اثنان وأربعون 42

1.8K 148 23
                                    

"ARISSA.."

Aafiyah memandang Aiman yang masih menatap wajah Arissa Sofea. Kakak sepupu sebaya arwah kakak Aafiyah.

"Eh Aiman, awak buat apa dekat sini?" soal Arissa. Beg plastik diambil Zarith dan dibawa ke dapur memandangkan agak berat.

"Aiman?" soal Arissa sekali lagi apabila Aiman masih memandang wajahnya.

"Oh, datang dengan anak bini." balas Aiman. Air liur diteguk kasar.

"Oh, siapa tu?"

"Aafiyah."

"Kak Ris, rindu tak?" soal Aafiyah.

"Eh Ya Allah, dah lima tahun tak jumpa!" Arissa langsung mendekati Aafiyah membuatkan Aiman bergeser ke tepi memberi ruang untuk mereka berdua.

Arissa langsung memeluk tubuh Aafiyah erat dan Aafiyah membalas pelukan tersebut namun pandangan Aafiyah dan Aiman bersambung. Wajah Aafiyah ada senyuman hambar.

"Ni anak Aafiyah ke Mak Su?" Puan Alisah menganggukkan kepalanya dengan senyuman.

"Rindu sangat dengan Aafiyah."

"Aafiyah pun rindu Kak Ris." balas Aafiyah. Tawa kecil diselitkan agar perbualan mereka tidak canggung.

"Akak berbual lah dulu, Aafiyah masuk dapur." pamit wanita itu. Berkerut dahi Aiman. Dia mengikuti isterinya melangkah ke dalam dapur.

Arissa memerhati langkah dan gerak-geri Aiman.

Kacak, sado, karismatik, dan berwajah beku. Sangat menarik perhatian.

"Sayang?" panggil Aiman. Aafiyah mengerutkan dahinya. Dah kenapa sampai dapur nak ikut?

"Abang buat apa kat sini? Ingat nak borak dengan Kak Ris." tenang Aafiyah membalas.

"Takde topik, malas nak berbual." balas Aiman.

"Ohlah, ni dah zohor. Fiyah naik solat kejap, abang tolong pegang Tisya. Fiyah dah solat nanti turn abang pula solat." cadang Aafiyah. Aiman mengangguk setuju. Atrisya diambil dan dibawa ke ruang tamu bersama Nadhirah.

"Mak Long ada bilik kosong tak? Nak solat Zohor. Takut terlewat pula."

"Takdelah, anak-anak Mak Long semua balik ha. Ada satu bilik tetamu tapi ada barang Mak Ngah dalam tu." balas Mak Long semula.

"Oh, bolehlah tu. Nak solat kejap je." balas Aafiyah. Mak Ngah menoleh lalu menganggukkan kepalanya. Biskut dimasukkan ke dalam mulut semula.

Aafiyah naik ke tingkat atas dengan membawa telekungnya. Sejadah dihamparkan diatas lantai sebaik saja wanita itu masuk ke dalam.

"Kenapa panas semacam je bilik ni..?" soal Aafiyah pada dirinya. Tudung dan niqab dibuka lalu diletak di atas sejadah.

Kaki Aafiyah melangkah masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhu. Terasa bagai dirinya sedang diperhatikan, Aafiyah mempercepatkan wudhunya. Setelah selesai, pintu tandas ditutup. Telekung disarung ke kepala Aafiyah lalu Aafiyah membaca niat solat Zohor.

Beberapa minit berlalu, Aafiyah telah selesai membaca doa dan secara tiba-tiba bilik itu berubah semakin panas. Kepala Aafiyah terasa pening dan bagai hendak muntah.

Tudung dibawa ke meja solek lalu dipakai semula. Pin yang terletak diatas meja terjatuh ke lantai. Aafiyah menunduk mencari pin yang terjatuh.

Kepala ditoleh sedikit ke kiri apabila terasa bagai ada orang. Nafasnya bagai hendak terhenti memandang kaki pucat tergantung di awangan. Aafiyah berdiri tanpa memandang kelibat tersebut.

"Astaghfirullahalazim.." istighfar wanita itu.

Sebaik niqab terikat, Aafiyah mahu keluar secepatnya dari bilik itu.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now