ثمانية وثلاثين 38

2K 156 9
                                    

AAFIYAH memandang wajah bengis Aiman yang berdiri dihadapannya sambil mendukung Atrisya. Reaksi wanita itu bagaikan penuh dengan tanda tanya. Jam di dinding dipandang, 3 pagi?

"Abang kenapa tak tidur?" soal Aafiyah perlahan. Aiman mengetap bibir hingga urat lehernya kelihatan.

"Kau tanya aku kenapa..? Kau tau tak anak kau ni bising!?" marah Aiman. Aafiyah terkejut mendengar nada tinggi Aiman. Suara Atrisya mulai nyaring kembali. Aafiyah masih bingung, kenapa tiba-tiba suaminya mengamuk?

"Ab-abang okay tak? Kenapa ni? Aafiyah ada salah ke?" soal Aafiyah lembut.

"Kau tanya Aafiyah? Kau tak dengar ke anak kau ni ganggu tidur aku!? Esok aku kena kerjalah!" Aiman yang mulai bengang membanting Atrisya ke lantai.

"ABANG!!"

Aiman langsung terbangun dari tidurnya. Jari mengusap mata menghilangkan kabur. Aafiyah yang berpeluh di sebelahnya dipandang.

"Sayang, kenapa ni?" soal Aiman dengan suara serak basahnya.

"Atrisya..? Atrisya mana?" soal Aafiyah semula. Aiman mengerutkan dahinya.

"Aiman, Atrisya mana!? I'm asking!" suara dan tubuh Aafiyah mulai menggeletar dengan peluh sejuk mengalir jatuh dari dahinya. Denaran di dada semakin kencang, tubir mata mula terasa panas.

"Hey calm down, Atrisya ada. Atrisya tidur tu. Sayang mimpi je ni. Calm down okay?" pujuk Aiman. Tubuh Aafiyah ditarik ke dalam pelukan Aiman, keringat Aafiyah diseka.

Perlahan-lahan suara tangisan Aafiyah mula kedengaran. Getaran ditubuhnya masih terasa.

"Sayang, kenapa ni hm?" tanya Aiman dengan nada lembut.

"Aiman.. s-saya mimpi awak masih tak dapat terima saya dalam kehidupan awak. Saya mimpi awak berpura-pura maafkan saya. K-kalau awak betul tak dapat terima saya dalam hidup awak, tolong terima Atrisya. P-percayalah, dia anak awak Aiman. Saya m-mimpi awak jatuhkan dia ke lantai, a-awak banting dia." esak Aafiyah. Wajah Aiman berubah kelat.

Adakah ini kesan dari apa yang Aiman buat sebelum ni? Hal yang menyebabkan Aafiyah trauma dari fizikal dan mental? Aiman meraup wajahnya kasar.

"Hear me out, ini semua mimpi. Mainan syaitan. Percayakan aku Aafiyah, aku minta maaf untuk semuanya. Aku. Sayangkan. Kau." Aiman mengganti panggilan mereka agar Aafiyah percaya.

"Saya takut Aiman.. saya takut! Saya tak pernah cintakan orang Aiman.. it's only you and Am." tangis Aafiyah. Pelukan dieratkan, bahagian belakang baju Aiman dicengkam kuat.

"I'm sorry for now, one day you'll know the reason." kata Aiman. Rambut belakang Aafiyah diusap lembut lalu tepi dahi Aafiyah dikucup lembut.

"Cukuplah kau kena tipu oleh aku, jangan sampai orang pijak kau Aafiyah. I don't like to see my bird eat the same broken apple." keluh Aiman. Aafiyah hanya mendengar dengan sedunya yang masih kedengaran.

I know she's broken yet I still hurt her to break her more, now she had trust issues on me. On everyone.

Perlahan-lahan Aafiyah mulai terlelap. Tubuh Aafiyah dibaringkan ke tilam semula, selimut ditarik ke paras dada Aafiyah lalu suhu penghawa dingin dinaikkan sedikit kerana Aafiyah mudah selesema.

Dahi Aafiyah dikucup lembut. Aiman berbaring semula disebelah Aafiyah, patung Aafiyah diselit ke pelukan Aafiyah. Tangannya memeluk pinggang Aafiyah lalu perlahan-lahan menarik wanita itu mendekatinya.

It's been 8 years since our first meet and I still love you like I first met you. You're so sexy when you were 18 and I'm glad now you're 26 and hide your body for my view. Such a good wife, I'm proud of you.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now