إثنان 2

2.9K 183 3
                                    

AAFIYAH membuka pintu kondominium mewah miliknya dan menolak luggagenya. Udara segar dihirup, setelah 3 tahun. Akhirnya dia kembali lagi ke sini.

Untungnya kondominiumnya itu tidak diketahui sesiapa melainkan dirinya sendiri. Luggage dimasukkan kedalam bilik utamanya. Tiba-tiba dia terpandang kepingan gambar diatas night standnya.

Gambar-gambarnya bersama keluarganya, Aiman dan sahabat-sahabat mereka. Haha, semua dah tak sama macam dulu. It'll definitely not gonna be the same anymore.

Gambar-gambar itu dikeluarkan dari bingkai dan diganti dengan gambarnya. Kenangannya dulu terimbas kembali didalam otaknya. Sungguh jahil dia dengan berpakaian yang melekat ditubuh seperti pelacur, minum arak, keluar masuk kelab malam. Astaghfirullahalazim..

Setelah dia berkawan dengan Aiman, semuanya berubah. Dia mulai berpakaian longgar seperti jeans dan sweater. Mula memakai tudung walaupun masih diatas dada.

Kini dia semakin membaik, berpakaian labuh, berniqab dan rajin beribadah. Semoga dia dikekalkan dalam hidayah Allah.

Aafiyah membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor. Habis saja solat, dia membaca Al-Quran kemudian melabuhkan tubuh diatas katil sehingga tertidur.

 Habis saja solat, dia membaca Al-Quran kemudian melabuhkan tubuh diatas katil sehingga tertidur

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

AMRAN meletak telefon diatas meja. Kemana Aafiyah? Sudah berpuluh kali dia mendail nombor gadis itu namun tetap tiada sahutan. Dia mahu meminta sokongan Aafiyah agar dia mudah memberitahu keluarganya tentang sakit yang dialami.

Terasa bahunya ditepuk, Amran memandang belakang. Abangnya.

"Kenapa ni? Kau nampak cemas semacam." ujar Aiman. Amran menggelengkan kepalanya, dia cuma risaukan Aafiyah.

"Aku ada benda nak bagitahu. Kau kenapa dekat sini?" soalnya semula pada Aiman.

"Oh, aku lupa. Bonda ajak makan malam." panggilnya. Amran mengangguk faham, dia dan Aiman sama-sama berjalan ke ruang makan.

Sebaik saja punggung dilabuhkan di kerusi, dia menatap wajah ibu dan ayahnya. Terasa berat dadanya hendak memberitahu mereka tapi bagaimana pun, itu keluarganya. Mereka berhak tahu.

"Am nak cakap something." dia menarik perhatian semua orang termasuk Tengku Adnan yang sedang menceduk nasi.

"Apa tu?" soal Tengku Amelya. Anak bongsunya ditatap hairan.

"Am.. Am sakit. Kanser hati, tahap dua." ujarnya perlahan. Amran mengangkat kepala memandang wajah ibunya yang terkejut. Tengku Aiman yang tadi menyuap Arissa turut memandang Amran disebelah ibunya.

"Am minta maaf tak bagitahu awal-awal, Am cuma.. taknak bonda, ayahnda dengan abang risau." tangan naik mengusap belakang leher apabila perasan pandangan serius dari ibu dan ayahnya.

Tengku Amelya seakan-akan hendak menangis apabila mendengar ucapan Amran. Dadanya diusap perlahan, Amran dipeluk erat.

"Am minta maaf bonda, Am salah.. bonda janganlah nangis.." Rasa bersalah menghurung diri melihat air mata bondanya menitis. Tubuh ibunya yang menangis dipeluk, belakang badan wanita itu diusap agar memberi sedikit ketenangan.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon