واحد وخمسون 51

1.9K 160 25
                                    

BEBERAPA minggu telah berlalu, hari raya telah pun tiba. Aafiyah dan Aiman mengenakan pakaian bertema beige bersama anak-anak mereka.

Aafiyah dan Aiman duduk di ruang tamu memandang tetamu-tetamu mereka menjamah makanan masing-masing hasil tangan Aafiyah.

Mak Yam pulang ke kampung halamannya memandangkan ini hari raya. Sudah tentu keluarga Mak Yam pun nak beraya dengan Mak Yam.

Mak Long yang duduk dihadapan Aafiyah memandang Aafiyah sekilas. Mata Aafiyah yang dihias dengan softlens, eyeliner dan mascara ditatap.

"Kamu ni berniqab pun nak pakai make-up ke?" soal Mak Long. Aafiyah hanya menggulung senyum.

"Istiqamah bukan senang Mak Long, bersyukur sebab saya tak hias berlebihan." balas Aafiyah ringkas. Perkataan Mak Long tidak dimasukkan ke dalam hati.

"Akak ni baru minta maaf dah buat dosa lagi." Mak Lang menyindir Mak Long yang sedang menggigit nasi himpit.

Aafiyah dan Aiman mengemam bibir menahan tawa. Haihlah Mak Lang oi..

"Hang pun sama baru minta maaf dah menyindir aku ka?" soal Mak Long. Mak Lang menjongket bahu tanda tak tahu.

"Assalamualaikum.." Aafiyah dan Aiman langsung berdiri dan berlalu ke pintu.

"Waalaikumsalam, ingat taknak datang." usik Aafiyah. Thalia, Dania, Dayyan dan keluarga mereka tersenyum.

"Mana boleh tak datang sini, kuih-muih sedap." balas Thalia.

"Marilah masuk, makan." jemput Aafiyah. Thalia dan yang lain mengangguk. Mereka mengambil tempat duduk ruang tamu bersama keluarga Aafiyah.

Aafiyah keluar membawa dulang berisi sup tulang dan nasi. Aiman turut membantu isterinya membawa tulang dan dihidang untuk sahabat-sahabat mereka.

"Mak Long, Kak Ris tak datang ke?" soal Aafiyah. Mak Long mendongak memandang Aafiyah.

"Datang, katanya kejap lagi." Mak Long membalas kemudian memandang Aiman yang duduk memangku Atrisya.

Terasa bagai dipandang, Aiman membalas tatapan Mak Long dengan tatapan kosong. Keluarga isterinya banyak toxic.

Mereka semua berbual-bual sambil menjamah makanan masing-masing. Aafiyah duduk menghadap Aiman, skarf Atrisya dibetulkan kerana si kecil sering merengek.

Atrisya mula menangis apabila tangan Aafiyah menyentuhnya. Aafiyah berkerut, apa kena ni? Jarang dia tolak ibu sendiri.

"Sayang.. ni mama lah." lembut suara Aafiyah berkata. Makin kuat tangisan Atrisya, kakinya menolak tangan Aafiyah.

Aiman mendukung Atrisya agar tidak berdekatan dengan Aafiyah. Tangisan Atrisya mulai berhenti namun jika didekatkan pada Aafiyah, tangisan bayi itu bergema semula.

Aafiyah melepaskan keluhan. Kenapa ni? Bibir bawah digigit sehingga terasa darah pada lidahnya.

"Tisya.." Aafiyah mendukung paksa anaknya. Tangisan Atrisya semakin kuat membuatkan Aafiyah risau.

Aafiyah menayang senyum pada tetamunya dan meminta izin naik ke atas. Aiman mahu ikut naik namun tetamunya tidak boleh ditinggal begitu saja.

Aiman memandang Aafiyah yang berlalu ke atas.

Aafiyah masuk ke dalam bilik. Atrisya yang masih menangis diletak diatas katil. Pakaian Atrisya ditarik naik ke atas, perut bayi itu ditepuk-tepuk.

Tidak juga berangin. Haus kah? Tapi baru je menyusu. Kenapa ni?

Minyak angin dituang ke telapak tangan lalu diusap di perut, tapak kaki, belakang serta dahi Atrisya. Atrisya menolak tangan Aafiyah. Bibirnya tersedu-sedan seakan ketakutan.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now