ستة 6

2.5K 153 15
                                    

AAFIYAH yang siap bergaun kembang dan berniqab sama warna seperti gaun dan tudungnya berdiri di hadapan cermin.

Dia dan Amran suda siap memakai pakaian resepsi perkahwinan mereka dan sebentar lagi mereka berdua akan sama-sama dibawa ke dewan yang disewa untuk acara sanding sebelah mempelai wanita.

Mereka menggayakan gaun dan sut bertema krim untuk tema siang dan royal blue untuk tema malam. Sewaktu acara sanding kemarin, mereka memakai tema royal yellow pada waktu siang dan light purple pada waktu malam.

"Puan, dah siap. Dah boleh turun, tengku dah ada dibawah." panggil Nafisah iaitu wanita yang ditugaskan untuk menyiapkan pakaian dan solekan Aafiyah.

"Ah? Baiklah, mari turun." Aafiyah membiarkan Nafisah mengangkat bahagian belakang gaunnya.

Mereka berdua sama-sama turun ke tingkat bawah menggunakan lift yang terdapat dalam istana itu. Sebaik saja memandang kelibat Amran dan Aiman, Aafiyah mendekati dua jejaka itu.

"Good morning Aafiyah." sapa Aiman ramah kepada adik iparnya.

"Morning abang Man." sapa gadis itu semula. Lengan suaminya dirangkul kemas. Amran menundukkan sedikit kepalanya untuk mengucup dahi isterinya yang berlapik niqab.

Aiman sedikit tenang memandang perlakuan manja Aafiyah kepada Amran. Sekurang-kurangnya dia tak perlu risau sama ada gadis itu mempunyai rancangan licik hendak menjatuhkan rumah tangganya atau tidak.

Astaghfirullahaladzim, kau dah berburuk sangka pada sahabat kau sendiri Aiman!

"Eh dah pukul 10, jom gerak." Amran memandang jam tangannya kemudian mematikan lamunan abangnya.

"Abang Man dengan Kak Rissa drive depan, lead the way. Kami follow dari belakang." soal Aafiyah. Aiman hanya sekadar mengangguk sekali.

Mereka bersama-sama berjalan ke tempat parkir dan masuk kedalam kereta masing-masing. Arissa dan anaknya sedari tadi menunggu Aiman tamat berbual dengan Amran.

Aiman terlebih dahulu memandu keluar dari perkarangan istana diikuti oleh Aafiyah dan Amran kemudian bodyguard mereka. Sepanjang perjalanan, Aafiyah tak henti-henti menggenggam tangan Amran.

Amran turut merasakan tubuh isterinya bergetar halus dan kesejukan hanya dengan menggenggam semula tangan gadis itu. Sesekali dia memandang Aafiyah yang sedang berzikir secara berbisik.

"Are you nervous my dear?" soal Amran lembut. Ibu jarinya mengusap-usap kekura tangan Aafiyah. Gadis itu memandang suaminya lalu menjongket kening sekilas.

"Tak pun cuma tak biasa dengan acara keramaian." balasnya ringkas.

"Takpe harini biasakan. Ini majlis kita sayang." pujuk Amran. Kelihatan gerbang masuk ke dewan itu semakin dekat bermakna mereka sudah sampai.

Sebaik sahaja memarkir kereta di tempat yang disediakan, mereka berdua hanya duduk di dalam kereta sementara menunggu dijemput masuk.

Tiba-tiba Amran terasa bagai sesak nafas dan terbatuk-batuk kuat membuatkan Aafiyah cemas. Dia langsung membuka dashboard dan mengeluarkan botol-botol ubatan suaminya.

"Ab-abang ai-air dekat mana?" soal Aafiyah dengan suara tersekat-sekat. Tubuhnya menggigil panik.

"Bonet- uhuk!" balasnya perlahan. Tangan mengusap dada yang terasa sakit. Dengan cemas Aafiyah keluar dari kereta dan membuka bonet kereta untuk mengambil air.

Terasa tangannya sejuk menggenggam tangan Amran. Setelah mendapatkan air, dia berlari ke pintu kanan kereta. Aiman yang melihat dari jauh langsung berlari anak mendapatkan Aafiyah.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now