خمسة عشر 15

2.2K 140 16
                                    

AAFIYAH mengangkat nasi dan lauk yang sudah dia sediakan. Kakak dan abang iparnya belum keluar dari bilik lagi jadi Aafiyah terlebih dahulu bersiap untuk kerja dan masak sarapan.

Dia hanya memasak makanan ringkas seperti nasi lemak, telur rebus, ayam goreng dan sambal ikan bilis. Pinggan dan gelas disusun di atas meja.

"Eh Fiyah? Susah-susah je kamu masak. Patutnya dah bersiap tu duduk je tak payah masak ha." arah Arissa. Aiman turut berada dibelakang Arissa.

"Eh manada susah kak, sikit je ni. Lagipun dah 12 hari Fiyah dekat sini, 2 hari lagi Fiyah akan balik. Nanti akak rindu masakan Fiyah ha." usiknya. Bibir tersenyum manis.

Arissa tergelak. Ada betulnya juga.

Aafiyah duduk terlebih dahulu lalu Aiman duduk dibahagian hadapan sekali manakala Aafiyah dan Arissa ditepinya.

Mereka masing-masing menjamah makanan setelah menyenduk nasi masing-masing.

Setelah selesai, Aafiyah mengambil kot putihnya dan disarung ke tubuhnya bersama tudung putih labuh diluar bajunya.

Pinggan diangkat ke sinki lalu dibasuhnya sementara menunggu Aiman dan Arissa selesai. Selama ini Aafiyah mengikut Aiman pulang balik kerja.

Setelah selesai membasuh pinggan, Aafiyah berjalan ke pintu utama dan memasang kasut hitamnya. Dia duduk di buaian taman bunga kakaknya dihalaman.

Bunga ros putih dipetik Aafiyah. Dia suka bunga itu, kelihatan lembut berbanding dengan bunga ros merah. Seakan-akan melambangkan kebencian.

Kepala ditoleh kebelakang, kelihatan Arissa membetulkan tali leher Aiman. Dia hanya tersenyum melihat wajah berseri kakaknya.

Sejak kebelakangan ini, dia jarang menangisi suaminya. Hanya sedih tapi tidak sampai menangis. Dia redha dengan kepergian Amran.

Aafiyah menghidu bau bunga tersebut. Arissa mendekati Aafiyah lalu tangannya diletak diatas bahu Aafiyah.

"Aafiyah okey?" soal Arissa. Aafiyah mengangguk laju.

"Aafiyah jom." panggil Aiman. Aafiyah menyalam tangan kakaknya lalu mengikut Aiman ke kereta.

Sebaik saja masuk kedalam kereta, Aafiyah memasang tali pinggang keledar.

"Harini aku balik lewat sikit, aku minta Dirah ambil kau boleh?" soal Aiman. Aafiyah mengangkat kepalanya.

"Saya balik awal sikit, takpe saya tumpang kawan je. Tak perlu susahkan Dirah." larangnya. Aiman mengangguk setuju.

Aiman memandu kereta ke Hospital Swasta Kuala Lumpur. Dia hanya mengambil masa selama 15 minit untuk kesana.

Dia memarkir kereta ditempat parkir umum. Aafiyah menundukkan sedikit badannya menggantikan salam.

"Terima kasih Aiman. Hati-hati kerja." pesannya, dia turun dari kereta dan berlalu kedalam hospital. Sebaik saja melihat wajah sahabatnya, Dr. Afrina mendekati Aafiyah.

"Fiyah! Dah jom cepat, kita ada patient. Untung kau datang awal, kalau tak aku tak tau doktor mana aku nak tarik." sebaik saja Aafiyah ditarik kedalam hospital, Aiman langsung memandu ke tempat kerjanya.

Mereka berdua masing-masing berkerja tepat pada 8 pagi jadi kalau hendak masuk awal, mereka perlu bergerak pukul 7.

Mereka berdua masing-masing berkerja tepat pada 8 pagi jadi kalau hendak masuk awal, mereka perlu bergerak pukul 7

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora