ستة وعشرون 26

2.4K 155 13
                                    

AAFIYAH turun dari katil tetamu itu membiarkan Aiman memandangnya. Kaki diangkat ke tandas bilik tetamu dengan tangan memungut pakaian mereka.

Aiman hanya tersenyum sinis memandang wajah datar Aafiyah. Aafiyah sakit tapi dia tetap dapat apa yang dia nak.

Aafiyah teresak-esak menahan suara agar tangisannya tidak kedengaran. Belakangnya bagai koyak dicarik-carik. Umi dengan abinya pun tak pernah naik tangan sampai macam ni.

Sakit..

"Kenapa abang tinggal Fiyah.. Fiyah sakit abang." adunya perlahan bagaikan Amran sedang dihadapannya.

Tok Tok Tok

"Cepat sikit! Baju aku dengan kau, aku nak keluar!" laung Aiman berang. Aafiyah menyeka air matanya. Pakaiannya disarung ke tubuhnya. Tubuhnya disarung bathrobe.

Pintu dibuka, pakaian Aiman dihulur pada Aiman diatas katil tanpa matanya memandang lelaki itu sedikit pun.

"Kenapa kau taknak pandang aku? Takut?" soal Aiman sinis. Ini yang dia mahukan, Aafiyah takut padanya.

"Aku tanya ni!" bentak Aiman. Aafiyah langsung mengangkat kepala memandang tepat ke anak mata Aiman.

"Ye saya takut. Saya takut kalau saya melawan, saya digelar nusyuz. Saya takut kalau awak pukul saya, bentak saya, marah saya macam ni.. perasaan benci muncul dalam hati saya. Saya taknak benci sesiapa tapi awak.. awak buat saya rasa nak cuba benci orang semula. Apa salah saya dekat awak hah?" Aiman terkedu memandang air mata Aafiyah gugur.

"Tak boleh ke awak bersabar sikit? Tak boleh ke tunggu keputusan dari pihak forensik? Perlu ke kahwin dengan saya untuk balas dendam. Macam mana kalau saya mati dalam keadaan awak masih berdendam dengan saya sedangkan saya tak berdosa? Saya taknak suami saya ditarik masuk dalam neraka atas dosa dia dekat saya jadi setiap awak buat saya, saya tak pernah sikit pun marah. Saya maafkan awak untuk semuanya tapi awak melampau!" luah Aafiyah. Pintu bilik dibuka perlahan lalu dia berjalan ke lif.

Wajah Fitri dan Hasnah dijeling sahaja. Patutkah dia jadi dia yang dulu agar tidak ditindas? Sebaik lif di tingkat atas, Aafiyah berjalan ke bilik sebelah bilik Aiman.

Masih ada bajunya disitu jadi apa salahnya? Aafiyah menutup dan mengunci tombol pintu. Badannya melorot jatuh dibelakang pintu.

Kenapa mesti dia? Kenapa..? Siapa sebenarnya pembunuh kakaknya? Apa motif pembunuh tu?

Aafiyah berdiri dan membuka bathrobe yang tersarung di tubuhnya. Tuala ditarik masuk ke tandas.

Mandi wajib kawan-kawan.

TENGKU Fareez Al-Iqwal melangkah kaki mencari sepupunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TENGKU Fareez Al-Iqwal melangkah kaki mencari sepupunya. Ramai mata memandangnya kerana dia kacak. Aiman mendekati sepupunya dan menepuk bahu lelaki itu dari belakang.

"Yow bro! How's your days in there?" soal Aiman mengenai Santorini Greece yang dipergi sepupunya walaupun atas dasar kerja.

"Santorini is great duh. You should bring your wife for honeymoon there." balas Fareez. Mereka berdua tergelak kuat.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now