خمسة و أربعون 45

1.9K 137 26
                                    

HARI ini merupakan hari ke-9 mereka berpuasa. Pada awal Ramadhan biasa je, cuma entah kenapa kebelakangan ini Aafiyah agak susah untuk dibawa berbincang. Mereka selalu tak sehaluan.

Aiman cuba untuk memahami keadaan Aafiyah tapi Aafiyah seakan-akan mencabar kesabaran Aiman. Ada kalanya Aiman rasa bahwa itu bukan Aafiyah isterinya, tapi itu Aafiyah yang dulu menolak untuk berkawan dengan Aiman.

"Sayang, bangun sahur. Abang dah masak." kejut Aiman. Tangannya menyentuh lengan Aafiyah yang tidak berlapik.

"Sayang, dengar tak ni? Bangun sahur." tubuh Aafiyah digerakkan oleh Aiman perlahan-lahan.

"Sakitlah! Cuba kejut elok-elok abang ni." Aafiyah melenting apabila terasa tangannya bagai digoncang kuat dengan renjatan elektrik.

Tangannya dibelek-belek. Aiman terkebil-kebil. Bukan kali pertama Aafiyah begini. Sebelum ini pun apabila Aiman menyalami tangan Aafiyah selepas solat Aafiyah melenting. Katanya sakit seakan-akan Aiman terlalu kuat mencengkam tangannya.

"Abang minta maaf. Dah bangun, jom basuh muka. Kita sahur." tangan Aafiyah ditarik perlahan-lahan namun segera Aafiyah melepaskan pegangan tersebut.

"Orang boleh bangun sendiri!" wajah Aiman dijeling dan wanita itu berlalu ke tandas.

Aafiyah berdiri dihadapan cermin. Terasa bersalah kerana seringkali dia meninggikan suaranya dan Aiman hanya diam tidak melawan.

Sumpah demi Allah, setiap kali Aiman menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya semuanya akan terasa sakit. Apa pun yang dilakukan Aiman semuanya selalu salah dimata Aafiyah.

Hati Aafiyah turut membengkak. Kadang kala cinta bercambah, kadang pula benci timbul.

Aafiyah membasuh mukanya di sinki dan memberus giginya. Setelah selesai, Aafiyah menilik wajahnya di cermin. Wajah Aafiyah kian kusam, menua dan agak cengkung.

Wanita itu keluar dari tandas. Dia duduk disebelah Aiman dan menggenggam tangan Aiman. Air liur ditelan.

"Abang.. Fiyah. Fiyah er- nak minta maaf sebab dah tertinggi suara dekat abang. Sumpah Aafiyah tak niat." Aafiyah menggigit bibir bawahnya. Tangan Aiman dibawa ke bibir dan dikucup lama.

Tangan Aiman naik mengusap rambut Aafiyah.

"Tak apa sayang." Aiman memaut bahu Aafiyah dan mereka melangkah turun ke bawah untuk bersahur.

Mak Yam menghidang lauk untuk bersahur. Wanita itu melabuhkan punggung di sebelah Adam yang masih mamai.

"Fiyah, Aiman mari duduk." panggil Mak Yam. Aafiyah hanya menggumam sekilas lalu duduk dihadapan Adam. Senyuman tipis dipamerkan ke Mak Yam.

"Nawaitu souma godhin an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi taaalaa." mereka mengaminkan doa dan niat berpuasa yang dibaca Aiman.

Masing-masing mula menjamah makanan mereka. Nasi berlaukkan ayam masak black pepper dan sambal tempe ikan bilis.

Setelah selesai bersahur, Aafiyah mengemas meja makan dan membiarkan Mak Yam membawa Adam naik ke biliknya semula. Aiman pula membantu Aafiyah mengemas dapur.

Aafiyah berdiri dihadapan sinki yang berhadapan dengan tingkap dapur untuk membasuh pinggan dan mangkuk yang kotor. Aiman pula mengelap sisa kotoran diatas meja dan menyimpan lauk yang berbaki.

Bau yang tidak enak dari halaman belakang membuatkan Aafiyah mengintip dari tingkap. Aafiyah sambung membasuh pinggan dan mengabaikan bau yang semakin mencucuk.

Bau tersebut berlawan dengan bau bunga melati yang datang secara tiba-tiba. Terdengar suara tawa halus dibelakang Aafiyah membuatkan wanita itu menoleh. Tiada apa pun?

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now