تسعة عشر 19

2.3K 145 13
                                    

AIMAN memasang wajah sayu apabila mendapat berita tentang Aafiyah ditikam sama seperti arwah isterinya dulu. Bezanya, isterinya sudah melahirkan dan Aafiyah belum.

Apalagi tentang berita kematian bayi Aafiyah selepas sempat dilahirkan. Bayinya mati dalam keadaan sudah dilahirkan selama 28 minit.

"Keluar! Semua keluar! Aafiyah tak mahu tengok sesiapa buat masa sekarang. Tolong.." esaknya kuat. Air mata berjuraian di pipi jelita itu.

Setelah kehilangan suami, kakak, kini dia kehilangan satu-satunya peninggalan suaminya iaitu anaknya yang diberi nama Tengku Aqran Al-Afghani.

Tengku Amelya menarik semua orang didalam wad itu keluar. Dia membiarkan Aafiyah sendiri didalam, dia tahu bagaimana perasaan seorang ibu apabila anaknya meninggal didalam pelukannya sendiri.

Tengku Amelya sendiri pernah mengalami situasi itu. Anak sulungnya, Tengku Aurelia Al-Qaeda meninggal dipelukannya selepas 1 jam 57 minit dilahirkan.

Tengku Adnan memeluk bahu isterinya yang turut mengalirkan air mata. Dia tahu isterinya teringatkan arwah anak mereka. Dia turut bersedih kerana dia seorang suami yang berada disisi Tengku Amelya saat anak mereka disahkan meninggal dunia.

"Sekarang umi dah menyesal? Kakak dah takde sesiapa umi. Allah ambil anaknya dari dia dan dia perlukan sokongan kita umi. Kalau umi pun nak menuding jari, menghukum dia.. lambat-laun kakak pun akak tinggalkan kita." ujar Zarith. Rambutnya diramas kasar.

Puan Alisah memejam matanya. Kejamkah dia menghukum anaknya atas kesalahan yang belum pasti?

"Umi tak boleh nak cakap apa." balas Puan Alisah ringkas. Mahu menyesal, semuanya sudah terlambat.

"Bersurailah, biar Zarith yang teman kakak. Kakak perlukan Zarith." arah Zarith. Mereka semua mengangguk setuju kecuali Aiman.

"I'll stay, she'll be needing me." tindas Aiman. Zarith memandang wajah beku Aiman.

"Why would she needs you? Who are you to her?" soal Zarith tanpa nada.

"I'm no one to her but I understand her. I feel her." balas Aiman. Zarith mengangguk lalu membiarkan bekas abang iparnya.

Hampir 3 jam mereka diluar, mereka masuk ke dalam wad untuk menjenguk Aafiyah. Kelihatan wajah pucat itu tertidur dengan bekasan air mata yang kering di pipinya.

Setelah terasa lama memandang wajah pucat itu, mereka bermain dengan telefon masing-masig manakala telefon Aafiyah memasang alunan bacaan Surah Maryam yang sungguh merdu.

Setelah terasa lama memandang wajah pucat itu, mereka bermain dengan telefon masing-masig manakala telefon Aafiyah memasang alunan bacaan Surah Maryam yang sungguh merdu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AAFIYAH terjaga dari tidurnya dan mendapati Aiman dan Zarith sedang tertidur di sofa wadnya. Bibirnya bergetar halus seiring dengan air mata. Terasa lemah saja dirinya.

Zarith yang terdengar esakan kecil kakaknya turut terjaga. Dia memandang Aafiyah yang menangis tersedu-sedan.

"Kakak.. why?" soalnya. Dia berdiri mendekati Aafiyah.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now