ثلاثة وعشرين 23

2.3K 160 11
                                    

AIMAN menolak pintu bilik Aafiyah perlahan-lahan. Kedengaran suara Aafiyah terbatuk-batuk kecil membuatkan perlakuan Aiman terhenti.

Apabila tiada lagi suara batuk, dia masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan Aafiyah terbaring diatas sejadah dengan telekung masih tersarung di tubuhnya. Wanita itu tertidur.

Aiman membuka telekung Aafiyah dan mengangkat tubuh Aafiyah ke atas katil. Al-Quran disimpan diatas meja, telekung dan sejadah wanita itu digantung.

Aiman duduk di atas katil sambil memandang wajah Aafiyah yang tenang dan pucat. Rahangnya diketap memandang wajah polos itu.

Sakit hatinya. Perasaan dan fikirannya berlawan.

Sungguh, dia dengar apa yang diucap Aafiyah sebentar tadi. Bingung.

Sekali lagi suara batuk Aafiyah menjengah pendengaran Aiman. Aafiyah menekup mulut dan berjalan ke tandas tanpa memandang Aiman.

Terdapat darah di tangannya yang tadi menekup mulut. Aiman mengikut langkah Aafiyah ke tandas. Aafiyah membasuh mulutnya yang tadi berdarah. Tekaknya terasa gatal, dadanya pula sakit.

"Kenapa ni?" soal Aiman. Aafiyah dan Aiman melangkah ke bilik semula.

"Tak, saya sakit tekak. Biasalah tu." balas Aafiyah. Tak mahu Aiman risaukan dia walhal hakikatnya Aiman tidak sikit pun risaukan Aafiyah.

"Barang kau pindahkan dekat sebelah." arah Aiman ringkas. Aafiyah mengerutkan dahinya.

"Tak apalah, saya duduk bilik ni je. Sebelah tu kan bilik awak dengan arwah Kak Rissa." Aafiyah menolak lembut. Dia tahu Aiman rindukan kakaknya dan dia tidak sedikit pun menghalang.

"Rumah ni rumah kita, bilik tu bilik kita." tegas Aiman. Beg baju Aafiyah ditarik ke biliknya. Aafiyah mengeluh, dia tidak nampak sikit pun sinar kebahagiaan antara mereka di mata Aiman.

Kelakuan Aiman sangat dingin sedangkan Aiman sebelum mereka bernikah ialah Aiman yang banyak mulut, manis mulut dan bukan seorang yang beku.

"Aafiyah! Kau tunggu apa lagi, sinilah!" jerit Aiman. Aafiyah terkejut dan langsung ke bilik Aiman.

Sebaik saja di bilik Aiman, dia tidak melabuhkan punggung dimana-mana. Tak mahu nanti Aiman menganggap dia tak malu.

"Kau buat apa tercegat dekat situ!?" dingin suara Aiman berkata seakan-akan menjerkah Aafiyah.

Tubir mata Aafiyah terasa panas. Kaki dilangkah mendekati Aiman, Hawa sudah tiada. Mungkin dipindahkan ke biliknya.

Jangan menangis Aafiyah, mungkin dia tertekan sebab kerja.

"Tak payah nak menangis sangat. Lepas Isyak kita turun makan." sinis Aiman. Aafiyah terkedu, kenapa tiba-tiba lelaki itu berubah?

"Kenapa awak.. layan saya macam ni?" soal Aafiyah perlahan.

"Kenapa kau tanya? Kau tak nak tahu apa niat asal aku lafaz nikah nama kau?" soal Aiman. Tubuh Aafiyah ditolak rapat ke kepala katil.

"Kenapa..?" soal Aafiyah. Terasa debaran dadanya mengencang takut.

"Sebab aku nak kau rasa apa yang aku rasa lepas kau bunuh isteri aku." perlahan suara Aiman berkata. Aafiyah terkedu.

Setitis air matanya mengalir laju. Dirinya seakan tidak percaya. Sesak dadanya. Nampaknya jalan yang dia pilih salah. Aafiyah bagai masuk ke kandang buaya.

"Kalau macam tu ada baiknya saya duduk di bilik sebelah." Aafiyah berkata perlahan namun pandangan mata tajam Aiman membuatkan dia menunduk.

"Jangan berani melangkah keluar dari bilik ni kalau kau taknak sakit." ugut Aiman. Aafiyah mengeluh berat.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu