سبعة واربعون 47

2K 157 15
                                    

AAFIYAH mencelik matanya. Aiman yang tertidur dengan kepala berbantalkan perut Aafiyah dipandang. Apa yang dah jadi..?

Setahu Aafiyah, apa yang terakhir berlaku sebelum dia tak sedarkan diri ialah waktu dimana Aafiyah meninggikan suaranya pada Aiman meminta agar radio ruqyah dimatikan.

Allah.. apa yang aku buat ni..?

Tangan naik mengusap rambut Aiman yang masih nyenyak. Kepala ditoleh memandang bekas besen yang tidak dikemas, segelas air yang tinggal separuh dan keadaan ruang tamu juga sangat bersepah.

Aafiyah pejam mata, tangan naik memicit dahi sendiri. Pening. Beberapa bahagian tubuhnya terasa sakit yang amat terutamanya di bahagian pinggang dan bahu. Bibir diketap menahan tangis.

Mana semua orang? Anak-anak mereka mana? Atrisya? Adam dan Hawa?

"You're awake. Sayang okey tak? Ada sakit tak?" soal Aiman. Tubuh Aafiyah dibelek-belek. Aafiyah hanya memandang dengan air mata di tubir matanya.

"Hey, sayang kenapa ni hm?" lembut suara Aiman bertanya.

"Sakit dekat mana cinta hati?" soal Aiman lagi. Air mata Aafiyah menetes ke pipi dengan cebikan di bibir.

"Semua." ringkas balasan Aafiyah.

"Semua sakit tapi dia jadi lebih sakit kalau abang sentuh. Panas." tangis wanita itu. Sejujurnya perutnya tadi sakit namun dia diamkan. Tak mahu mengejutkan Aiman yang nampak sangat nyenyak dan kepenatan.

Aiman terkedu. Sedendam itukah orang yang hendak mereka berpisah sampai Aiman tidak dibolehkan menyentuh isterinya sendiri.

Aiman duduk disebelah Aafiyah. Tangannya mengusap rambut Aafiyah lalu sebelah tangan lagi memegang bahu Aafiyah. Aafiyah mendesis perlahan.

"We'll fight this together. Abang takkan lepaskan Aafiyah dan abang takkan biarkan gangguan ni hancurkan rumah tangga kita okay? Dia mensyirikkan Allah, Allah akan balas yang setimpal dekat dia." pujuk Aiman. Tangan dijauhkan dari tubuh Aafiyah.

Tubuh dia dekatkan dengan Aafiyah, dahi dan bahu Aafiyah yang disentuhnya tadi dikucup lembut. Deras air mata Aafiyah mengalir.

"Aafiyah rindu abang.." Aiman menelan air liur kasar.

"Please sayang.. don't cry it's hurt me a lot." pohon Aiman.

"Fiyah takut.. Macam mana kalau Fiyah tak boleh?"

"No! Belum cuba belum tau sayang, usaha tangga kejayaan. Apa pun jadi, kita kena usaha. Syaitan sukalah tengok orang jatuh, tapi abang takkan buat dia berjaya jatuhkan kita." mahu dipeluk Aafiyah takut makin sakit, tidak dipeluk terasa bengkak hatinya sendiri.

"I wanna hug you so bad but I don't wanna hurt you.. damn!" air mata Aafiyah diseka menggunakan tuala.

Aafiyah melawan rasa sakitnya, tangan menarik Aiman ke dalam pelukannya. Terasa getaran pada tubuhnya namun dia abaikan. Tangisan dilepaskan di bahu Aiman sepuasnya.

Oh Allah.. lindungilah isteriku, anak-anakku, dan keluargaku dari gangguan syaitan. Muliakanlah mereka disisi-Mu ya Allah..

Bisikkan hati Aiman berbicara. Matanya tertutup menghayati pelukan isterinya. Belakang Aafiyah diusap bagi menenangkan wanita itu.

 Belakang Aafiyah diusap bagi menenangkan wanita itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now