أربعة وعشرون 24

2.3K 161 16
                                    

AAFIYAH mencelik mata pada pukul 3:19 pagi. Dia berlari ke tandas dengan tubuhnya tersarung tuala panjang. Tekaknya terasa gatal ingin terbatuk.

Tak mahu mengganggu Aiman yang nyenyak, elok dia ke tandas daripada diherdik. Lagi-lagi darah keluar dari celah bibirnya.

Setelah membersihkan bibirnya, baru terasa celah kangkangnya perih yang amat. Keluhan dilepaskan. Malam tadi, Aiman melayannya sungguh ganas dan kasar.

Mahu melawan, itu suami. Kudratnya lebih kuat berbanding Aafiyah. Kedengaran juga Aiman melepaskan rasa tak puas hatinya seperti..

"Kalau kau tak bunuh Arissa, tak mungkin aku layan kau macam ni! Aku benci kau Aafiyah! Dulu ada rasa yang tersimpan dalam hati aku untuk kau tapi semuanya dah mati!"

Ayat itu yang menyakitkan Aafiyah. Aiman bagai menyalahkan Aafiyah tanpa sebab sedangkan dulu Aiman yang berkali-kali menolak cintanya.

Esakan yang kedengaran didalam tandas mengejutkan Aiman dari tidurnya. Comforter ditarik agar tidak jatuh dari pinggangnya, kaki melangkah ke pintu tandas.

"Pedihnya.." suara Aafiyah mengeluh dengan esakan kedengaran. Bukan pahanya, tapi hatinya..

Aiman memandang tangannya yang tadi elok memeluk Aafiyah yang tertidur kelelahan lepas melayannya. Jujur, baru kali ini dia rasa pelukan yang amat selesa.

Dulu, selepas bersama Arissa.. tidak juga pelukannya se-selesa itu.

Tok Tok Tok

Pintu tandas diketuk Aiman selepas dia menyarung boxer. Aafiyah membuka perlahan. Kelihatan wajah Aafiyah takutkannya.

"Apa yang sakit? Sini aku ubat." Aiman memandang ke bathrobe Aafiyah yang terselak di bahagian paha.

"T-tak.." Aafiyah duduk semula dihadapan cermin. Dia hanya berdiam sepanjang Aiman berada didalam tandas.

"B-belakang awak.." Aafiyah berkerut memandang belakang Aiman yang luka. Dia ke yang buat?

"Kau lah buat, siapa lagi nak menyakitkan aku dekat sini?" sinis Aiman. Aafiyah menjeling sekilas.

Kalau kau tak paksa tak adalah kau luka. Dah memaksa, salahkan aku pula.

"Sini saya sapu ubat." baru saja dia hendak merapatkan tubuhnya dengan Aiman, Aiman menahan.

"Tak payah.. aku buat sendiri. Kau pergi masuk tidur." Aiman berputar tak mahu Aafiyah nampak bagaimana dadanya mengencang.

Melihat tubuh Aafiyah tersarung tuala panjang membuatkan nafasnya terputus-putus. Seksi di tubuh Aafiyah dan seksa baginya.

"Pakai baju sebelum kau tidur!" laung Aiman. Tangan dilekap di dadanya. Terasa nadinya laju berdegup.

Nafsu? Atau Cinta?

Aiman menggelengkan kepalanya lalu memandang lukanya melalui cermin. Tangannya bergerak menyapu luka menggunakan kapas dan ubat.

Setelah selesai, dia melangkah mendekati Aafiyah yang sudah lena diatas katil. Tangannya naik mengusap leher Aafiyah yang lebam-lebam.

"Sorry."

Kepala Aafiyah diangkat lalu dia meletak lengannya dijadikan bantal Aafiyah. Tubuh Aafiyah ditarik masuk ke dalam pelukannya.

Aiman yang tidak boleh terlelap langsung menjadi tenang mendengar deruan nafas Aafiyah. Lama-kelamaan dia turut tertidur dalam keadaan membayangkan Aafiyah adalah Arissa.

Menyakitkan.

Menyakitkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now