ثلاثة وثلاثون 33

2.8K 168 10
                                    

"AAFIYAH!" Aiman mendekati Aafiyah yang terduduk diatas lantai memegang perutnya dengan tudung yang sudah tersarung di kepala.

"A-aiman, sakit." adu Aafiyah. Air ketubannya mengalir diatas lantai tak sempat dibersihkan. Sungguh dia tak larat.

"Shh sayang.." Aiman mendukung tubuh Aafiyah dan dibawa ke kereta. Dia masuk semula ke dalam rumah Thalia dan naik ke tingkat atas meninggalkan pesan buat Thalia dan mengambil barang yang disediakan Aafiyah.

Aiman mengunci pintu rumah tersebut lalu masuk ke keretanya semula. Aafiyah yang mengambil nafas itu dipandang sekilas. Tangannya menggenggam tangan Aafiyah dan dibalas oleh wanita itu.

Aiman langsung memandu laju ke hospital terdekat. Sebelah tangannya mendail nombor telefon adik iparnya untuk memberitahu seluruh keluarga mereka.

"Apa?" soal Zarith tanpa salam.

"Assalamualaikum, abang nak minta tolong Zarith bagitahu umi, walid, bonda dengan ayahnda yang abang tengah on the way hospital. Kakak nak bersalin." ujar Aiman. Zarith mengerutkan dahinya.

"Abang dengan.. kak Fiyah?" soal Zarith tak sangka.

"Ye, dia dah nak bersalin. Tolong ya, abang on the way hospital." balas Aiman lalu dia menamatkan panggilan. Genggaman Aafiyah semakin lama semakin lemah.

"Sayang, don't. Don't you dare to close your eyes, I beg you. Jangan Aafiyah, kita dah nak sampai." pohon Aiman. Aafiyah berusaha menahan matanya dari tertutup. Air mata yang mengalir dibiarkan.

Pinggangnya terasa sungguh sakit sekarang. Hendak bergerak pun Aafiyah tidak mampu lagi.

Aiman meletak kereta di tempat yang sesuai lalu tubuh Aafiyah didukung keluar dari kereta. Jururawat disitu langsung mendekati Aiman dan Aafiyah ditolak ke wad ICU.

"Aiman, jangan tinggal saya.." pohon Aafiyah. Tangannya menggenggam erat tangan Aiman bagai tak mahu dilepaskan.

"Aku tak tinggal kau sayang, aku dekat sini teman kau. Please be strong for our baby. For Adam, Hawa and me." balas Aiman. Kepala Aafiyah yang berbalut tudung diusap.

"Tengku tunggu dekat luar, kami akan minta tengku masuk sekejap lagi." ujar doktor yang bertugas. Aiman memandang Aafiyah lalu mengangguk.

iPhone dikeluarkan lalu Aiman mendail nombor bondanya.

"Assalamualaikum bonda, Qan dekat AVISENA Women's and Children's Specialist Hospital. Aafiyah masuk ICU, nak bersalin ni. Qan nak minta doa bonda, kalau tak keberatan, bonda boleh datang dengan ayahnda. Bawa Hawa dengan Adam, budak-budak kata rindu Qan." pesan Aiman sekali. Tengku Amelya menjongket kening, Aafiyah?

"Waalaikumussalam Qan, bonda datang dengan ayahnda sekejap lagi ya." balas wanita itu. Panggilan dimatikan, wanita itu sudah tidak sabar hendak memberi tahu suaminya yang menantu mereka hendak bersalin.

Aiman duduk di kerusi sambil meraup kasar wajahnya. Dada berdebar kencang padahal ini kali ketiga dia menerima anak.

"Assalamualaikum Aiman, Aafiyah mana?" soal Puan Alisah dengan wajah yang agak gelisah.

"Waalaikumussalam umi, Fiyah dekat dalam. Doktor tak minta Aiman masuk dulu, dia nak buat check-up." balas Aiman ringkas. Sudah hampir 15 minit dia duduk diluar namun belum ada tanda-tanda doktor akan keluar.

"Macam mana abang boleh jumpa kakak?" soal Zarith yang sedari tadi berdiam.

"Dia telefon abang, minta redha, minta maaf lepas tu abang minta alamat dia. Dia bagi abang alamat tapi dia taknak abang pick-up dia. Petang tu abang habis call dengan Adam dengan Hawa, dia call abang kata nak bersalin. Abang terus datang." balas Aiman ringkas. Tiba-tiba seorang doktor keluar dari wad.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now