أربعة وخمسون 54

2.3K 167 15
                                    

PANG!

"Kamu sedar tak apa kamu dah buat selama ni Aiman Al-Furqan!? Nenda tak pernah ajar kamu jadi lelaki dayus!" Aiman hanya mendiamkan diri membiarkan tangan Ungku Raziah menyakitinya.

Tiada tenaga hendak melawan, isterinya sedang bertaruh nyawa di dalam.

"Jawab Aiman bukannya kamu diamkan nenda!" gesa wanita tua itu.

Aiman sujud di kaki Ungku Raziah. Air mata jantan mengalir memikirkan dosa-dosanya pada si isteri. Tangan yang masih tercalit darah Aafiyah memegang kaki Ungku Raziah.

"Ampunkan Qan, nenda.. Nenda dah didik Qan tapi Qan masih dengan diri Qan." terduduk wanita tua itu, air mata kecewa mengalir di pipinya yang kian berkedut.

"Kamu buat nenda rasa gagal besarkan kamu jadi lelaki yang bertakwa pada agama. Apalah silap nenda masa besarkan kamu, nak.."

Di dalam, doktor sedang mencuba sedaya upaya mereka untuk menyelamatkan Aafiyah. Wajah Aafiyah kian memucat dek darah yang semakin berkurang. Tubuhnya juga semakin sejuk.

Tiba-tiba mesin ECG berbunyi menandakan bahawa mesin itu tidak lagi dapat mengesan detak nadi Aafiyah.

"NURSE, DEFIBRILLATOR 120 JOULES!" laung Dr. Deena dengan cemas. Wanita berusia lingkungan 25 hingga 27 tahun itu menelan air liurnya kasar.

Diluar ada suaminya dan pesakitnya kali ini merupakan isteri pada sahabat adik iparnya yang turut menjadi kenalan suaminya.

Mesin itu ditekap di dada Aafiyah dan ditarik mengejut. Tiada bayangan seperti Aafiyah akan terjaga.

"UP TO 160 JOULES!" mereka mencuba lagi, lagi dan lagi namun masih sama. Dr. Dee mula cemas dan ketakutan.

AAFIYAH memandang sosok seakan manusia yang berpakaian seperti jubah hitam dan menutup seluruh wajahnya duduk dihadapan Aafiyah

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

AAFIYAH memandang sosok seakan manusia yang berpakaian seperti jubah hitam dan menutup seluruh wajahnya duduk dihadapan Aafiyah.

"Kamu.. siapa? Kita dimana?" soal Aafiyah hairan.

"Belum waktunya, kembalilah." balas sosok tersebut. Tongkatnya yang berkepala sabit diletak dilantai.

"Saya lelah, saya nak lari dari semua ni jadi.. boleh tak kalau saya, nak stay?" soal Aafiyah perlahan. Kepalanya menoleh memerhati seluruh tempat. Putih, tiada bangunan, tiada apa-apa. Hanya putih seakan awan.

"Belum waktunya aku jemput kamu nak, teruslah jadi wanita kuat dan bertakwalah kepada Allah dan berserahlah kepada-Nya. Kembalilah sementara masih diberi waktu." sosok tersebut mengusap kepala Aafiyah.

"Tapi saya penat.."

"Ada hadiah yang dikirim Allah untukmu, sedarlah dan jagalah anak itu dengan sebaik-baiknya. Kemudian akan ku.." ayat itu tergantung.

"Alhamdulillah.." Dr. Dee mengucap syukur apabila nadi Aafiyah kembali.

Wanita itu meminta jururawatnya menguruskan Aafiyah sementara dia berlalu ke pintu.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt