تسعة وأربعون 49

1.8K 157 4
                                    

ARISSA mengetuk pintu pejabat Aiman sambil memegang beberapa fail di tangannya.

"Masuk." arah Aiman. Arissa memulas tombol pintu dan berjalan masuk ke dalam pejabat.

Aiman terlihat sedang fokus membaca e-mail yang dihantar padanya. Mata memandang Arissa sekilas.

"Yes?"

"Ni fail yang tengku minta and ni pula fail laporan dari meeting kemarin yang tengku tak dapat attend." Arissa meletak fail tersebut diatas meja pejabat Aiman.

"Thank you Arissa." balas Aiman tanpa menoleh memandang Arissa sedikit pun.

"Oh ya, ni coffee untuk tengku. I beli dekat cafe bawah since I nampak tengku macam mengantuk je." kopi itu dihulur pada Aiman. Aiman memandang Arissa lama sebelum menyambut huluran tersebut.

Arissa dengan sengaja menyentuh tangan Aiman dan dia cepat-cepat menarik tangannya.

"Sorry, my bad." ucapnya.

"Thank you again, you boleh keluar." arah Aiman. Arissa menganggukkan kepalanya dengan senyuman terukir lebar di pipinya.

Aiman menghirup sedikit kopi tersebut lalu dia bersandar di kerusi. Tangan naik mengurut dahi yang terasa pening.

Dah seminggu berlalu, keadaan Aafiyah masih sama namun sudah mulai membaik. Aafiyah tidak lagi meracau dan tidak lagi kerasukan namun isterinya itu masih tidak mahu disentuh.

Namun ada satu malam menjengah fikiran Aiman.

"Aafiyah nak apa sayang?" soal Aiman lembut. Tangan naik mengusap pipi isterinya yang sedari tadi menatap wajahnya.

"Er.. Fiyah.." Aafiyah bagaikan sedang ragu-ragu.

"Hm?"

"Fiyah.." hembusan nafas berat keluar dari bibir Aafiyah.

"Ada masalah ke sayang? Sayang rasa berubat ni tak ubah apa-apa ke?" soal Aiman lembut.

"Bukan abang.. Fiyah.."

"Fiyah nak apa sebenarnya?"

"Fiyah nak abang." ucap Aafiyah hanya senafas membuatkan Aiman terkelu.

"Abaikan." Aafiyah mengeluh dan mengatur langkah turun dari katil.

"Nanti." Aiman menarik tangan Aafiyah membuatkan wanita itu terduduk diatas katil semula.

"T-tak apa abang.."

"Are you forcing yourself hun?" Aafiyah menggelengkan kepalanya tanpa ragu.

"Betul ni?" soal Aiman sekali lagi.

"Betul abang.. Fiyah— Fiyah cuma.. rindukan abang." balas Aafiyah. Pipinya terasa sangat panas.

"I miss you more." balas Aiman dengan suara yang seakan-akan berbisik.

A voice full of desire and a hard feelings that no one knows.

Aiman mematikan lampu utama bilik dan menyalakan lampu tidur.

"Tengku!" Aiman memjam mata dan memandang Intan dihadapan pintu.

"Yes Intan?"

"Ada orang nak jumpa."

"Suruh dia masuk." arah Aiman. Intan mengangguk, pintu dibuka seluas-luasnya.

"Tengku Aiman Al-Furqan. Long time no see ya." sapa lelaki bertubuh sasa dengan kedua tangan di dalam poket.

"Qais! SubhanAllah bila kau balik?" soal Aiman. Dia berdiri mendekati Qais lalu bahu Qais ditepuk.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now