خمسة و خمسون 55

2.5K 179 17
                                    

AIMAN memandang Arissa yang duduk berhadapannya. Hanya kaca memisahkan mereka. Air mata Arissa mengalir.

"Jangan nangis, I yakin you boleh berubah. You boleh cari lelaki better than I. You tahu I lelaki macam mana, you tahu apa silap I pada Fiyah sebelum ni. I baran, I dayus even sebelum I kena sihir you. You nak ke lelaki macam ni untuk jadi imam you?" soal Aiman. Arissa mengetap bibir bawahnya.

"You sesayang itu ke dekat Aafiyah?" ringkas soalan Arissa pada Aiman.

"I sayang dia sangat-sangat. I sayang dia dah lama Ris, dari dulu. Dari hari pertama I kenal dia, I nampak dia, effort dia untuk berubah demi I. I sayang dia sebab Allah, dengan izin Allah, dengan redha Allah Ris. I anggap you tak ubah macam kawan I, senior I." balas Aiman pada Arissa.

Air mata Arissa jatuh setitis demi setitis. Rasa sakit mencengkam dadanya. Sakitnya salah menaruh perasaan.

"I macam mana..? Siapa nak balas effort I..?" soal Arissa perlahan. Aiman menggulung senyum.

"One day.. Ris, soon. Lepas je you keluar dari sini, dia akan tolong you bangkit semula." Aiman mengangguk dengan yakin.

"Aiman, I minta maaf untuk semuanya. Tolong, tolong maafkan I.. I minta maaf dekat Aafiyah. I minta maaf sebab.. cintakan you. I lepaskan you atas nama Allah." lirih Arissa. Aiman menghela nafas lega.

"Terima kasih, I maafkan you. Doakan Aafiyah cepat sedar tau." pesan Aiman.

"I pergi dulu Ris.. Jangan nangis, nanti tak lawa." Aiman memandang Arissa yang turut menatap Aiman. Arissa menganggukkan kepalanya.

Aiman berdiri dan meninggalkan Arissa untuk memandu ke hospital sakit jiwa.

Aiman rindukan seseorang. Seseorang yang membesar dengannya, yang baik dengannya namun hancur disebabkan dendam memakan dirinya.

Sesampai di hospital itu, Aiman bertemu dengan seorang doktor yang melawat 'seseorang' itu. Mereka melangkah ke bilik dimana 'seseorang' itu ditempatkan.

"Macam mana keadaan dia?" soal Aiman.

"So far.. Tengku Fareez tiada masalah. Dia semakin memulih dan semakin banyak menyebut nama tengku untuk meminta maaf. Seperti biasa, dia akan mengelamun dan terus mengelamun.

"Alhamdulillah.." Aiman memulas tombol pintu, kaki melangkah ke dalam.

"Assalamualaikum." sapa Aiman. Fareez menoleh, mata lelaki itu terbeliak.

"Aku rindu kau gila!" Fareez dengan teruja memeluk Aiman.

"Same bro same." Aiman mengusap kepala Fareez.

Kenapa Fareez boleh disini? Itu kerana Fareez mengalami tekanan jiwa melampau akibat desakan ibunya.

Itu juga merupakan punca mengapa Fareez berdendam dengan Aiman. Ibunya sering membanding-bandingkan Aiman dengan Fareez sedangkan Aiman juga mempunyai kekurangan yang terbukti berlaku beberapa bulan lalu.

"Aku bawa ni." Aiman menghulur bekas makanan pada Fareez.

"Weh apa ni?" soal Fareez.

"Makanan."

"Memanglah makanan bodoh." bombastic side eye.

"Favorite kau, fruity macaroni." balas Aiman. Fareez tersenyum lebar, dah lama craving ni.

"How's life?" Fareez memandang Aiman sambil tangannya membuka bekas tersebut.

"Beberapa bulan ni aku tak datang bukan sebab aku lupa kau tapi, Aafiyah dah balik pada aku. I thought everything will be better but bro it hurts her even more. Dia kena sihir, aku kena sihir." adu Aiman.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now