خمسة وعشرون 25

2.5K 168 24
                                    

AAFIYAH mengelap pasu kaca arwah isteri suaminya dengan teliti. Pasu itu dipegang erat-erat agar tidak jatuh dan pecah.

Sudah tiga bulan dia dan Aiman bernikah, segala-galanya sudah dia tahu didalam rumah ini. Mengenai kakaknya, keluarga Aiman dan segalanya.

Selama sehari ini, hanya dia dan Mak Yam saja yang kerap membersihkan rumah. Hasnah dan Fitri tiada pula, mungkin dibelakang atau dibilik mereka.

Lenguh pinggang dan bahu Aafiyah membersihkan satu banglo 47 ekar itu. Walaupun tidak semua bahagian, hanya bahagian yang sering dikunjungi mereka tetap membuatkan Aafiyah lenguh.

"Hasnah! Fitri! Cubalah bangkit dari bilik tu bantu Cik Puan mengemas! Kau orang tu kena bayar dengan tengku tau tak!" laung Mak Yam. Kemudian kedengaran suara Hasnah dan Fitri membalas.

"Alah Mak Yam, biarlah Cik Puan tu nak mengemas. Rajin sangat kan?" sinis balasan Hasnah.

"Betul tu Mak Yam, alah setakat satu banglo ni apa lah sangat. Ye tak, Cik Puan?" soal Fitri lagi. Aafiyah mengangkat kepala.

"Eh tak apa Mak Yam, saya okey lagi." Aafiyah menayang senyum kelat. Mungkin pekerja rumah suaminya belum selesa dengannya.

Tak apa, semua ambil masa untuk selesa. Aafiyah faham. Kalau pun pembantu rumah Aiman tidak menyukainya, itu tidak menjadi masalah.

"Tengok? Cik Puan pun tak apa-apa, Mak Yam je yang kecoh." Hasnah dan Fitri masuk ke bilik mereka semua. Mak Yam mengeluh lalu meminta maaf.

"Mama.." Adam mendekati Aafiyah.

"Eh? Sayang dah balik. Anak mama okey?" soal Aafiyah lembut. Pasu dan kain diletak diatas meja lalu dia melutut dihadapan Adam.

"Adam nak daddy." bibir Adam tersebik-sebik menahan tangis.

"Eh kenapa nangis ni? Kejap, mama call daddy ya?" pujuk Aafiyah. Adam menekup wajah di bahu Aafiyah sebaik saja Aafiyah menarik Adam ke pelukannya.

Telefon diambil lalu Aafiyah mendail nombor telefon Aiman. Berdebar jantungnya menanti balasan Aiman.

"Assalamualai—"

"Kau nak apa, aku ada meeting ni?" soal Aiman dingin tanpa membenarkan Aafiyah berkata.

"Adam ni, balik je dah nangis. Dia kata dia nak awak." balas Aafiyah. Rambut Adam diusap.

"Pujuk dulu, another 35 minutes aku balik. Habiskan meeting, aku nak kau bersiap dengan Hawa." arah Aiman. Aafiyah mengerutkan dahinya.

"Tak apalah, awak jalan dengan Hawa dan Adam je. Saya nak bersihkan rumah ni, bahagian atas tak kemas lagi." balas Aafiyah. Aiman mengerutkan dahinya.

"Kak Hasnah, Kak Fitri dengan Mak Yam tak buat kerja ke?" soal Aiman hairan.

"Er.. tak apalah, awak balik dulu baru awak tau macam man— HAWA!" Aafiyah langsung berlari kearah Hawa yang terjatuh dari baby chairnya.

Tubuh Hawa diangkat dan dibawa ke pelukan. Berdebar jantung Aafiyah. Wajah Hawa segera dipandang, bunyi Hawa terjatuh sangat kuat di pendengarannya.

Nyaring suara Hawa menangis memegang mulutnya. Aafiyah membawa Hawa ke dapur dan mencuci mulut Hawa yang berdarah.

"Allah, sayang. Habislah mama." Aafiyah menggigit bibirnya. Wajah Hawa yang merah dibasuh.

"Jangan nangis sayang, kesianlah mama." pujuk Aafiyah. Wajahnya memerah menahan tangis.

"Hello!? Kenapa tu?" soal Aiman.

"Adik jatuh daddy. Dam nampak.. Kak Fitri tolak adik." perlahan suara Adam membalas dengan esakan.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Место, где живут истории. Откройте их для себя