خمسة وثلاثون 35

2.4K 164 5
                                    

AIMAN memasukkan beg pakaian Atrisya dan Aafiyah di bonet kereta. Aafiyah mendukung Atrisya sambil kerusi rodanya ditolak oleh Zarith dari belakang.

Kata doktor tadi, tekanan darah Aafiyah rendah. Mungkin disebabkan oleh nyahhidrasi iaitu keadaan dimana tubuh Aafiyah kekurangan air dalam badannya.

"Kita terus balik rumah ke abang?" soal Aafiyah. Aiman menganggukkan kepalanya, Atrisya diberi pada Zarith. Pintu kereta bahagian hadapan dibuka, Aiman membantu Aafiyah masuk ke dalam kereta.

Atrisya dikucup Zarith dan Nadhirah sebelum diberi pada ibunya semula. Aiman mengusap kepala adik susuannya yang berdiri dihadapannya bersebelahan dengan adik iparnya.

"Abang terus balik. Bagitahu bonda dengan umi kalau nak datang, datang je. Pintu abang tak pernah tertutup." pesan Aiman. Nadhirah menganggukkan kepalanya.

"Nad masuk kereta, start engine dulu." arah Zarith. Nadhirah mengangukkan kepalanya dan berlalu ke Ford Mustang milik Zarith.

Zarith berdiri di hadapan Aiman. Tangan menepuk bahu abang iparnya. Aiman memandang anak mata Zarith.

"As a brother who truly love and care for his sister, Zarith minta abang jaga kakak baik-baik. Jangan ulang apa yang abang buat sebelum ni bang, Zarith takde adik-beradik lain dah bang. Kalau abang tak fikir Zarith, fikirkan umi dengan walid. Kakak tu dulu liar bang sampai umi masuk hospital sebab tekanan darah tinggi sangat fikirkan kakak. Tapi seliar kakak, dia tak pernah masuk bilik dengan lelaki, ikut lelaki balik rumah or bawa lelaki jumpa umi dengan walid. Dia tak pernah minum arak atau sentuh rokok bang." ujar Zarith. Aiman menggulung senyumnya sambil mengangguk.

"Abang minta maaf untuk yang lepas. Abang ego sangat, abang sedar abang sayang Fiyah masa abang hilang dia buat pertama kalinya. 7 tahun lepas, tahun kedua abang kenal Aafiyah tapi abang tetap tolak dia jauh dari hidup abang. I'm judging her and ignoring our feelings and regretting everything. Abang terlalu kejarkan kesempurnaan pada diri orang sedangkan abang sendiri tak sempurna. Dan bila abang dapat berita yang adik abang kenal Fiyah, abang bahagia walaupun dia akan jadi adik ipar abang. Satu yang takde orang tahu, abang tak rela dia kahwin dengan adik abang tapi abang sayang Arissa. Abang bahagia dia nak kahwin tapi bukan dengan adik abang." jujur Aiman berkata. Zarith terkedu, kejujuran Aiman disini membuatnya terkejut bahkan mulutnya tidak boleh mengeluarkan kata-kata lagi.

"Terima kasih, sebab jadi cinta terakhir kakak-kakak Zarith. Tolong jagakan kakak untuk Zarith bang." pinta lelaki berusia 19 tahun itu. Aiman menganggukkan kepalanya.

"Tolong jaga Nadhirah, dia satu-satunya adik abang yang tinggal. Walaupun dia bukan darah daging abang, dia tetap adik abang." pesan Aiman semula. Walaupun hati mereka menidakkan perasaan masing-masing, Aiman dan Aafiyah cukup peka akan keadaan tersebut.

"Zarith balik dulu bang. Nanti Zarith datang jenguk kakak." pamit Zarith, lengan abang iparnya ditepuk dua kali dan dia berlalu ke kereta semula. Aiman turut memutar langkah ke keretanya.

Hawa dan Adam masing-masing duduk di kerusi belakang bersama iPad Mini milik mereka yang dihadiahkan Aiman sewaktu mereka duduk bersama Tengku Amelya yang waktu itu mereka kurang mendapat perhatian Aiman memandangkan Aiman masih mencari keberadaan Aafiyah.

"Adam, Hawa ada nak singgah mana-mana?" soal Aiman dengan nada lembut sebaik saja dia masuk ke dalam kereta. Aafiyah menoleh memandang belakang dengan senyuman.

"Takde daddy, mama penat tu. Kita balik jelah." balas Adam yang kini cukup matang bagi kanak-kanak seusianya.

"Aw, takpelah kalau Adam ada nak singgah mana-mana kita singgah dulu. Mama okey je sayang." balas Aafiyah. Adam menggelengkan kepalanya, tidak mahu menyusahkan.

"Hawa sayang?" soal Aiman. Hawa menguap perlahan lalu menggelengkan kepalanya.

Aiman mengangguk lalu menoleh ke hadapan. Isterinya dipandang sekilas. Tubuh Aafiyah dikepung lalu sebelah tanganny memasng tali pinggang keledar untuk wanita itu. Pipi gebu Aafiyah dikucup sekilas.

"Hush! Ada anak-anak dekat belakang tu." ujar Aafiyah. Pipi gebunya memerah selepas dikucup.

"HAHAHA, tak apalah." Aiman membetulkan duduk dan memasang tali pinggang keledar. Gear kereta ditolak dan dia memulai pemanduannya.

Adam menarik bahu Hawa yang mengantuk untuk baring berbantalkan pahanya. Hawa hanya menurut abangnya lalu tangan Adam menepuk-nepuk bahu si adik.

"Bang, milk?" soal Hawa. Adam tetap diam namun tangannya lincah mengambil botol susu dari dalam beg Hawa yang bertemakan Minnie Mouse.

"Maci." balas Hawa. Botol susu dihisap sambil matanya perlahan-lahan tertutup. Adam menggumam sahaja sebagai balasan.

Ibu tirinya ditatap lembut. Sosok wanita itu tidak mampu mengubah posisi ibu kandungnya tapi sosok wanita itu mampu memberikannya apa yang selama ini hilang.

Aafiyah juga tidak pernah kurang memberinya kasih sayang. Aafiyah, ibu yang baik untuknya. Tapi sungguh, rindunya pada arwah ibu kandungnya tidak terbendung.

Di usia 4  tahun, seorang abang pada dua adik ya, anak sulung lelaki, banyak yang hendak Adam luahkan pada ibu kandungnya, ayah kandungnya bahkan ibu tirinya cuma masih belum mampu untuk dia luahkan.

Tanpa sedar, setitis air mata Adam jatuh ke pipi Hawa. Bukan ini yang dia inginkan tapi ini cukup membahagiakan dirinya. Bolehkah andai Adam katakan ini adalah bahagia dalam sakit yang ia rasakan?

Teruntuk Hawa, terima kasih sebab hadir dalam hidup abang. Wajah Hawa sama macam arwah mummy. Manis, dan tenang. Hawa tolong tetap hidup untuk daddy, abang dengan mama.

Dan teruntuk arwah mummy, doakan Adam membesar dengan tenang dan bahagia. Adam rindu mummy, Adam rindu suara mummy. Mungkin masa mummy tinggal Adam, Adam baru 4 tahun tapi cukup untuk Adam proses yang mummy dah tiada. Adam sayang mummy, semoga mummy tenang disana..

Air mata diseka menggunakan jari kecilnya. Hawa yang merengek ditepuk-tepuk semula. Wajah Hawa ditatap lama. Pengisi hatinya yang mula sunyi setelah kehilangan ibunya.

Membesarlah jadi anak yang berbakti pada keluarga..

Membesarlah jadi anak yang berbakti pada keluarga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

P/S: Boleh brain tak sakitnya jadi seorang Adam? Happy Reading!

UPDATE: 21022023

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now