ثلاثة 3

2.9K 177 6
                                    

"AAFIYAH.. mana kau pergi selama ni? Tiba-tiba muncul nak kahwin dengan adik aku.." gumam Aiman sambil memandang bangunan dihadapannya.

'Saya ada je, cuma hilangkan diri sekejap. Penat.' suara Aafiyah yang ada didalam otaknya mematikan lamunan Aiman.

Kring Kring

Telefonnya yang berbunyi kuat diambil.

"Assalamualaikum kenapa ni bonda?" soal Aiman. Pasti mengenai isterinya. Dia tahu kerana itu merupakan rutin harian mereka.

"Waalaikumsalam, balik makan. Arissa tunggu kamu." Arah Tengku Amelya. Aiman mengangguk walaupun tidak diketahui ibunya.

"Okey." balasnya ringkas lalu menamatkan talian. Otaknya kembali mengingati Aafiyah walaupun tangan lincah mengemas meja.

Setelah selesai, briefcase diambil dan dibawa keluar. Kaki berhenti sebaik saja sampai dimeja setiausahanya.

"Azura, saya balik dulu. Awak jangan lupa lunch, lepas lunch hour saya masuk balik. Kalau saya tak balik, awak kunci bilik saya. Jangan masuk." pesannya tegas. Gadis bernama Azura binti Ismail itu mengangguk faham.

Kaki melangkah ke parkir kereta di bawah. Sebaik saja masuk didalam kereta, briefcase diletak ditepi dan dia langsung memandu pulang kerumah.

 Sebaik saja masuk didalam kereta, briefcase diletak ditepi dan dia langsung memandu pulang kerumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DIA adik Arissa." nafasnya bagai terhenti mendengar suara isterinya berbicara. Briefcase ditangan terjatuh ke lantai mengalihkan perhatian semua orang.

Aiman perasan wajah terkedu gadis berniqab itu. Briefcase diambil dari lantai, Tengku Amelya dan Arissa didekati.

"Balik pun kamu, Arissa dari tadi menunggu." ujar Tengku Amelya. Tangan anaknya disambut lalu Aiman dibiarkan mengucup tangannya.

"Sorry sayang, abang banyak kerja tadi tapi lapar tulah abang balik. Siapa ni bonda? Am?" soal Aiman berpura-pura tidak mengetahui Aafiyah. Dia cuma mahu memastikan sahaja.

"Aafiyah, Aafiyah Nur Humairah." balas Amran laju. Aafiyah hanya memandang kearah lain dengan tujuan tidak mahu memandang Aiman. Dia tahu, Aiman turut tahu tentang warna anak matanya yang sungguh berbeza dari Arissa.

Aafiyah mewakili warna anak mata Encik Uzair iaitu kelabu.

"Bakal isteri Am. Adik Arissa rupanya, bonda tak tahu pula Arissa ada adik perempuan." ujar wanita itu. Tangan Aafiyah diusap.

"Oh.. bila kau balik ni? 3 tahun hilang." soalnya kasar. Aafiyah menarik nafas perlahan lalu mengangkat kepala.

"Saya balik kelmarin. Kenapa? Kalau saya balik sekalipun, saya ganggu tengku ke?" bidas Aafiyah semula.

"Memang tak ganggu aku. Aku ingat kau dah tak kenal aku. Semoga kau tak ganggu rumah tangga aku dengan kakak kau jugak. Kau kan murah. Oh sorry, dah mahal." balas Aiman. Pakaian Aafiyah ditilik dari atas kebawah.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now