سبعة وثلاثون37

2.2K 143 8
                                    

DING DONG

Aafiyah memandang Aiman. Atrisya diletak di atas sofa, Aafiyah berlalu ke tingkat atas mengambil tudung dan niqabnya manakala Aiman berlalu ke pintu. Pintu dibuka, kelihatan wajah tiga beradik bersama seorang wanita lain di hadapan pintu membuatkan Aiman menarik senyum.

"Yo bro." Aiman membuka pintu mengizinkan tiga sahabatnya melangkah masuk ke dalam banglonya.

"Waalaikumsalam, masuklah." pelawa Aiman. Karll dan Dayyan menjeling Zarif yang tersengih.

"Assalamualaikum." ucap Karll dan Zarif lalu menanggalkan kasut dan mengikut Aiman masuk ke dalam. Dayyan memandang Dania yang mengenakan t-shirt putih, black leather jacket and pants, black boots serta topi hitam.

"Dania dekat luar jelah, nak borak dengan tu." bibir dimuncungkan kearah dua jejaka bertubuh tegap iaitu bodyguard atau security yang diupah Aiman yang turut merupakan pekerja Masello.

Baru saja hendak berlalu, Dayyan memijak tali kasut isterinya. Dayyan cekap memaut pinggang Dania yang hampir terjatuh. Bahu Dayyan ditampar lembut.

"Kalau jatuh tadi macam mana?" soal Dania geram. Dayyan menjongket bahu sambil menayang smirk.

"Jom, masuk. Ada Aafiyah." ujar Dayyan. Dania langsung memandang Dayyan. Dia tidak tahu pula Aafiyah sudah kembali ke pangkuan Aiman. Bahkan Thalia tidak ada mengabarkannya. Dania akhirnya menagangguk, kaki melangkah masuk ke dalam bersama Dayyan.

Kelibat Aafiyah yang baru turun didekati Dania. Dua wanita itu berpelukan erat dengan bibir tersenyum manis.

"Mana baby?" soal Dania teruja. Aafiyah menunjuk kearah Dayyan yang mendukung Atrisya. Aafiyah menarik Dania ke dapur untuk membuat air.

"Eh takpe biar aku je, kau tu baru habis bersalin!" dengan panik Dania menghalang Aafiyah. Aafiyah dibiarkan duduk diatas kerusi bar dapur.

"Kau tau tak pasal kes baru kita kena handle?" soal Aafiyah. Dania mengerutkan dahinya, jangan kata pihak hosptal minta Aafiyah urus bahagian forensik.

"Aku tahu apa kau fikir, malangnya ye kes tu jatuh pada aku." ujar Aafiyah dengan senyuman tipis.

"Damn! Kau baru bersalin!" marah Dania, dulang air dibawa ke ruang tamu. Aafiyah menjongket bahunya. Ikut jangkaan, Atrisya lahir bulan hadapan tapi excited nak keluar jadi awal beberapa minggu.

Aafiyah mengangkat dulang kuih suaminya ke ruang tamu. Balang kuih diletak dihadapan Karll dan Zarif.

"Makan Karll, Zarif, Dayyan." pelawa Dania. Tiga jejaka bertubuh tough itu menganggukkan kepala mereka.

"Apa perasaan takde bini almost a year?" soal Dayyan. Aiman menjongket bahunya. Dania menjeling Dayyan disebelahnya.

"Nak rasa ke?"

"Eh taknak.." sengih Dayyan. Atrisya diberi pada isterinya.

"So how first born?" soal Zarif.

"Everything was fine." Karll dan Aiman berbual berdua manakala Dania dan Dayyan bermain bersama Atrisya. Zarif dan Aafiyah berbual seperti biasa walaupun agak canggung.

"Long time no see you."

"Right? Kali terakhir saya jumpa awak masa wedding Dania." balas Aafiyah. Zarif mengangguk setuju, entah berapa minggu dah berlalu. Mereka berdua rancak berborak dan kadang pandangan mereka bertembung.

"Dah lama kenal ke?" suara Aiman mematikan topik perbualan Zarif dan Aafiyah. Aafiyah menggelengkan kepalanya.

"Rancak borak, topik apa?" soal Aiman lagi. Nada suaranya kedengaran agak dingin di telinga Aafiyah namun biasa di telinga yang lain.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now