ستة وثلاثون 36

2.3K 155 14
                                    

SETIBANYA di perkarangan banglo mereka, Aiman meminta Adam memimpin Aafiyah ke atas. Adam hanya menurut tanpa banyak soal.

Tangan Aafiyah digenggam kemas oleh Adam. Aafiyah tersenyum manis dengan perlakuan anak tirinya. Manis.

"Terima kasih sayang." ucap Aafiyah. Adam mendongak memandang Aafiyah yang tinggi darinya.

"Sama-sama mama." balas Adam dengan senyuman di wajahnya. Mereka melangkah ke bilik Aiman dan Aafiyah iaitu bilik utama.

Aafiyah duduk di atas katil, Atrisya diletak di atas katil. Adam turut naik ke atas katil untuk melihat adik bongsunya. Wajah tenang Aafiyah dipandang.

"Sayang ada nak cakap apa-apa dekat mama?" soal Aafiyah lembut. Adam menggigit bibir bawahnya sebelum kembali memandang mata Aafiyah.

"Ad-am.. rindu mummy." ucapnya perlahan. Air liur ditelan. Aafiyah mengangguk sambil tersenyum.

"Mama tau sayang, mama pun rindu mummy, daddy pun rindu mummy. Mama dekat sini bukan nak ganti posisi mummy dalam hati semua orang okay? Mama takkan cuba dan takkan boleh ganti posisi mummy. Kalau Adam rasa macam tu, mama minta maaf. Nanti mama dah sihat, mama bawa Adam jenguk mummy okay?" pujuk Aafiyah. Air mata bertakung di tubir mata Adam.

"Adam.. mama sayang Adam sangat-sangat. Adam anak sulung mama, satu-satunya anak lelaki mama. Anak yang baik, yang kuat. Mama tak minta Adam sayang mama, mama minta Adam terus kuat untuk daddy. Anggaplah mama ni maksu Adam, pun takpe." tambah Aafiyah. Air mata yang bertakung tadi mengalir membasahi pipi lembut Adam.

"Mama, mama Adam. Mama bukan maksu Adam, Adam sayang mama. Adam tak pernah benci mama, Adam terima mama. Adam minta maaf." tangis Adam. Aafiyah mendepakan tangannya. Adam langsung masuk ke pelukan Aafiyah dan memeluk tubuh Aafiyah. Tangisan dilepaskan di dada Aafiyah.

Suara tangisan Adam membuatkan air mata turut mengalir di pipi Aafiyah. Entah apa yang dihadapi Adam, mesti sesuatu yang berat. Mungkin Aafiyah ada, tapi Aafiyah tetap bukan ibu kandung Adam dan kasih sayang ibu tiri dan ibu kandung tak akan sama rasanya.

"Adam minta maaf mama, Adam sayang mama." tangis Adam. Aafiyah menggelengkan kepalanya, tangan menekup pipi Adam lalu air mata Adam diseka menggunakan jarinya.

"Adam sayang, kenapa minta maaf. Adam anak baik, dah jangan nangis." pujuk Aafiyah. Air mata Aafiyah diseka oleh Adam lalu Adam mengucup pipi Aafiyah.

Teresak-esak Adam sambil memeluk Aafiyah. Pinggang Aafiyah dipeluk erat oleh Adam. Aafiyah membalas pelukan anak tirinya, anak lelaki kesayangannya.

Sumpah, kasih sayang Aafiyah tumpah sebaik saja dia melihat Adam buat pertama kalinya. Wajah Adam yang waktu itu tenang, ceria dan comel diusia seawal 4 tahun. Adamnya sekarang sudah pintar menyimpan rahsia atau perasaannya mungkin disebabkan keadaan membuatkan si cilik itu berubah.

Tekanan perasaan mengganggu Adam. Pembelajarannya, tumbesarannya, keadaan yang memaksakan dia menjadi dewasa disebabkan oleh ibubapanya, hubungan kekeluargaan dan banyak lagi punca Adam tumbuh dalam keadaan hancur.

Aafiyah tahu, ramai remaja bahkan kanak-kanak merasakan hal tersebut dalam proses mereka membesar. Hal ini banyak terjadi bahkan pada Aafiyah sendiri, ramai remaja mengalami depresi, kerosakan mental pada usia muda disebabkan masalah yang mereka hadapi.

Pintu bilik terbuka, tubuh Aiman masuk ke dalam bilik dan Hawa diletakkan diatas katil disebelah Atrisya. Aiman mengerut dahi memandang Aafiyah yang memeluk Adam.

"Are you guys okay..?" soal Aiman hairan. Aafiyah menganggukkan kepalanya seraya mengusap kepala Adam yang masih memeluknya.

"Hey, anak daddy okay tak ni?" soal Aiman lembut. Adam yang memeluk pinggang Aafiyah ditarik. Wajah merah Adam membuatkan Aiman dilanda kerisauan.

"Jangan nangis, daddy ada." pujuk Aiman. Adam yang masih tersedu-sedan dipeluk erat.

Lama kelamaan, Adam terlena didalam pelukan Aiman. Entah rasanya sudah berapa lama dia tidak dipeluk sebegini erat. Bukannya dia tidak minta dipeluk, cuma dia sudah lama ditinggalkan di rumah neneknya.

"What happen?" soal Aiman pada Aafiyah. Adam dibaringkan disebelah Atrisya.

"Adam rindu arwah Kak Rissa." balas Aafiyah jujur. Aiman terkedu, nafasnya bagai terhenti. Bercakap tentang arwah Arissa membuatkan Aiman terdiam.

"Arissa.. Fareez yang bunuh." ujar Aiman. Aafiyah hanya diam tidak memberi reaksi. Dia sudah lama tahu. Aiman bingung memandang Aafiyah yang tidak mengeluarkan reaksi.

"Saya tahu." balas Aafiyah setelah lama berdiam.

"Mana Fiyah tahu? Kenapa tak bagitahu abang?" soal Aiman. Nafasnya naik turun.

"Dah lama, dari mulut Fareez sendiri. Awak ingat waktu kita balik rumah, sebelum saya keluar dari rumah kita?" soal Aafiyah semula. Aiman menganggukkan kepalanya.

"Masa kita dekat istana nenda, saya dekat dapur and Fareez datang dekat saya. Dia beritahu saya, tapi dia ugut saya. Kalau saya cuba beritahu sesiapa, dia.. dia nak Hawa. Dia.." kata-kata Aafiyah terhenti. Nafas ditarik sedalam mungkin.

"Pedophile."

Aiman terpempan. Mata dipejam erat, kekesalan semakin mencengkam jiwanya.

"Fiyah tak explain?"

"Awak tak bagi saya peluang Aiman, kalau awak lupa, saya ingatkan balik. Awak tak pernah bagi saya peluang." ujar wanita itu. Aiman menganggukkan kepalanya. Tubuh Aafiyah didekati.

"Abang minta maaf, abang cuma tahu nak hukum Fiyah. I.. abang dah banyak sakitkan hati Fiyah." Aiman menarik tubuh Aafiyah dan dipeluk erat.

"Awak tak salah Aiman, benda dah jadi.." pelukan Aiman dibalas. Belakang badan Aiman diusap-usap.

"Terima kasih sebab dah jujur. Fareez dah kena penjara, hukum gantung. Ingat nak bagi dekat Zarif je tapi Zarif taknak kotorkan tangan dia dengan darah Fareez." ujar Aiman. Adam dipandang sekilas.

"Pasal Adam, nanti abang bawa dia pergi kubur." tambah Aiman. Aafiyah melepaskan pelukan.

"Saya nak ikut.." balas Aafiyah.

"Kalau macam tu kita pergi lepas sayang habis pantang." Aiman mengusap kepala Aafiyah yang berbalut tudung. Tudung itu ditarik oleh Aafiyah.

"Terima kasih sebab bertahan, banyak benda yang abang nak cerita dekat Aafiyah sebenarnya." Aafiyah mengerutkan dahinya sambil memandang Aiman. Mulut yang menguap ditutup menggunakan tangan.

"Abang akan cerita bila waktu sesuai." ujar Aiman. Aafiyah menganggukkan kepalanya.

Atrisya yang terjaga ditepuk-tepuk agar tertidur semula. Hawa dan Adam dimasukkan ke dalam baby coat bersama Atrisya. Setelah selesai, Adam berbaring di sebelah Aafiyah. Hari mulai mendung membuatkan suasana suram.

Aiman mulai mengantuk, pinggang Aafiyah ditarik rapat padanya. Aafiyah turut membalas pelukan Aiman. Aiman mengucup dahi Aafiyah lama.

"Thank you for being a good wife for me, and a good mother for my kids. Abang sayang Fiyah, cinta pertama abang." ucap Aiman dengan nada yang terkesan sungguh ikhlas.

"Terima kasih juga sebab akhirnya cinta saya terbalas.. I love you." balas Aafiyah. Matanya yang kuyu kian tertutup.

 Matanya yang kuyu kian tertutup

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

P/S: Happy Reading!

UPDATE: 22022023

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now