Extra Part

2.9K 151 21
                                    

ADAM memandang kubur dihadapannya. Bibir diketap rapat. Dua syurganya. Walaupun yang aslinya cuma satu.

"Mummy.. mama.. Adam, Adam dah besar. Result SPM Adam 13A+. Adam.." air mata mengalir membuatkan dia menunduk. 10 tahun tanpa kasih sayang seorang ibu itu menyakitkan.

"Daddy sakit. Daddy rindukan korang. Adam takut.. Adam taknak daddy tinggal Adam dengan adik-adik. Adam takut tak dapat bimbing adik-adik macam mama buat. Adam takut tak dapat manjakan adik-adik macam mummy buat." tangisnya. Perasaannya hancur apabila mendapat tahu bapanya sakit.

Bayangkan lelaki itu yang membesarkannya tanpa keluhan tiba-tiba jatuh sakit. Lelaki itu bahkan masih mampu tersenyum walaupun organnya sakit.

"Adam rindu.. tolonglah. Apa yang Adam boleh buat untuk lepaskan rindu ni? Hampir tiap hari Adam peluk adik-adik tapi rasanya tak sama. Muka boleh sama tapi vibes dia berbeza sangat." Adam mencabut rumput kering dan diletak ke tepi. Mata Adam semakin merah.

"Lepas ni Adam kena sambung belajar. Besar kemungkinan daddy dengan Pak Su nak hantar dekat luar negara. Adam akan jumpa mummy dengan mama setahun sekali itu pun kalau tiada halangan. Doakan Adam tau? Doa ibu tu berkat. Adam takde ibu, ibu adam cuma mama dengan mummy je.

Biarlah orang nak kata Adam tamak sebab hormat dua-dua ibu Adam. Adam tak suka orang gelar mama as ibu tiri Adam. Mama tetap mama Adam, mummy tetap mummy Adam. Takde beza walau itu hakikatnya tapi Adam tak suka. Adam terlalu sayangkan korang sebab Adam.. korang penguat Adam." batu nisan diusap. Bibir terukis dengan senyuman tawar.

"Terima kasih mama. Jasa mama tak pernah Adam lupakan. Terima kasih bagi Adam adik-adik. Adam bahagia sangat. Adik-adik tak pernah kecewakan Adam ma.. walaupun kitorang takde ibu, itu tak jadi penghalang untuk kami jadi budak baik dekat sekolah. Daddy didik kami elok.

Mama dengan mummy jangan risau, kami jaga daddy elok-elok. Daddy sakit sebab rindu tapi tak apa, kami ada dengan daddy. Mama nak tahu tak? Harith pandai. Cikgu selalu puji Harith ma. Tisya pula baru 11 tahun tapi dah pandai tutup aurat. Hawa ajar dia pakai niqab macam mama. Hawa ajar dia mengaji. Harith 10 tahun dah jadi peserta hafazan dekat sekolah dia, peringkat kebangsaan pun dia juara tau ma.

Kalau Hawa, Hawa dia jadi guru mengaji adik-adik kalau Adam sibuk. Hawa ajar adik-adik pasal agama. Hawa kata nak masuk tahfiz tapi Adam tak izinkan. Adam taknak berjauh dengan adik-adik walaupun Adam yang akan tinggalkan semua adik Adam dan tinggalkan tanggungjawab Adam pada Hawa.

Hawa tak pernah mengeluh walaupun dia penat. Adam selalu nampak Hawa urut bahu sendiri, Hawa menangis sorok-sorok sebab taknak susahkan Adam dengan daddy. Adam tahu Hawa penat, dengan nak SPM 3 tahun lagi. Dia sibuk belajar. Kesian dia.

Doakan kami tau? Semoga mama, mummy dengan papa Am ditempatkan dengan orang-orang beriman. Adam nak balik dah, Hawa dah nak masak selalunya tapi dia sakit. Adam taknak susahkan dia. Nanti Adam datang lagi. Assalamualaikum." berat dia mengangkat punggung bagaikan tak mahu pulang tapi kasihan adik-adiknya di rumah.

Air mata sekali lagi jatuh ke tanah namun diseka.

Air mata sekali lagi jatuh ke tanah namun diseka

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

HAWA duduk di samping katil bapanya. Wajah Aiman yang tertidur dipandang lama. Kepala ditundukkan ke tepi katil sambil dia menahan air mata.

"Hawa..?" Aiman mengusap kepala Hawa yang tertunduk di tepinya.

"Hawa kejutkan daddy ke? Hawa minta maaf." Aiman menggelengkan kepalanya cuma dia yang agak sensitif jika tidur.

"Kenapa Hawa nangis?" soal Aiman lembut.

"Hawa.. Hawa takut." ujarnya. Air mata semakin galak meluncur dari tubir mata Hawa.

"Takut apa ni?" perlahan suara Aiman menanya.

"Hawa takut daddy tinggal Hawa. Hawa taknak. Hawa dah berusaha rawat daddy tapi kenapa takde progress?" teresak anak gadis Aiman. Aiman menyeka air matanya yang turut mengalir mendengar soalan Hawa.

"Daddy dah tua Hawa. 10 tahun dah berlalu." balas Aiman.

"No! Daddy baru 39 tahun. Belum pun 40 apa yang tua?" esakan semakin kedengaran. Adam memerhati dari pintu.

"Kanser tak kira siapa. Sakit tak kira usia. Kalau Allah nak turunkan, Allah akan turunkan." Aiman mengusap kepala Hawa.

Adam melangkah masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah Hawa. Kepala Hawa ditarik ke pelukannya.

"Allah tak adil.. Hawa dah ambil mummy, dah ambil mama. Takkan nak ambil daddy pula..?" tangisnya.

"Macam mana Hawa nak hidup tanpa daddy? Macam mana Hawa nak teruskan hidup Hawa?"

"Hawa, Allah tu maha Adil. Dia ambil semua orang yang Hawa sayang dan dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Mungkin sakitnya di dunia tapi pahala dari Hawa bersabar akan di bawa sebagai bekalan amal di akhirat." pesan Aiman.

Dia memang marah dengan perkataan anaknya tapi kalau dia marah, anaknya akan memberontak. Ada baiknya ditegur secara elok.

"Hawa sayang daddy.." tubuh Aiman dipeluk Hawa dengan erat. Aiman mendepa tangan meminta Adam turut memeluknya.

Air mata Aiman mengalir lagi.

Harith dan Tisya berlari masuk ke bilik Aiman dan naik ke atas tilam turut memeluk Aiman.

"Oh peluk tak ajak Tisya! Sampai hati." Tisya membuatkan mereka semua tertawa.

"Alah Tisyakan selalu peluk daddy, biarlah kakak dengan abang Adam nak peluk daddy pula!" balas Hawa. Adam mengeluarkan slip keputusan SPM dari begnya.

"Daddy.. Adam dapat 13A+." ujar Adam. Slip diberi pada Aiman.

"Alhamdulillah Adam.." Aiman memeluk erat anak bujangnya. Dahi Adam dikucup tanda dia bersyukur.

"Adam dari kubur tadi. Balik terus pergi situ." ujarnya. Aiman mengangguk. Syukurlah anak-anaknya tak pernah lupakan yang dah takde.

Orang silap kalau mereka kata, Aiman dan anak-anaknya melupakan dua isteri Aiman itu. Sungguh tak pernah sekali pun fikirannya terhadap isteri-isterinya hilang.

'Abang dah berjaya didik anak-anak.. mungkin sekejap lagi masa untuk abang yang pulang jumpa sayang..' bisik hatinya.

Kanser hati. Kanser yang mematikan walaupun hakikatnya setelah kematian Aafiyah, roh dan perasaan Aiman turut dibawa pergi. Tinggallah jasadnya hidup di dunia.

Sungguh Aiman hanya bertahan demi anak-anaknya. Dia menjalankan rawatan demi anak-anaknya bukan demi diri sendiri.

'Abang rindu Rissa..'

'Abang rindu Aafiyah.. abang rindu bidadari-bidadari abang..'

P/S: Saya rindukan watak Aafiyah

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

P/S: Saya rindukan watak Aafiyah. Saya rindukan semua watak yang ada.. Happy reading.

UPDATE: 13042023

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora