عشرة 10

2.3K 147 7
                                    

4 BULAN KEMUDIAN.

Aafiyah mencelik mata apabila mendengar bunyi alarm dari telefonnya. Telefon diambil lalu alarm itu dimatikan.

Kini sudah 4 bulan selepas mereka pulang bercuti bermakna usia perkahwinan mereka sudah mencapai 5 bulan, dia masih merasa sedikit canggung tapi ada yang sudah menjadi kebiasaannya dan tidak mahu dia tinggalkan.

Suaminya yang masih tertidur dipandang. Dahi lelaki itu dikucup lama kemudian dia bergerak ke tandas untuk mengambil wudhu.

Aafiyah kemudian keluar semula dari tandas dan membentang sejadahnya diatas lantai. Telekung di sarung pada tubuhnya.

Dengan lafaz niat tahajjud dua rakaat, gadis itu terus mengangkat takbir. Tanpa dia tahu, suaminya sudah bangun terlebih dahulu.

Amran merupakan seorang yang mudah terjaga dari tidur dan seorang yang sensitif. Pantang disentuh sewaktu tidur, dia akan langsung terjaga tanpa kita sedar.

Bila dia terjaga, dia akan tetap tenang tidak seperti orang lain yang terjaga langsung mencelik mata. Sedar tidak sedar, Aafiyah telah berada di tahiyat akhir solat tahajjudnya.

Amran berpura-pura tidur semula apabila kelihatan Aafiyah memberi salam terakhir. Gadis itu menadah tangan membaca doa selepas solat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan ayat 3 Qul kemudian doa-doa untuk kehidupannya.

"Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil alamin. Wassolatu wassalamu 'ala asyrafil amdiah iwal mursalin, wa'ala alihi wasohbihi wassalam. Allahumaghfirli zunubi wali walidaiyya warhamhum kama robbayani sogiro, wali jami'il muslimina wal muslimat, wal mukminina wal mukminat. Robbana la tuziq' qulubana, baqda iz hadaitana wahablanaa min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.." dia kemudian menyambung doanya.

"Robbana aatina fiddunya hasana, wafil akhiroti hasanatau wakina azabannar, wakina azabkubur, wakina azab kiyama. Wasallallahu ala'saidina Muhammad wa'ala ali saidina Muhammad, walhamdulillahi robbil alamain." telapak tangan yang tadi ditadah disapu ke wajah. Duduknya dibetulkan lalu dia mengambil tasbih digital dan Al-Quran didalam rak dan duduk semula diatas sejadah.

Tangan ditadah sekali lagi apabila terasa doanya bagai kurang.

"Bismillahirrahmanirrahim, Ya Allah ya Tuhanku kau jagalah hubunganku dan suamiku ya Allah. Kau sembuhkanlah penyakitnya, Kau bahagiakanlah dia seandainya aku tak mampu. Kau berilah aku petunjukMu agar aku kekal dalam beristiqomah. Kau peluklah kami dan jauhkan kami dari seksa nerakaMu. Dekatkan kami dengan SyurgaMu. Kau ampunilah dosa-dosa kami mahu yang kecil atau yang besar, sesungguhnya kami maha penzina walau sekecil zarah.."

"Ya Allah, andai ada sesuatu yang buruk hendaj menimpa kami, Kau jauhkanlah. Berilah aku waktu untuk bahagia Ya Allah, sungguh jika dia pergi maka aku kehilangan tempat bergantung. Ya Allah kau muliakanlah suamiku, tempatkanlah dia disisiMu. Kau jagalah dia dari sebarang keburukan. Ya Allah, andai kau tarik nyawanya atau nyawaku, kau tinggalkanlah nyawa kecil dalam perutku sebagai tanda cinta kami. Izinkan aku lahirkan zuriatnya sebelum kau tarik nyawaku.."

"Andai ada yang membuatkan dia gelisah, kau hapuskanlah ia. Sesungguhnya melihat suamiku gelisah saja aku tidak mampu. Ya Allah jika dia ragu dengan cintaku, kau berilah dia pentunjuk. Kau dengarkan dan tunjukkan semua cintaku untuknya. Andai ada yang mengganggu kami, jauhkanlah kami.. Aamiin aamiin ya Rabbal Alamin." tangan disapu ke muka. Kepala ditoleh ke belakang, kelihatan Amran yang sudah duduk diatas katil sambil memandangnya.

Aafiyah hanya menayang senyum tipis.

"Awalnya suami Fiyah bangun. Sini." panggilnya. Amran hanya menurut Aafiyah dan mendekati Aafiyah.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now