AAFIYAH NUR HUMAIRAH

2.5K 106 11
                                    

Menutup kembali tirai yang terbuka.

Tahniah kepada anda kerana telah menghabiskan bacaan karya kedua saya. Masa, perasaan dan segalanya yang awak curahkan semasa membaca karya ini amatlah saya hargai.

Maafkan saya jika ada tersalah silap sepanjang menulis dan buat team happy ending, maafkan saya kerana ending tidak sesuai dengan ekspektasi anda.

Niat saya menulis karya yang satu ini untuk mengingatkan semua kaum Islam bahawa semakin kita dekatkan diri kepada Allah, semakin banyak ujian yang menimpa. Dan ketahuilah bahawa ujian-ujian yang datang pada kita merupakan tanda kasih dan sayang Allah.

Teruskan melangkah, teruskan perjuangan hijrah anda. Allah sentiasa menunggu hamba-hambaNya datang kepada-Nya.

Terima kasih untuk segalanya, maafkan saya. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konteks cerita.

1. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

2. Setiap amalan yang dikerjakan di dunia akan dihitungkan di akhirat kelak.

3. Kejayaan yang hakiki ialah apabila seseorang itu dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

4. Dunia ini hanya sementara dan penuh dengan tipu daya.

 Dunia ini hanya sementara dan penuh dengan tipu daya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pengajaran yang saya selitkan.

1. Setiap dari kita pasti akan mati, maka hendaklah kita menyediakan bekalan amalan yang secukupnya untuk menemui Allah S.W.T.

2. Semua kesenangan kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara dan penuh tipu daya serta kelalaian, maka janganlah kita terleka.

3. Kejarlah kebahagiaan akhirat, nescaya kebahagiaan dunia juga kita akan nikmati, sebaliknya orang yang hanya menumpukan kehidupan dunia semata-mata, di akhirat dia akan menyesal rugi.

4. Kejayaan yang terbesar dan hakiki bagi seorang hamba Allah S.W.T ialah apabila di akhirat kelak dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurgaNya yang penuh dengan kenikmatan yang berkekalan.

5. Berdoalah, mudah-mudahan kita mati dalam husnul khatimah dan di akhirat kelak kita dimasukkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurgaNya.

T ke dalam syurgaNya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Loves truly
— deexyyssaraa —

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now