ثلاثة وخمسون 53

2.2K 181 23
                                    

AIMAN kembali ke ruang tamu. Dia mengambil Atrisya dari pegangan Arissa. Tangan Arissa menggenggam lengan Aiman dengan sengaja namun Aiman biarkan. Bersebab.

Aafiyah menggigit bibir bawahnya. Aiman ni buta ke? Buat tak nampak je? Sukalah perempuan tu pegang-pegang dia?

Makan hati juga dengan suami sendiri. Kakak sepupu sendiri pun, gatal. Panas je hati tapi disabarkan.

Adam menelan liur. Aafiyah didekati perlahan-lahan.

"M-ma.." Aafiyah menjarakkan tubuh dari anak sulungnya.

"Mama.." Adam berura-ura hendak menyentuh tangan Aafiyah namun Aafiyah berusaha untuk menjauhkan diri dari anaknya.

Aafiyah tak mahu terus disalahkan, ada baiknya dia menjauh dulu. Adam nampak agak takut namun dia memberanikan diri.

"Jangan sentuh mama, Adam." tegas suara Aafiyah berkata. Anak mata Adam berkaca-kaca.

"It's not the right time to cry Adam." Adam mengedip-ngedipkan matanya. Adam hanya duduk disebelah Aiman. Aafiyah menyandar di bahu Zarith dan memejam matanya.

"Aafiyah, bangun. Tak sopan tidur dekat rumah orang. Kita tetamu." arah Aiman dengan nada perlahan cukup untuk Aafiyah dengar.

"Dah tu awak berbual lama sangat kenapa?" soal Aafiyah dengan nada yang kedengaran agak kurang ajar.

"Tak boleh tunggu sekejap ke? Keluarga sayang jugakan." balas Aiman.

"Awak tak faham! Dalam ni panas tau tak? Panas sangat! Banyak dosa, semua orang dalam rumah ni reti nak buat dosa je." sindir Aafiyah. Genggaman tangan Arissa pada Aiman dipandang kemudian wajah Mak Ngah dan Mak Long yang berubah.

Aiman langsung melepaskan genggaman tangan Arissa. Mata tajam Aafiyah dibalas dengan renungan lembut Aiman. Isyarat tersirat, tolonglah faham.

"Kalau awak nak berbual, silakan. Zarith, hantar kakak balik." Aafiyah berdiri dan mengambil beg silangnya.

Encik Uzair dan Puan Alisah dianggap tak wujud, Aafiyah beralih ke bapa-bapa saudaranya.

"Pak long, pak ngah, pak lang, pak su, pak tam, mak lang, mak tam, Fiyah balik dulu tau. Tak sedap badan. InsyaAllah ada rezeki nanti kita jumpa lagi." tangan dihulur pada mahram dan muhrimnya kemudian dia dan Zarith beralih keluar.

Aiman turut mengikuti Aafiyah dari belakang dan berpamitan ingin pulang bersama isterinya.

Zarith menghidupkan enjin kereta dan memasang air-cond untuk kakaknya. Radio kereta turut dihidupkan agar kakaknya tidak terlalu tertekan.

Aafiyah kemudian masuk ke dalam kereta Zarith dan menutup pintu dengan rapat. Tubuh disandarkan pada seat kereta. Helaan nafas berat dilepaskan, mata wanita itu terpejam.

Bunyi pintu tertutup tak membuatkan Aafiyah membuka matanya malah dengan tenang dia meminta Zarith membawanya pulang je apartment Zarith.

"Kenapa nak kena balik apartment Zarith kalau boleh balik rumah kita? Apa sayang dah tak sudi nak duduk rumah sendiri ke macam mana?" soal Aiman. Perasaannya bercelaru.

Lagu yang terpasang membuatkan Aafiyah terjeda. Lagu bertajuk 'Kisah Ku Inginkan' yang dinyanyikan oleh Judika dan Dato' Siti NurHaliza.

"Aiman.. Zarith mana?" soal Aafiyah terlebih dahulu tanpa menjawab persoalan Aiman.

"Come on wife, jawab abang dulu."

Aafiyah membetulkan duduknya, dia berhadapan dengan Aiman dan menatap mata Aiman lama sebelum bersuara.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now