عشرين 20

2.5K 150 20
                                    

SETAHUN KEMUDIAN

"Awak nak buat apa?" soal Aafiyah hairan. Aiman mengukir pasir menulis nama Aafiyah dan namanya.

"Comelkan? Aafiyah, jom kahwin." usik Aiman. Aafiyah mengerutkan dahinya, Aiman suka bergurau mengenai perkahwinan.

"Benda nikah tak perlu bawa bergurau Aiman.. saya tak suka." balas Aafiyah. Selama setahun ini, Aiman yang memujuknya. Aiman membantunya dalam pelbagai perkara termasuk membuatkan dia move-on dari segalanya.

"Siapa kata aku bergurau? Selama setahun ni, takkan kau tak rasa apa-apa dekat aku?" soal Aiman dengan kerutan halus di dahinya.

Aafiyah mengeluh, jujur ada yang timbul dalam hatinya tapi dia masih takut. Bagaimana jika nanti bakal suaminya turut meninggalkannya?

Aafiyah tahu yang hidup akan mati tapi Aafiyah belum bersedia. Lagipula, bagaimana dengan Amran? Dia tak mahu jika dia berkahwin lagi, perasaannya pada Amran terhakis.

Amran adalah segalanya bagi Aafiyah.

"Saya masih takut Aiman." balas Aafiyah perlahan.

"Apa salahnya kita sama-sama cuba buka buku baru? Kau hilang suami, aku hilang isteri. Kau janda, aku duda jadi kenapa tidak? Aku faham kau trauma hilang suami, aku pun sama tapi.. bersaksikan langit dan bumi, aku janji aku akan bahagiakan kau, sayang kau dan cintakan kau sepenuh hati aku." ucap Aiman agar Aafiyah percaya. Aafiyah menggelengkan kepalanya.

"Bagi saya 3 hari untuk buat keputusan, saya akan buat solat istikharah. 3 hari lagi saya akan bagitahu awak jawapannya." putus Aafiyah. Aiman tersenyum perlahan-lahan, dia akan beritahu keluarganya segalanya tentang hasratnya.

"Hawa dengan Adam nak ke terima saya..?" soal Aafiyah perlahan.

"Mestilah nak, selama setahun dia membesar tanpa ibu dia, kau yang ada dengan mereka. Aku banyak terhutang budi dekat kau sebab kau dah penuhkan kasih sayang seorang ibu dekat anak-anak aku." balas Aiman. Aafiyah tersenyum disebalik niqabnya. Alhamdulillah..

Cintanya terbalas walaupun sempat dia dan lelaki itu sama-sama berpisah haluan. Dia sempat mati rasa pada lelaki itu dan tidak jatuh lagi. Lelaki itu turut menolaknya berkali-kali dan kini lelaki itu melamarnya.

Ya Allah, andai dia ikhlas denganku, berikan aku petunjuk-Mu.

Ya Allah, andai dia ikhlas denganku, berikan aku petunjuk-Mu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 BULAN KEMUDIAN

Aafiyah duduk bersebelahan dengan bonda dan umi. Dia setuju hendak bernikah dengan Aiman dan hubungan mereka direstui kedua-dua belah pihak.

3 bulan lepas, dia meminta untuk Aiman berikan dia 3 hari dan sepanjang 3 hari itu, Aiman merupakan lelaki yang ada dalam mimpinya.

Sebulan lepas pula, mereka bertunang. Bertunang hanya untuk mempersiapkan barangan pernikahan mereka. Bukannya untuk perkara lain seperti pasangan lain, melambat-lambatkan perkara halal.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now