ثلاثة وأربعون 43

1.8K 132 14
                                    

"ABANG ingat nak buat kenduri kesyukuran dengan aqiqah Tisya. Rambut dia pun dah mula panjang." cadang Aiman. Aafiyah menjongket kening, cadangan yang bagus.

"Boleh tu, bila?" soal Aafiyah. Tubuh diputar kearah Aiman. Mata tepat memandang ke anak mata Aiman.

"Lusa ni pun boleh, jemput keluarga dengan orang terdekat je." balas Aiman. Aafiyah mengangguk, bolehlah tu.

"Tak sedarkan, dah nak puasa. Lagi lima hari je abang." ujar Aafiyah, bibir menggulung senyum.

"Semoga puasa tahun ni kita diberi rahmat dan hidayah Allah. Semoga ujian kali ni tak seberat ujian sebelum ni." ucap Aiman. Tangan naik mencengkam bahu Aafiyah sebelum tubuh Aafiyah ditarik masuk ke pelukannya.

"InsyaAllah abang." pelukan Aiman dibalas lebih erat. Tenang sungguh hatinya bila dia dengan Aiman.

"Mak Long bagitahu yang Kak Ris jadi officer abang?" ujar Aafiyah. Jantung Aiman mengepam darah dengan kencang.

"Haah.. tapi Fiyah jangan salah faham. Abang tak sedap nak tolak sebab keluarga Fiyah lagipun bukan abang yang tapis semua. Ayahnda yang pilih untuk masukkan sesiapa." Aiman melepaskan pelukan namun tangannya masih mencengkam bahu Aafiyah.

"Aafiyah tak cakap apa pun abang.." riak wajah Aafiyah sedaya upaya dia sembunyikan dengan senyuman.

"Abang tahu tapi abang sebagai seorang suami, abang peka dengan perasaan Fiyah. Fiyah, bila mana abang kata abang menyesal dan abang sedar abang sayang dan cintakan Fiyah, masa tu abang bersumpah dengan diri sendiri yang abang takkan sakitkan Fiyah. Mungkin ada sait-bait rasa tersimpan dalam hati untuk arwah Arissa tak bermakna abang punya rasa pada sepupu kalian yang rupa dan namanya sama dengan arwah."

"Abang tak minta awak percayakan abang tapi abang nak awak tahu yang hati abang dah bertahun lamanya terpaut pada awak. Arissa tu cuma pekerja abang, she have to be professional when she's working with me tapi diluar dia bukan pekerja abang melainkan sepupu kepada isteri abang. Abang suami awak, abang tahu apa perasaan awak, abang ada naluri seorang suami tu. Lain kali kalau ada apa-apa bagitahu direct dekat abang. Jangan simpan sendiri, hati awak dah banyak terluka sebab abang. Jangan lagi sayang.." Aiman menyeka air mata Aafiyah yang terjatuh di bibir Aafiyah.

"Abang cintakan awak."

"Fiyah cintakan abang juga.." ibu jari Aiman yang masih mengusap bibir Aafiyah dialih ke tepi.

"Pantang dah habiskan?" soal Aiman. Aafiyah mengangguk dengan kerutan dahi.

"Good." tubuh Aafiyah dicempung ke bilik utama mereka. Aafiyah tahu apa yang akan berlaku.

Aiman membaringkan tubuh Aafiyah diatas katil, pintu bilik dikunci. Anak-anak? Ada Mak Yam dibawah.

Ya, Mak Yam kembali bekerja dengan mereka diatas arahan Aiman manakala Fitri dan Hasnah dibuang kerja bahkan Aiman mengugut tidak mahu melihat muka mereka atau Aiman pastikan mereka tak boleh pandang dunia lagi.

Ya, Mak Yam kembali bekerja dengan mereka diatas arahan Aiman manakala Fitri dan Hasnah dibuang kerja bahkan Aiman mengugut tidak mahu melihat muka mereka atau Aiman pastikan mereka tak boleh pandang dunia lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now