EPILOG

3.7K 180 51
                                    

AAFIYAH memerhati dress putih yang dipakainya. Gaun ini dibelikan oleh Aiman namun tidak pernah dipakai Aafiyah. Baru hari ini rasa nak pakai. Hari kian petang, Aafiyah melangkah ke bilik anak-anaknya. Kelihatan Adam tertidur di lantai bersama Atrisya dan Hawa.

"Besar dah anak-anak mama ya.. Adam pun dah pandai jaga adik-adik." ucap Aafiyah perlahan. Dia duduk bersebelahan dengan Adam dan mengusap kepala anaknya itu.

"Terima kasih anak bujang mama sebab dah jadi anak baik, dah terima mama dalam hidup dia, dah jaga adik-adik dia dan tak susahkan mama. Mama sayang Adam selalu, sekarang Adam dah ada kawan. Ada adik Harith, boleh main dengan Adam sama-sama."

"Tolong jaga daddy macam Adam jaga adik-adik.. Sayang daddy, jangan jadi anak jahat. Mama minta maaf untuk semua salah silap mama." dahi Adam dikucup kemudian dia beralih ke Hawa.

"Anak dara mama ni.. paling manja kalah Harith dengan Tisya tapi dialah yang paling semangat ada adik. Mama sentiasa sayangkan Hawa, tak sikit pun berkurang. Hawa anak baik, tak pernah jahat dengan mama. Mama bersyukur sebab ada anak dara sebaik Hawa. Semoga syurga untuk semua anak-anak mama." rambut lebat Hawa diusap lalu bibir dilabuhkan ke dahi Hawa.

Atrisya yang terbaring di sebelah Hawa diangkat. Aafiyah mendukung anaknya dan dipeluk erat.

"Anak mama, anak mama yang cantik. Nanti besar jadi anak solehah, mama tak selalu ada dengan Tisya. Mama takkan selalu hidup sayang, ada masanya mama akan pergi. Belajarlah sampai kamu berjaya capai apa yang kamu mahu. Sayang daddy sebab mama sayang sangat dekat dia." Atrisya diketak semula di atas kerpet, air mata yang mengalir diseka Aafiyah. Dia melangkah keluar dari bilik anak-anaknya.

"Sayang? Buat apa dekat sini?" soal Aiman.

"Tengok anak-anak tadi. Abang buat apa?" soal Aafiyah.

"Baru balik dari beli bahan masakan. Sayang kata nak makan sup ketam dengan sup ikan?" balas Aiman. Aafiyah menganggukkan kepalanya.

"Mak Yam tengah masakkan sayang dekat dapur. Kita pergi bilik dulu, jom." tangan Aafiyah ditarik ke bilik mereka.

Aafiyah hanya mengikut suaminya. Sebaik saja berada di dalam bilik, mereka melangkah ke balkoni bilik.

Aiman membiarkan Aafiyah duduk kemudian dia duduk di hadapan Aafiyah.

"Happy anniversary sayang.. may Allah bless this relationship until Jannah. I love you till my last breathe." ucap Aiman. Aafiyah tersenyum, pipinya memerah membuatkan dia malu.

"Happy anniversary abang.. may Allah grant you with Jannah for being the best husband ever. I love you, always my syurga." balas Aafiyah. Aiman tertawa perlahan lalu dia menunduk.

"Bidadari syurga Aiman Al-Furqan."

"Bidadara syurga Aafiyah Nur Humairah."

"

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon