ثمانية و خمسون 58

3.1K 142 19
                                    

5 BULAN KEMUDIAN

Aiman memandang Aafiyah yang berada diatas katil pesakit. Pukul 2 tadi Aafiyah dah rasa contraction. Darah pun dah mengalir.

Doktor kata bukaan dah 9cm. Aafiyah pun memang dah agak perut dia makin sakit. Dua hari lepas mereka menyambut ulang tahun Atrisya.

Doktor memberi arahan untuk Aafiyah meneran. Aafiyah mengetap rahang dan meneran kuat. Sekali lagi Aafiyah meneran bayinya. Nafas ditarik dalam, tangan Aiman digenggam kuat.

"Puan nak tukar cara? Atau baring je?" soal doktor. Aafiyah mengangguk.

"Saya tak larat doktor, sakit sangat." adu Aafiyah. Dia kembali meneran bayinya.

Sudah 3 jam mereka berada di dalam bilik bersalin, 2 jam mereka mendengar Aafiyah meneran bayi. Wajah itu kian membiru.

Ya, Aafiyah memang berkulit putih pucat. Apabila dah putih pucat lepas tu pucat lagi, memang biru. Kadang Aiman risau sangat.

"Puan, puan jangan tidur puan. Nanti bayi boleh lemas." doktor menggoyangkan tubuh Aafiyah.

"Tak boleh.. doktor sakit sangat!" Aafiyah meneran sehingga tubuhnya bergetar. Tuala digigit kuat sambil dia memerah tenaganya.

Dengan sekali teran, bayi itu meluncur keluar. Suara bayi membuatkan mata Aafiyah terbuka luas. Bayi itu diletakkan diatas Aafiyah sambil mereka mengelap tubuh itu.

Doktor itu menampar-nampar kulit bayi itu apabila dia tidak mahu mengeluarkan suara. Perlahan-lahan bayi itu menangis membuatkan mereka menghembus nafas lega.

Aafiyah mengusap kepala anaknya. Bayi itu dimasukkan ke dalam baju Aafiyah agar bayi itu mengenali ibunya.

Aafiyah menutup matanya sambil bayi itu masih di dadanya. Nyaman..

TENGKU Harith Al-Asad bin Tengku Aiman Al-Furqan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU Harith Al-Asad bin Tengku Aiman Al-Furqan. Anak kedua Aiman yang dilahirkan oleh Aafiyah.

Harith tertidur diatas katil bayi sama seperti Aafiyah yang masih terlelap selepas melahirkan. Alhamdulillah, dia masih diberi kesempatan untuk menjaga anak dan isterinya.

Harith yang mencelik mata di dukung Aiman. Suara dari bayi itu seakan merengek. Aiman menghidu bau Harith yang seakan bau syurga.

Terima kasih Ya Allah atas kurnia-Mu.

Harith menutup semula matanya membuatkan Aiman tergelak. Puan Alisah dan Encik Uzair membuka pintu. Puan Alisah mengambil Harith dari tangan Aiman.

"Bila sampai umi? Walid?" soal Aiman.

"Baru je nak." balas Encik Uzair. Mereka berbual-bual sementara menunggu Aafiyah sedar.

Sejam kemudian, Zarith tiba di hospital bersama Nadhirah. Wajahnya dingin memandang ibubapanya.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now