ثمانية عشر 18

2.3K 161 11
                                    

AAFIYAH bermain-main dengan jarinya sementara menunggu didalam kereta. Bukannya takut dengan Aiman tapi.. dia tidak selesa. Lagi pula keluarga itu bukan keluarga mertuanya sudah.

Tok Tok Tok

Aafiyah menoleh memandang tingkap. Aiman.. Dia menurunkan sedikit tingkapnya.

"Er.. kenapa?" soalnya.

"Jom turun, bonda panggil kau. Aku pun ada benda nak cakap." ujar Aiman lembut membuatkan Aafiyah hairan.

"Aa okay.. panggilkan Zarith boleh? Saya nak minta pegang." pinta wanita itu. Aiman menjongket keningnya.

"Pegang jela baju aku. Berlapik tu." balas Aiman. Aafiyah menelan liur. Untung tangannya turut berlapik handsock seperti sarung tangan yang tidak menampakkan warna kulitnya.

Tangannya memegang belakang baju Aiman lalu dia keluar dari kereta. Sebaik saja berdiri, dia langsung melepaskan baju Aiman namun malangnya tubuhnya tidak stabil membuatkan dia hampir jatuh.

"Argh!" Aafiyah menutup mata menunggu tubuhnya jatuh ke tanah. Terasa bagai ada tangan di pinggangnya.

"Aafiyah! Hati-hati sikit boleh tak?" soal Aiman turut sama cemas. Aafiyah berdiri tegak melepaskan diri dari Aiman.

Terasa nafasnya bergetar halus. Takut barangkali. Mereka berdua berjalan kedalam tanpa melengah-lengahkan masa. Aafiyah sudah lapar.

Sebaik saja didalam, dia duduk diatas sofa bersebelahan adiknya. Riak wajahnya kelihatan seperti orang yang.. entah gembira atau sedih. Kosong.

"Aafiyah apa khabar? Ya Allah rindunya bonda dekat cucu bonda ni." ucap wanita itu. Tengku Amelya duduk disebelah Aafiyah dan mengusap perut sarat Aafiyah.

"Sihat alhamdulillah tengku." balas Aafiyah membuatkan wajah Tengku Amelya, Aiman dan Nadhirah berubah kelat.

"Aafiyah kenapa panggil bonda macam tu? Macam mana pun terputusnya hubungan kita secara terang-terangan, Aafiyah tetap anak bonda." balas wanita itu. Wajahnya kelihatan sungguh sedih.

"Maafkan saya." balas Aafiyah ringkas. Kepala ditundukkan. Dia tidak mahu berperang dengan perasaannya. Jujur dia rindukan suaminya setelah apa yang jadi.

"Bonda, Ian nak bawa Dirah keluar dengan Kak Fiyah. Pergi Sunway Piramid, nak bawa akak beli makanan." ujar Zarith.

"Lah baiklah. Jaga diri ya, hati-hati. Aafiyah kamu tu dah sarat, jaga sikit makan. Nanti kalau due dah dekat, datang sini. Pantang kamu biar bonda yang jaga." arah wanita itu. Aafiyah menganggukkan saja kepalanya.

Hatinya? Sakit. Kenapa? Kenapa bukan uminya yang cakap begitu? Kenapa harus bekas ibu mertuanya?

"Kami pergi dulu. Assalamualaikum." ucap wanita itu. Dia memaut lengan adiknya lalu sama-sama ke halaman.

Sebaik saja mereka bertiga didalam kereta, Zarith langsung bergerak keluar dari perkarangan rumah Tengku Adnan.

Sebaik saja mereka bertiga didalam kereta, Zarith langsung bergerak keluar dari perkarangan rumah Tengku Adnan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now