ستة عشر 16

2.2K 150 10
                                    

PANG

"APA YANG KAU BUAT DEKAT BINI AKU!?" tengking Aiman. Dadanya berombak-ombak memandang wajah Aafiyah.

Aafiyah memegang pipinya yang terasa pijar. Sakit.. Aafiyah yang terundur hanya dipandang Nadhirah.

Dia tidak berani mendekat walaupun dia kesiankan bekas kakak iparnya. Kalaulah bonda dan ayahnda ada, pasti mereka melindung wanita itu.

"Tapi saya tak buat.." balasnya perlahan. Aiman mengetap bibir, rambut Aafiyah yang berlapik tudung dicengkam membuatkan kepala Aafiyah terdongak.

"Kalau aku tak nampak kau buat, aku tak tuduh kau tapi pisau tu dekat kau." wajahnya yang garang didekatkan dengan wajah Aafiyah yang tertutup mask.

"Tolonglah dengar dulu penjelasan saya!" jerit Aafiyah benar-benar dihadapan wajah Aiman.

"Aku taknak dengar suara jijik kau! Menyesal aku cuba untuk naikkan semangat kau. Kalau tak sebab kau isteri arwah adik aku, memang taklah aku bazir masa untuk kau!" tengkingnya semula. Tubuh Aafiyah dihempas ke dinding kuat.

"Abang, Kak Fiyah mengandung!" jerit Nadhirah. Aafiyah yang mengerang ditarik ke pelukannya.

"She deserves that! Dia bunuh isteri abang!" marah Aiman. Wajah Aafiyah yang mengendur dipandang tajam.

Tiba-tiba Tengku Amelya, Tengku Adnan, Puan Alisah, Encik Uzair dan Zarith datang membawa Hawa dan Adam.

"Apa yang dah jadi ni? Mana Arissa?" soal Puan Alisah cemas.

"Tanyalah pembunuh tu." balas Aiman. Dia terduduk diatas sofa menunggu. Rambutnya yang panjang dan serabut diraup kasar.

"Apa maksud kamu..?" soal Tengku Amelya perlahan.

"Qan balik kerja Qan nampak pisau dekat tangan perempuan tu. Dia pakai sarung tangan supaya apa? Supaya pihak polis tak tau yang dia bunuh Arissa?" balasnya dengan nada tegang.

"Aku dah cakap aku tak buat! Aku mesej kau yang aku nak balik masa tu pukul berapa? 4:50, kau balik pukul 5 kau rasa sempat ke aku nak tikam kakak aku dalam masa 10 minit? Lepas tu nak cabut pisau segala bagai, sempat ke!?" jeritnya. Kepalanya serabut sekarang. Bahasanya turut bertukar menjadi kau-aku.

"Kak.."

"SEMPAT KALAU KAU TIPU AKU SEBENARNYA KAU BALIK PUKUL 4:30." tengking Aiman. Tengku Adnan menarik Aiman menjauh dari Aafiyah.

"Kalau apa-apa jadi dekat bini aku, kau orang pertama aku kerjakan." ujar Aiman sinis. Aafiyah mengangkat kepala memandang Aiman.

"Dan kalau bukti dah terbongkar bukan aku pesalahnya, kau jangan menyesal Aiman. Kalau kau lupa, suami aku baru meninggal 3 minggu lepas jadi apa motif aku nak bunuh kakak sendiri?" soal Aafiyah turut sama sinis. Sama, seperti saat dia ditindas Aiman sewaktu mereka bertemu buat pertama kali selepas 5 tahun tidak bertemu.

Aiman yang tidak dapat menjawab berlalu dari situ.

"Kamu tikam kakak Aafiyah?" soal Puan Alisah lemah.

"Sebab tuduhan dia tu umi langsung tak percaya Aafiyah? Panggillah Afrina, dia hantar Fiyah pukul berapa. Dia teman Fiyah, tunggu Fiyah masuk rumah." balas Aafiyah.

"Bukan tak percaya kamu tapi.. susah nak percayakan siapa. Buat masa sekarang umi tak mahu tengok muka kamu.. pergilah nak." usir Puan Alisah. Zarith terkedu mendengar ujaran uminya.

"Umi apa ni umi..?" soal Zarith perlahan.

"Zarith jangan masuk campur." larang Puan Alisah. Encik Uzair, Tengku Adnan dan Tengku Amelya sendiri tidak boleh bersuara.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now