سبعة عشر 17

2.1K 140 20
                                    

ARISSA disahkan meninggal dunia akibat tikaman yang terlalu dalam terkena pada buah pinggang dan paru-parunya.

Aiman yang sewaktu itu berhadapan dengan doktor terjatuh melutut. Dia memikirkan apa nasib anak-anaknya yang bakal membesar tanpa seorang ibu.

Dia juga memikirkan bagaimana dia hendak hidup tanpa pasangan. Inikah apa yang dirasakan Aafiyah saat suaminya mati?

Kini mereka berada dikubur. Makam isterinya diletakkan disebelah Amran manakala disebelah makam isterinya dan Amran hanya tempat kosong.

Aiman mengetap bibir. Dia akan pastikan makam sebelah Amran akan terisi dengan mayat Aafiyah. Siapa pun yang mati selepas ini, dia akan pastikan orang itu adalah Aafiyah.

"I have to go sayang.. She'll pay for this." ucapnya. Batu nisan Arissa diusap lalu dia berdiri dan berputar.

Baru saja hendak jalan, dia terhenti. Kelihatan Aafiyah duduk dihadapan makan Amran. Mungkin menunggu Aiman pulang.

"Berani kau tunjuk muka lepas apa yang kau buat." Aiman mengetap bibir memandang wajah tenang Aafiyah membaca surah Yassin.

"Kau berambus." arah Aiman. Aafiyah masih kekal membaca Yassin.

"Kau pekak ke perempuan? Berambuslah!" marahnya. Aafiyah menamatkan bacaan Yassin dan berputar memandang Aiman.

"Kenapa? Berdosa ke saya jenguk suami dan kakak saya? Apa hak awak halau saya dari sini?" soal Aafiyah sinis.

"Aku suami Arissa dan abang Amran. Jadi aku ada hak nak larang kau datang." balas Aiman sinis.

"Saya adik Arissa, isteri Amran. Saya pun ada hak nak datang sini." bidas Aafiyah semula. Aiman melepaskan keluhan kasar, Aafiyah yang duduk semula dipandang.

Dia berlalu dari kubur meninggalkan Aafiyah sendirian. Aafiyah yang terasa hanya mengetap bibirnya yang bergetar menahan tangis.

"Allahuakbar.. Fiyah tak kuat abang. Fiyah tak buat kak Rissa, abang kena percayakan Fiyah sebab semua orang tak percayakan Fiyah sekarang." ucapnya dengan deraian airmata.

Sungguh besar pengharapannya agar Amran berada dihadapannya.

'Tuhan, katakan padaku bahawa ini mimpi. Tamparlah aku, kejutkan aku dari mimpi ngeri ini. Ia terasa menusuk ke dalam dada ku, bangunkan aku.' desisnya.

Daun-daun kering dipungut dan dikeluarkan dari kubur suaminya. Daun yang masih hijau dibiarkan begitu sahaja.

Wahai tumbuhan yang tertanam, berzikirlah untuk suamiku. Terima kasih kerana sudi menemaninya disana..

Lama dia berbual dihadapan makam tersebut seakan-akan Amran berada dihadapannya. Tangannya turut membersihkan makam suaminya.

"Abang nak tahu tak? Doktor kata anak abang ni baik. Jantungnya sihat. Fiyah janji selagi nyawa dikandung badan, Fiyah akan bawa dia jumpa abang. Fiyah akan jaga dia dan pastikan dia dapat didikan agama yang secukupnya macam yang abang nak." ujar Aafiyah. Perutnya diusap-usap.

"Fiyah pergi makam kakak pula, nanti nak balik Fiyah datang semula." ujarnya. Aafiyah beralih pula ke makam sebelah.

"Assalamualaikum kakakku. Fiyah doakan semoga akak ditempatkan bersama orang-orang beriman. Akak kirimkan salam untuk suami Fiyah tau? Fiyah janji Fiyah jaga anak-anak akak dengan baik..

Akak doakan semoga Fiyah mampu hadapi ujian Allah tau? Minta tolong Allah untuk lembutkan hati suami akak tu dari terus menerus fitnah Aafiyah." ujarnya. Batu nisan kakaknya diusap lembut.

"Kak, Fiyah tau cuma akak dan Allah yang jadi saksi siapa pembunuh sebenar. Ya Allah permudahkan urusan kami, tunjukkan kepada kami pesalah sebenar." ucapnya. Lama kelamaan, dia berdiri hendak beredar.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now