اثنان وثلاثون 32

2.6K 154 6
                                    

AAFIYAH berjalan ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Harusnya sekarang dia sudah ke taman untuk bersiar-siar sebelum bersalin.

Aafiyah menyediakan menu ringkas seperti sandwic telur kerana dia dan Thalia memang tidak menjamah makanan berat apabila waktu pagi. Perut mereka meragam membuatkan mereka akan sakit perut.

Telur rebus dihancurkan Aafiyah didalam mangkuk lalu dituang serbuk lada hitam, mayonis, dan garam. Roti dipotong bentuk segi tiga dan diletak diatas papan.

Setelah selesai, sandwic telur dibawa ke meja makan. Aafiyah kembali ke dapur untuk membuat air teh hijau susu.

Aafiyah kembali ke meja makan membawa teko berisi air teh hijau susu.

Thalia yang sudah berbaju kurung memandang Aafiyah. Sudah berapa kali diberitahu jangan masuk dapur tapi mak buyung tu tetap degil dan masuk juga ke dapur.

"Aku dah pesan kau jangan masak dapur, degillah. Tu tengok kaki kau, kejap lagi bengkaklah tu." tegur Thalia. Aafiyah tergelak kecil.

"Assalamualaikum Miss. Thalia, good morning, how was your sleep?" soal Aafiyah lembut. Thalia mendekati Aafiyah dan duduk diatas meja.

"Waalaikumussalam, elok je. Kau tu tidur okey ke tak? Dah minum susu belum?" soal Thalia. Aafiyah menggelengkan kepalanya dengan senyuman.

"Ish aku dah agak." Thalia berjalan ke dapur untuk membuat susu untuk Aafiyah. Susu khas untuk ibu mengandung bagi melancarkan susu badan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

Thalia keluar semula dengan segelas susu lalu diberi pada Aafiyah. Thalia kemudian duduk dihadapan Aafiyah yang masih memandang wajah Thalia dengan segelas susu ditangan.

"Aku ingat nak call Aiman. At least aku dengar suara dia. Aku rindu sangat Thalia. Aku nak minta redha dia, nak minta maaf sebelum aku bersalin jadi kalau.. aku mati sekali pun, dosa aku pada dia dah tiada." ujar Aafiyah perlahan. Thalia menjongket bahu.

"Ikut kau lah Aafiyah, aku takde hak nak halang. Lagipun mesti dia dah tahu pasal kandungan kau." balas Thalia. Aafiyah mengangguk setuju. iPhone 12 berwarna ungu miliknya.

Nombor telefon Aiman yang masih tersimpan ditekan. Thalia dipandang lama. Betulkah apa yang dia buat sekarang ni..? Thalia menganggukkan kepalanya.

Aafiyah mendail nombor telefon itu dengan penuh rasa berdebar. Hanya bunyi deringan yang keluar sebelum panggilan itu diangkat oleh pihak sebelah.

"Hello? Siapa ni?" suara serak basah Aiman seperti baru bangun cukup untuk meluluhkan hati Aafiyah. Aafiyah mengetap bibirnya rapat apabila kelopak mata terasa panas.

"Call pagi-pagi kalau setakat nak dengar suara aku je tak payah." marah Aiman.

"Assalamualaikum.." ujar Aafiyah perlahan. Aiman yang tadi hendak mematikan panggilan terhenti. Itu suara isterinya.

"Waalaikumussalam.. Aafiyah?" soal Aiman. Thalia berdiri dan berlalu pergi. Dia sudah terlambat, Aafiyah memerlukan masa untuk berbual dengan Aiman.

"Abang.. Aafiyah rindu." balas Aafiyah perlahan. Air matanya mengalir setitis demi setitis.

"Ya Allah mana kau pergi Aafiyah!? Kau bawa anak aku dengan kau tanpa aku tahu kehadiran dia. Kau langsung tak call aku atau bagi petanda. Kau tau.. aku minta kau balik tapi kau langsung tak balik. Kau dah tak sayangkam aku ke Aafiyah?" adu Aiman. Aafiyah menekup bibirnya rapat.

"Aafiyah? Kau dengar ke aku cakap ni?" soal Aiman lagi.

"Saya cuma nak minta maaf dekat awak dari hujung rambut sampai hujung kaki saya. Saya nak minta redha awak, saya taknak ada dosa pada awak. Tak lama lagi saya bersalin, saya taknak mati dalam keadaan berdosa dengan awak." balas Aafiyah. Suaranya sedaya upaya dibetulkan agar tidak terdengar seperti dia sedang menangis.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now