واحد وثلاثين 31

2.8K 178 13
                                    

7 BULAN KEMUDIAN

"I miss you so bad. Come back to me, I beg you." bisik Aiman. Bibirnya bergetar mengucup sejadah milik Arissa yang pernah bercium dengan dahi Aafiyah.

"Abang salah, abang tahu. Abang tuduh Fiyah, tapi abang minta, Fiyah balik. Abang janji abang betulkan semua.." dengan mata terpejam, Aiman mengalirkan setitis air mata kekesalan.

"I promise it will never be the same, I swear in the name of Allah.." dalam keadaan sedar, Aiman bersumpah untuk tidak mengulang kejadian lalu. Sungguh hanya Allah yang tahu seberat apa rasa bersalah yang dia tanggung pada Aafiyah.

Aiman duduk diatas sejadah dan membuka buku yang ditulis dan dicetak oleh Aafiyah sendiri.

It's between you, me and Him

Halaman satu.

"I have already felt too much pain, and the most hurt pain is putting hope on human." - Ali bin Abi Thalib

17/2/2017

Setitis air mata Aiman mengalir dari matanya. Tarikh itu merupakan tarikh 6 tahun lepas dimana dia menolak Aafiyah sewaktu wanitanya itu memberitahu Aiman tentang perasaannya.

"In whatever situation, it's you. The one that I always choose.. even if it's hurt me so bad."

12/4/2017

Tarikh yang mengingatkan Aiman pada tarikh kejatuhannya. Aiman difitnah meniduri seorang gadis sekelasnya sehingga Aiman dibenci oleh ramai orang, dan saat itu yang tetap berada disisinya cuma Aafiyah. Bahkan sampai Aafiyah turut dijauhi dan difitnah pernah menyerah diri kepada Aiman.

Sejak hari pertama perkenalan mereka, yang sentiasa menyokong Aiman hanyalah Aafiyah, bukan orang lain. Aafiyah yang berada disisi Aiman, bahkan Aafiyah yang berusaha mencari cara untuk membuktikan Aiman tidak bersalah.

"Kenapa baru sekarang aku nak sedar..? Kenapa lepas aku buat kesalahan yang tak mampu orang maafkan baru aku nak menyesal.. ya Allah." 1001 memori pahitnya dunia kepada Aiman berlayar di dalam isi kepala Aiman menyedarkan dia bahawa Aafiyah seorang wanita yang baik.

"Tadaa, cantik tak I pakai tudung?" Aafiyah memandang Aiman yang kelihatan terkedu. Wajah Aiman sedikit memerah, lelaki itu berpaling dan menyembunyikan senyumannya.

"Hey I tanya ni kenapa you tengok lain. Tak lawa ke..?" Aafiyah mencebik bibir dan mengedip matanya. Aiman berdehem dan berputar.

"Cantik. Aku suka. Lagi elok kalau kau tak cekik leher kau tu, pakai labuh sikit tapi tak apa. Take time to change yourself my dear." ujar Aiman. Aafiyah mendongak sedikit memandang Aiman yang sedikit tinggi darinya.

Aiman memandang mata Aafiyah yang merah. Menangis ke budak ni???

"Alolo menangis ye budak ni aku tak puji, nak cendol ke? Jom." usik Aiman. Aafiyah menjeling Aiman, pipinya yang agak merah ditekup.

"Dahlah you, jom makan. I lapar!" Aafiyah berjalan terlebih dahulu meninggalkan Aiman dibelakang. Aiman tergelak lalu mengikut Aafiyah dari belakang.

Aiman tergelak apabila dia teringat hari dimana dia terkedu melihat Aafiyah memakai tudung buat pertama kalinya.

Suara hujan yang lebat dan petir meyambar petir serta cahaya kilat kedengaran sungguh tenang di telinga Aiman. Malam lelaki itu diakhiri dengan tangannya memeluk buku penulisan Aafiyah.

 Malam lelaki itu diakhiri dengan tangannya memeluk buku penulisan Aafiyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AAFIYAH mencelik mata perlahan-lahan. Suara petir kedengaran jelas ditelinganya. Jam di dinding dipandang. 3:07 pagi, langsir yang beralun dipandang. Aafiyah mendekati langsir itu, tingkap yang terbuka tadi ditutup.

Langit gelap tanpa bintang dan suara hujan yang kuat dipandang Aafiyah. Bibir Aafiyah menggulung senyuman tipis namun kelihatan sungguh manis.

Perutnya yang agak besar diusap. Kandungannya kini berusia 8 bulan 2 minggu, tak lama lagi Aafiyah akan bersalin.. dan dia masih mengharap agar Aiman mencarinya.

"Abang tau? Anak kita budak baik.. dia tak pernah nakal. Dia tau mama dia rindu daddy, dia tak susahkan mama." Aafiyah mengusap perutnya sambil mata memandang keluar jendela.

"Aafiyah tunggu abang.. sampai abang datang balik dekat Fiyah. Semoga doa Fiyah sampai dekat abang." mata dipejam rapat apabila terasa bagai ada airmata yang akan datang selebat hujan diluar.

Sebaik sahaja mata itu dibuka, titisan air mata Aafiyah jatuh manakala buku mata lebat wanita itu kelihatan basah.

Aafiyah menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dilepaskan perlahan-lahan melalui mulut. Dada yang sesak diusap lembut. Bibir pucat itu mulai teresak perlahan-lahan.

Aafiyah melabuh punggung diatas kerusi kerja miliknya lalu tangan menyeka airmata. Rambutnya terikat dengan gaya messy bun. Serabut sama seperti isi fikirannya sekarang.

Rindu yang sangat berat tak tertanggung. Suara esakan ditahan agar tidak mengejutkan sahabatnya dibilik sebelah. Airpod milik Aafiyah memasang lagu Runtuh yang dinyanyikan oleh penyanyi asal Indonesia iaitu Feby Putri dan Fiersa Besari.

Sebatang pensil dan sebuah buku nota dicapai Aafiyah. Tangannya mulai menghasilkan kata-kata dan lukisan yang menggambarkan perasaannya tika itu.

"I know you will come to me.. someday." - 3:29 a.m. 9/2/2023

Mata kuyu Aafiyah memandang lukisan tersebut. Dia berhenti melukis dan mematikan lagu yang terpasang lalu berdiri untuk ke tandas dan mengambil air wudhu.

Ini masanya untuk dia bersujud kepada Allah dan meluahkan perasaannya.

"Dan hanya pada-Nya aku berserah. Dialah sebaik-baik pendengar setia semua hamba-Nya." satu kata-kata yang ditanam Aafiyah didalam otaknya agar dia tidak mengalah dan mudah menyerah.

Aafiyah percaya, ini semua ujian dari Allah untuknya mungkin untuk membalas segala dosa-dosanya atau untuk menguji kekuatan iman Aafiyah.

"Apa yang berlaku, semuanya ada hikmah disebalik kejadian itu."

Aafiyah duduk bersila diatas sejadah lembut miliknya dan bercerita seakan-akan ada seseorang dihadapannya sedangkan bagi Aafiyah, dia sedang menceritakan perasaannya kadang diselitkan dengan tawa hambar serta senyuman tawar dan tangisan.

Lama kelamaan Aafiyah berbaring diatas sejadah sementara menunggu azan Subuh. Mata kuyu itu terpejam perlahan-lahan bersama tangannya mengusap perutnya yang bulat.

Jam dipandang sekali lagi, 4:48 pagi. Masih ada kurang sejam sebelum azan Subuh berkumandang. Aafiyah masih sempat melelapkan matanya sebentar.

"Put Allah first, He will always look forward on you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Put Allah first, He will always look forward on you."

TBC

P/S: Hai, saya update ni. Rindu tak? Yang SPM mendengar dan bertutur, goodluck!!

UPDATE: 09022023

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now