أربع 4

2.9K 176 9
                                    

"UMI ingat nak buat kenduri kesyukuran sebab Aafiyah dah balik." cadang Puan Alisah. Anak keduanya ditatap walaupun wajah gadis itu tertutup niqab hitam.

"Saya cadang aunty buat kenduri sekali dengan majlis nikah kami." ujar Amran tiba-tiba. Aafiyah tersenyum disebalik niqabnya. Terasa bagai darah menyerbu ke pipinya.

"Hah? Aafiyah kamu setuju?" soal Puan Alisah. Adik bongsu Aafiyah yang tadi bermain telefon langsung mengangkat muka memandang kakaknya.

"Aafiyah sentiasa setuju umi." balasnya ringkas. Amran dipandang sekilas lalu pandangan mata mereka bersabung. Aafiyah langsung menundukkan kepalanya.

"Alhamdulillah, bila nak buat?" soal Encik Uzair.

"InsyaAllah dalam masa terdekat? Esok bonda dengan ayahanda akan datang merisik lepas tu lusa tunang, minggu depan dah boleh nikah. Sanding bila-bila pun boleh asal tidak susahkan sesiapa." cadang Amran.

"Kamu dah buat persiapan ke? Laju betul." terkejut mereka anak-beranak mendengar cadangan Amran.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai sebaik saja saya beritahu bonda dengan ayahnda yang saya nak kahwin dengan Aafiyah." balas Amran tenang.

"Tapi saya nak bagitahu yang saya tak sempurna. Saya ada penyakit kanser hati tahap dua, tak selamanya boleh jaga Aafiyah kalau ajal saya dah sampai. Sekarang pun dalam proses perubatan." tambahnya. Puan Alisah dan Encik Uzair sudah mengerutkan dahinya.

"Apa ni Am? Kan saya dah cakap, saya okey. Saya boleh rawat awak! Saya cintakan awak ikhlas.. takkan sebab penyakit awak tu saya nak tinggalkan awak?" soal Aafiyah. Amran mengangguk, kau okay tapi keluarga kau?

"Kami semua okey je kalau Kak Fiyah okey." balas Zarith. Balang biskut dihulur pada ayahnya yang duduk di sofa bersebelahan uminya.

"Alhamdulillah, semuanya dah selesai tapi lebih baik kita ikut adat. Mak ayah kamu datang merisik, bertunang, kita bincang tempat." tambah Puan Alisah. Cawan teh diangkat dan dihirup perlahan.

"Kalau pasal merisik mestilah jugak, tempat bersanding ada dua kan? Satu bahagian lelaki, satu bahagian perempuan. Nikah tempat lain jugak." Encik Uzair mengangguk. Itu merupakan adat mereka melainkan tempat nikah.

"Nikah dengan sanding tempat saya dekat Istana Diraja, tempat Aafiyah?" soal Amran. Tempat yang dipilih bukanlah pilihannya melainkan ibunya.

Biasalah, sudah nama pun tengku, keturunan raja. Memang istana lah tempat kahwin dia.

"Eh? Kamu keturunan diraja?" soal Puan Alisah terkejut. Dah kenapa semua keturunan raja ni suka anak-anak dia?

"Saya adik Aiman. Adik ipar Kak Rissa jugak cuma hari abang kahwin dulu saya masih belajar." terang Amran. Puan Alisah dan Encik Uzair mengangguk faham.

"Baiklah makcik, pakcik kalau tiada apa-apa saya pulang dulu. Aafiyah? Awak balik condo ke atau duduk sini?" soal Amran pada bakal isterinya.

"Saya balik condo kut tapi petang sikit. Takpelah awak balik dulu." balas Aafiyah. Sengaja dia mahu balik lambat kerana dia pasti sekejap lagi ahli keluarganya datang.

"Oh baiklah, hati-hati. Saya balik dulu makcik, pakcik." tangan Encik Uzair disalam begitu juga dengan Zarith Aaryan.

Aafiyah dan yang lain bersama-sama menghantar Amran keluar. Amran melambaikan tangannya dan masuk kedalam kereta. Aafiyah menggulung senyum manis disebalik niqab.

 Aafiyah menggulung senyum manis disebalik niqab

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now