiman menarik Aafiyah ke bahagian kolam. Tangan menggenggam kedua tangan Aafiyah dengan senyum lebar.

"Terima kasih sayang dah bersusah payah tolong abang harini." tangan Aafiyah dibawa ke bibirnya dan dikucup lembut.

Aafiyah dilayan persis seorang ratu oleh Aiman. Itu yang selayaknya Aafiyah rasakan.

"Tak apa abang, ini majlis kita. Majlis anak kita, bukan cuma Atrisya tapi juga Adam dan Hawa." balas Aafiyah. Tubuh Aiman ditarik ke dalam pelukan.

Tanpa mereka sedar, Zarith dan Nadhirah menangkap gambar mereka senyap-senyap.

"Amboi sweet nya dia ya." usik pasangan muda itu. Aafiyah langsung melepaskan pelukan. Pipinya kemerah-merahan menahan malu.

"Kenapa datang sini? Pergi makan." arah Aiman. Zarith dan Nadhirah tergelak kuat lalu melangkah ke dalam semula.

Aiman menggenggam tangan Aafiyah dan membawa Aafiyah masuk me dalam rumah.

"Fiyah, Kak Ris, mummy dengan Mak Ngah tumpang bilik tetamu dekat atas ya? Nak solat." ujar Arissa. Walaupun pakaiannya terdedah, dia tak lupa dengan Tuhannya.

"Eh boleh. Sila-sila, ada musolla kak. Kalau nak berehat boleh masuk bilik. Turn on je air-cond." balas Aafiyah. Tiga wanita itu naik ke tingkat atas manakala Aafiyah masih sibuk di bawah.

Aafiyah mengurut lehernya. Bibir masih tersenyum memandang tetamunya.

Dania yang menjamah makanan dipandang. Aafiyah melabuhkan punggung di hadapan Dania.

"Sedap tak?" soal Aafiyah. Dania mengangkat kepala lalu mengangguk. Ini masakan Aafiyah dan Dania tahu. Mereka pernah tinggal serumah waktu masih belajar.

"Teringin gila makan masakan kau, untung kau buat kenduri kalau tak.. tak tahu bila lagi nak merasa air tangan kau." ujar Dania. Wanita itu kelihatan sungguh berselera menjamah daging di pinggannya.

"Amboi berselera sungguh, berisi ke ni?" usik Aafiyah. Dayyan yang menyisip air dipandang.

Dayyan tersedak, Dania refleks menepuk belakang suaminya. Aiman tergelak memandang muka Dayyan yang memerah.

"Baru tanya dah tersedak, betul berisi ke?" soal Aiman pula.

"Tak tahu, belum check. Kitorang baru nak masuk dua bulan nikah. Lagipun masing-masing sibuk, jarang ada masa berdua." balas Dayyan. Dania kembali menjamah nasi himpitnya.

"Sedapnya.." keluh Dania.

"Tambahlah lagi, kalau nak aku bungkuskan. Banyak lagi dekat dapur tu masih panas." Aafiyah berdiri. Dania menahan tangan Aafiyah.

"Tak payahlah, susah-susah je." wajah Dania kelihatan berat hendak menolak namun tangannya tetap menahan Aafiyah.

"Tak Ya Allah, tunggu sini. Kau jangan balik selagi aku tak keluar dari dapur." pesan Aafiyah.

"Saya menurut perintah."

"Ha terbawa-bawa dia punya kerja tu sampai kesini." usik Dayyan.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now