سبعة 7

2.3K 142 1
                                    

2 MINGGU KEMUDIAN

Aafiyah dan Amran kini berada di Switzerland untuk berbulan madu. Mereka hanya mengikut perancangan yang dicadang Abby sewaktu di majlis resepsi mereka.

Amran menggenggam tangan isterinya yang berlapik gloves memandangkan sekarang merupakan musim salji.

"Sayang, snowboarding jom?" ajak Amran. Aafiyah menayangkan wajah ceria. Sudah lama mereka berdua tidak bermain ski ais.

"Jom! Mana nak cari snowboard abang?" soal Aafiyah teruja. Amran menarik tangan Aafiyah ke kedai yang menjual papan luncur ais dan peralatan lainnya.

Mereka berdua memilih papan luncur yang mereka rasakan amat menarik. Setelah jumpa, Aafiyah dan Amran mengangkat papan tersebut.

"How much is this sir?" soalnya. Penjual itu menunjuk harga yang terdapat di skrin harga.

"I take this two so I pay 1091.92 swiss franc." Amran mengeluarkan dompet dari poketnya dan mengeluarkan Black Amex Card.

Cashier itu langsung meng-scan kad milik Amran kemudian memberinya kepada Amran semula selepas selesai menggunakannya. Snowboard tadi dihulurkan pada Amran dan Aafiyah setelah dimasukkan dalam beg kertas.

Aafiyah dan Amran langsung mengeluarkan snowboard itu dari beg kertas dan memakainya. Mereka berdua berpegangan tangan dan serentak meluncur ke bawah memandangkan mereka sedang berada di kawasan pergunungan yang berdekatan dengan villa mereka.

Aafiyah tidak mampu menahan gembiranya disebalik niqab. Laju saja kakinya meluncur meninggalkan Amran dibelakang.

"Don't make me caught you my dear!" laung Amran kuat. Aafiyah meluncur laju dihadapan agar tidak dapat dikejar Amran.

"Arghhh!! I LOVE YOU TENGKU AMRAN! FOREVER, IN MY HEART. INFINITY LOVE FOR YOU!" balasnya dengan jeritan.

Apabila terasa penat, dia menghentikan kakinya dan membiarkan tubuhnya jatuh keatas salji. Kasut yang bersambung dengan snowboard itu ditanggalkan.

Aafiyah mengerak-gerakkan kaki dan tangannya agar tubuhnya selesai diatas salji. Tiba-tiba, Amran datang dan langsung berbaring disebelah isterinya.

Tubuh Aafiyah ditarik kedalam pelukannya, tepi dahi gadis itu dikucup.

"I love you sayang, always. Cinta sayang akan abang bawa ke syurga sampai abang mati." Amran memeluk pinggang Aafiyah dan mendiamkan diri beberapa ketika.

Setelah terasa lama, Amran menarik tangan Aafiyah untuk berdiri.

"Jom, dah nak malam. Kita beli makanan lepas tu balik villa. Solat maghrib, bersihkan diri, malam karang kita keluar lagi." pujuk Amran apabila Aafiyah seakan-akan tidak mahu bangun.

"Dukung dekat belakang?" soal Aafiyah. Amran mengangguk laju.

Kenapa tidak? Dia sakit bukan tidak mampu kalau setakat dukung isterinya yang beberapa kg sahaja. Tidak sampai 50kg sedangkan Amran 70kg.

Kaki Aafiyah dipegang erat manakala Aafiyah dibiarkan menyelesakan tubuh. Dalam keadaan dia mendukung isterinya, Amran berjalan pulang ke villa mereka yang berdekatan.

Apabila sudah sampai di kawasan yang agak ramai orang dan sedikit sesak, Aafiyah minta diturunkan. Beg kertas dan beberapa lagi plastik diangkatnya.

Mereka singgah ke gerai halal untuk membeli makanan seperti kebab daging, taufufah dan sandwic vegetarian. Di restoran halal pakistan pula, mereka membeli nasi dan daging bakar.

Setelah selesai membeli makanan, mereka membawa makanan-makanan itu ke villa mereka.

Pintu villa ditolak lalu Amran menyalakan suis lampu. Kasut ditanggalkan di tepi pintu lalu dia memberi salam dan membaca doa masuk rumah.

"Assalammualaikum.." Aafiyah memberi salam kemudian mengulang perbuatan suaminya.

Mereka berdua langsung membersihkan diri, menjamah makanan, berehat dan menunaikan solat fardhu maghrib dan isya'. Selepas isya' mereka berdua keluar berjalan-jalan dan pulang pukul 11:30 malam.

 Selepas isya' mereka berdua keluar berjalan-jalan dan pulang pukul 11:30 malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIMAN mendukung anak bujangnya sambil sebelah tangan menggenggam tangan Arissa. Mereka bertiga kini berada di klinik memandangkan Arissa mempunyai temu janji ke-7.

"Number 1012 room 4. Repeat number 1012 room 4." speaker yang bersuara itu membuatkan Arissa dan Aiman berdiri.

Doktor itu langsung mengarahkan Arissa untuk baring diatas katil lalu doktor itu menyapu gel berwarna biru.

Setelah itu, mereka kelihatan skrin yang menayangkan bentuk bayi itu. Speaker turut dibunyikan agar suara jantung bayi itu kedengaran.

"Aww.. can't wait for you to born my baby." ucap Arissa.

"So far baby sihat, jantung pun berdehup normal. Puan dengan tengku nak tahu gender ke?" soal doktor wanita itu. Mereka berdua mengangguk laju. Arissa turut turun dari katil dan duduk di kerusi yang disediakan.

"Dengan senang hati saya menjelaskan bahawa Adam bakal menjadi seorang abang untuk adik perempuannya. Yeayy!" ujar doktor itu dengan riang. Adam turut terkekeh-kekeh apabila semua orang sedang tersenyum sakan.

"Alhamdulillah, nanti nama saya nak letak Hawa Nur Anis sebab abang dia Muhammad Adam Hanzel." balas Arissa. Doktor itu mencatat nama yang barusan disebut Arissa diatas kad klinik ibu dan anak.

Aiman hanya mengangguk setuju kerana dia sudah tahu tentang nama yang hendak diberi kepada anaknya yang bakal lahir nanti.

"Terima kasih doktor, kami balik dulu." Arissa bersalaman dengan doktor itu dan berlalu keluar dari bilik tersebut.

Senang hatinya mendengar balasan yang haik tentang anak gadisnya. Dia memang sudah dapat teka anaknya berjantina perempuan tapi dia mahu sahkan.

Masuk saja didalam kereta, Adam terus diletak dibelakang. Arissa memandang Aiman yang turut memandangnya.

"Terima kasih sayang.."

"Sama-sama abang, I love you." balas Arissa.

" balas Arissa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

P/S: Berbahagialah kedua-duanya diantara kamu sebelum kalian dilanda dugaan. Muehehehe. Happy reading!

UPDATE: 03092022

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now