ثمانية وعشرون 28

2.8K 175 21
                                    

"SAYA nak balik." ujar Aafiyah perlahan. Dadanya sesak. Dari awal dia memang takut dengan pandangan Fareez.

"Kita balik kejap lagi, tok nak jumpa. Jom." Aiman menarik tangan Aafiyah keluar dari bilik. Sesampai dibawah, Aafiyah hanya menyandarkan kepala ke bahu Aiman dan menunduk.

"Kau memang-" baru saja hendak bersuara, percakapan Aiman terhenti.

"Aafiyah, kamu pasti kamu memang tak kenal Fareez?" soal Tengku Azlan. Aafiyah mengangguk yakin.

"Tok nak tunjuk sesuatu tapi lepas tu kamu kena berbincang baik-baik." ucap Tengku Azlan. Aafiyah setuju, Aiman turut setuju.

Sampul surat dihulur pada Aiman. Aafiyah mengerutkan dahinya. Surat apa?

"Dekat rumahlah kami bincang, Man nak balik." ujar Aiman. Kalau itu bakal menaikkan amarahnya, ada baiknya mereka 'berbincang' dirumah saja.

"Ingat Aiman, jangan dayus. Gambar boleh edit." pesan Tengku Azlan dan Tengku Adnan. Bahu Aiman diusap.

"Kau dengan aku tak selesai lagi tau." ucap Aiman pada Fareez. Fareez hanya tersenyum sinis.

"Bye darling." ucap Fareez pada Aafiyah. Aiman merengus, lengan Aafiyah ditarik. Adam dalam dukungannya dibawa keluar.

"Adam dengan Hawa biar dengan bonda. Bonda nak kamu berbincang." tegang saja wajah Tengku Amelya yang selama ini tenang.

Aafiyah yang menghulurkan tangan disalam mahu tak mahu. Aafiyah mula berasa hairan namun dia diamkan.

Aiman tanpa aba-aba menarik Aafiyah. Dah tahu orang layan macam tu tak perlu nak salam lagi.

"Balik." ujar Aiman. Aafiyah mengangguk, kaki dilangkah ke dalam kereta setelah Hawa diberi pada ibu mertuanya.

"Jangan berani nak sakitkan Aafiyah. Cuma Man yang berhak!" marah Aiman. Seluruh ahli keluarganya dipandang tajam.

Kaki dilangkah masuk ke kereta. Aafiyah yang termenung dipandang tajam.

"Kau pasti kau tak kenal Fareez?" soal Aiman sekali lagi.

"Sumpah demi Allah. Saya tak kenal dia." balas Aafiyah meyakinkan Aiman.

Aiman mengeluh nafas lega. Fareez bukan seseorang yang mudah dijangka. Aiman membaca bismillah dan menghidupkan enjin keretanya.

Aafiyah menyandarkan tubuh di kerusi kereta. Penat.

AIMAN mengejutkan Aafiyah dari tidur untuk masuk ke rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIMAN mengejutkan Aafiyah dari tidur untuk masuk ke rumah. Waktu juga sudah malam.

Aiman perasan ada air mata kering di pipi Aafiyah. Sesampai saja di tingkat atas, Aiman membuka pintu bilik mereka dan meletak tubuh Aafiyah diatas katil.

Sampul tadi disimpan di atas night stand, malas mahu dibuka. Tunggu Aafiyah sajalah.

Aiman masuk ke dalam tandas untuk mengambil wuduk, sebentar lagi dia kejutkan Aafiyah untuk berjemaah dengannya.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now