ثلاثين 30

3.1K 178 17
                                    

AAFIYAH memandang bubur dihadapannya. Jujur Aafiyah katakan, perutnya tidak selesa. Dia bagai mahu muntah tapi tidak muntah juga.

Aafiyah merendahkan tubuhnya dan berbaring semula. Aafiyah pasti wajahnya kini pucat. Sudah tiga hari perutnya kosong, kalau dia makan sekali pun pasti muntah.

Aafiyah mengetap bibir erat menahan esakan. Dia rindukan suaminya. Ya, Aiman. Dia mahu dipeluk lelaki itu.

"Aafiyah rindu abang, Aafiyah sakit. Aafiyah nak abang jaga." esakan terlepas dari bibir pucat itu. Air mata yang kian jatuh diseka Aafiyah.

"Aafiyah tak salah, kenapa abang tak nak jaga Aafiyah. Dari awal bukan Aafiyah yang bunuh Kak Rissa pun." lirih Aafiyah. Perutnya yang berisi satu nyawa diusap. Kasihan si kecil itu menjadi mangsa mogok ibunya.

Air mata diseka, tangannya mengambil mangkuk bubur lalu disuap ke dalam mulutnya sendiri dengan hati mengharapkan Aiman datang padanya.

Mangkuk bubur diletak diatas meja semula. Bibir bawah diketap rapat seiring dengan mata dipejam. Mental breakdown seorang ibu mengandung.

Bak kata Dilan, dari movie Dilan 1990.

Rindu itu berat, biar aku saja.

Hakikatnya, Aafiyah sendiri tak kuat menanggung rindunya.

Gelas diatas night stand diambil dan dihirup perlahan. Entah, hilang sudah rasa hendak makan. Ada baiknya dia tidur daripada dia nangis teruk.

Suara ketukan pintu kedengaran, Aafiyah tahu sebentar lagi pintu akan terbuka jadi dia diamkan saja. Mata ditutup seakan hendak tidur.

Klak

"Aafiyah, aku balik ni." Aafiyah mengangkat kepala memandang kearah sosok itu.

"Aafiyah, kau nangis lagi ke?" soal gadis itu. Dia mendekati Aafiyah dan memeluk erat tubuh Aafiyah.

Suara tangisan Aafiyah mulai kedengaran. Tubuh sahabatnya dipeluk erat.

"Aku penat Bella. Aku nak makan tapi tak boleh masuk. Aku nak muntah tapi tak termuntah jugak. Aku nak Aiman dekat sini dengan aku tapi aku taknak dia ada, aku taknak sakit." adunya. Air mata yang berjuraian di birai mata wanita itu.

"Jangan macam ni Fiyah, kau yang pilih jalan ni. Kau buat pun supaya tak sakitkan? Okay lah tu, kau pilih apa yang terbaik untuk kau. Tak apa, semua ambil masa. Dia dah buang kau, tak boleh nak buat apa. Kau tenangkan fikiran dulu, merantau apa semua yang buat kau lupakan dia. Lepas tiga tahun, kau baliklah. Masa tu kalau dia masih sakitkan kau, aku akan bawa kau pergi jauh dari hidup dia." balas Bella, sahabat karib Aafiyah dari sekolah rendah.

Aurora Bella Thalia, seorang guru sekolah menengah yang berusia 26 tahun. Anak kepada pemilik ThaZ Holding. Gadis bertubuh langsing dengan rambut panjang beralun. Wajahnya cantik, secantik bunga tulip. Pandai bersolek, tidak bersolek juga cantik.

"Kau, akan ada dengan aku sampai bila-bila kan..?" soal Aafiyah. Pelukan dilepaskan, wajah Bella ditatap. Bella menganggukkan kepalanya laju meyakinkan Aafiyah.

She's broken inside, what can I do to heal her?

She's broken inside, what can I do to heal her?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AIMAN menatap tajam wajah Fareez dihadapannya. Kalau tidak kerana ada ayahndanya sudah pasti tumbukannya sampai ke wajah Fareez.

"Apa yang jadi antara kau dengan Aafiyah sebenarnya?" soal Aiman dingin. Fareez tertawa perlahan.

"Gambar tu dah jadi bukti, takkan kau tak percaya. Kau nampak gambar tu macam edit ke? Bodoh juga kau ni edit dengan bukan pun tak reti beza." sindir Fareez sengaja menaikkan amarah Aiman.

"Aku tanya elok-elok sial." Aiman memandang wajah Fareez dengan perasaan benci didalam dada.

"Kau yakin? Aafiyah bunuh Arissa? Kau tak rasa pelik ke kenapa dia nak bunuh Arissa sebab cemburu sedangkan masa tu dia masih kenangkan Amran?" provok Fareez. Aiman yang menunduk segera mengangkat kepala.

Apa kena mengena topik ini dengan pergaduhan mereka?

"Apa maksud.. kau?" Aiman memincing mata memandang Fareez. Hairan, sungguh menghairkankan.

"Kau memang bodoh sama macam inspektor upahan kau tu. Aku pembunuhnya. Aku serah diri sekarang ni." mudah balasan Fareez seakan dia tidak takut. Aiman dan yang lain tercengang.

Psycho.

"Kau memang binatang Fareez Al-Iqwal." Aiman melayangkan penumbuknya diwajah Fareez yang masih tersenyum sinis.

"Apa salah isteri aku dekat kau sial!? Dua-dua isteri aku kau aniaya! Arissa dalam keadaan berpantang, Aafiyah dalam keadaan mengandung! Kau memang binatang paling sial!" tumbukan bertubi Aiman membuatkan wajah Fareez membengkak.

Fareez juga tak tinggal diam. Dia membalas semula tumbukan Aiman.

"Sebab aku benci kau! Aku benci nak tengok kau bahagia, kau tak layak! Dari kecil sampai besar kau yang bahagia. Kau yang dapat segalanya, aku? Aku siapa? Aku pun cucu dalam keluarga ni!" amuk Fareez. Matanya memerah menahan tangis.

"Macam ni ke kau nak jadi pemimpin!? Ini ke nak jadi raja dalam Malaysia?? Kau boleh pergi mampus Fareez! Baran kau pun tak dapat tanggung, cemburu pun kau tak mampu nak tahan lepas tu se-enaknya kau nak jadi pemimpin Malaysia?" balas Aiman. Tumbukan padu dilepaskan ke pipi Fareez menyebabkan Fareez jatuh terlentang.

"Fareez! Aiman! Sudah!" pekik nenda membuatkan kedua antara mereka berhenti. Fareez dan Aiman sama-sama mengalirkan air mata.

Fareez, mengalirkan air mata cemburu dan kesal kerana sudah memisahkan sepupunya dari dua wanita kesayangan lelaki itu.

Aiman, menangisi nasib kedua-dua isterinya. Aafiyah dan Arissa tak layak merasakan semua ini. Apa lagi kedua-duanya pergi dalam keadaan hamilkan anaknya.

"Aku benci kau Fareez. Sumpah atas nama Allah, aku benci kau." sumpah Aiman bersaksikan keluarganya.

"Aku tak sumbat kau dalam penjara tapi kau kena ingat, aku akan sumbat kau dalam penjara aku. And masa tu, kau jangan nak menyesal. Mayat kau pun takkan pulang ke istana ni." dengan dada yang berdebar kencang, Aiman meninggalkan kawasan itu dan berjalan keluar dari rumah.

Dia memerlukan Arissa atau Aafiyah. Sangat.

Rasa bersalah kerana niatnya menikahi Aafiyah sangat salah. Harusnya dia mendengar penjelasan Aafiyah terlebih dahulu.

Aiman memandu keretanya ke kubur isteri pertamanya. Kereta di parking lalu dia turun dari kereta. Baru saja hendak berjalan masuk ke gerbang kubur, pipinya ditumbuk seseorang.

"Kau memang tak gunakan? Dua-dua kakak aku dengan kau, dua-dua hancur! Dua-dua hilang!" amuk Zarith. Aiman memandang kearah Zarith yang mengamuk bersama adik susuannya disebelah lelaki itu.

"Apa yang jadi sebenarnya abang? Kenapa Kak Fiyah boleh sampai hilang?" soal Nadhirah dengan penuh rasa kecewa.

"Nothing to explain, abang masuk dulu." Aiman langsung melangkah masuk ke tanah perkuburan dan duduk disebelah makan isteri dan adiknya.

"I'm sorry.."

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

P/S: UASA! Goodluck <3

UPDATE: 13/1/23

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now