أحد عشر 11

2.3K 155 18
                                    

TERASA lama sujud terakhir mereka, Amran masih belum menyebut Allahuakbar untuk mengangkat tahiyat.

Berdebar hebat jantung Aafiyah, tanpa menunggu Amran, dia terus duduk tahiyat. Kelihatan Amran masih dalam keadaan sujud dan tidak bergerak seakan kaku.

Aafiyah terpempan namun dia melangsungkan bacaan tahiyat akhir sambil airmata menetes di pipinya. Dia tahu apa yang terjadi, dia tahu apa yang membuat suaminya kaku.

Selepas memberi salam, dia membaca Al-Fatihah sekali dan langsung bergerak kearah suaminya. Tubuh Amran ditolak lalu airmatanya mengakir deras.

Suara tangisannya mulai berlagu. Tubuh suaminya sejuk, mata lelaki itu tertutup dengan senyuman manis dibibirnya yang pucat.

Lama dia terdiam memandang tubuh itu sambil menangis.

"Abang.. bangunlah, baru semalam abang janji taknak tinggal Aafiyah." tangisnya perlahan. Otaknya terasa kosong.

"BONDA!" jeritnya kuat dengan tangisan. Tubuh kaku Amran dipeluk erat.

"Kenapa abang tinggal Fiyah sorang-sorang.. lepas ni siapa nak jaga Aafiyah kalau Aafiyah sakit. Baru je berapa bulan lepas kita jalan-jalan pergi Switzerland, abang janji abang akan terus ada dengan Fiyah.." dia tersedu-sedan. Tangannya melekap di pipi Aiman yang sejuk.

"Allahuakbar.. abang sejuk ke? Fiyah pegang pipi abang ni, abang dah rasa hangat ke belum? Bangunlah abang.. Ya Allah kenapa secepat ni? Masih belum cukup kasih yang dia berikan.." dahi Amran dicium lama.

Klak!

"Kenapa ni Fiyah!?" soal Tengku Amelya cemas. Dia masih belum memandang tubuh kaku anaknya yang tinggal jasad tanpa roh.

Aafiyah sudah tidak mampu bersuara, hanya tangisannya yang kedengaran. Tengku Amelya mendekati Aafiyah, tubuh Aafiyah ditarik sambil dia memandang jasad dihadapannya.

Tengku Amelya terkejut apabila tersentuh jasad Amran yang sangat sejuk. Bibir anaknya itu pucat tanpa darah tapi tetap tersenyum manis.

"Bonda.. abang tinggal Fiyah. Dia tak sayang Fiyah ke? Dia taknak ada anak dengan Fiyah ke? Fiyah takde siapa-siapa bonda.. abang je yang faham Fiyah. Bila Fiyah sedih.. dia tahu bonda, orang lain tak tahu tapi dia.." tangis Aafiyah. Perasaannya seakan-akan.. hancur. Bukan seakan tapi memang sudah hancur pun.

"ALLAHUAKBAR! ANAK AKU YA ALLAH!! Am kenapa tinggal bonda Am? Ya Allah anakku bangun Am.. Kamu tak sayang bonda ke Am? Kamu tak kesiankan Aafiyah ke Am?" tangis Tengku Amelya kuat. Tubuh menantunya yang terasa sangat panas dan lemah ditarik kedalam pelukan sambil mereka memeluk Amran.

Klak

Tengku Amelya memandang kearah pintu yang dibuka. Kelihatan Aiman, Arissa serta Tengku Adnan dihadapan pintu.

"Ya Allah! Bonda, Fiyah kenapa ni?" mereka langsung mendekati Amran. Terdiam tiga orang itu sama seperti ekspresi Tengku Amelya apabila mendapati anaknya sudah kaku.

"Kenapa..?" tangis Aafiyah perlahan sebelum dia turut sama pengsan sambil memeluk jasad suaminya.

?" tangis Aafiyah perlahan sebelum dia turut sama pengsan sambil memeluk jasad suaminya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now