اثنين و عشرون 22

2.2K 148 6
                                    

MATA Aafiyah terbuka apabila terasa usapan di kepalanya. Aiman mengusap rambut Aafiyah dengan senyuman sinis membuatkan Aafiyah gerun.

"B-bila awak sampai?" soal Aafiyah gementar.

"Baru je, elok kau tidur. Bonda pula jaga anak-anak aku." sinis Aiman. Aafiyah meneguk air liur kasar.

"Maaf, saya tertidur tadi." Aafiyah menyalam tangan Aiman. Dia tidak sedap hati sejak Aiman pulang.

"Awak nak makan?" soal Aafiyah perlahan. Aiman menggelengkan kepalanya. Tangan mencengkam batang leher Aafiyah dan bibirnya menyasar di bibir pucat Aafiyah dengan kasar.

Possessive!

Aafiyah memukul bahu Aiman perlahan kerana tidak dapat mengambil nafas namun Aiman mengabaikan. Dia melepaskan ciuman apabila Aafiyah menolak tubuhnya kerana kekurangan oksigen.

Wajah Aafiyah berubah merah. Malu!

"Pakai tudung, kita turun. Malam kita balik." arah Aiman. Dia masih berlembut memandangkan mereka sedang berada di istana diraja.

Aafiyah berdiri dan mengambil tudung sarung labuh miliknya dan disarung di kepalanya. Aiman mendekati Aafiyah lalu tangan Aafiyah digenggam. Mereka berdua keluar dari bilik itu.

Sampai di tingkat bawah, kelihatan Adam bermain lego manakala Hawa berada didalam baby stroller.

"Adam sayang, mana nenda?" soal Aiman. Adam menunjuk ke belakang membuatkan Aiman tahu. Belakang maknanya kebun.

"Awak tunggu sinilah, saya nak tengok bonda kejap." pamit Aafiyah. Aiman mengangguk setuju sebelum ayahndanya yang baru masuk dipandang.

"Man, I want to have a talk with you. As men to men." tegang suara ayahnda berkata.

"What is it?" soal Aiman. Punggung dilabuhkan di sofa hadapan ayahndanya.

"Man kahwin dengan Fiyah semata-mata dendam ke? Apa niat sebenar Man?" soal ayahnda. Aiman membuat muka meluat.

"Ayahnda dah tahu kan? Eloklah tu." balasnya tanpa takut.

"Man, lupakan dendam kamu. Aafiyah dah jadi isteri kamu pun, apa lagi yang kamu tak puas hati? Kita tunggu keputusan dari inspektor tak boleh ke?" soal ayahnda. Aiman mengukur senyum sinis.

"Lama sangat. Dah jelas perempuan tu pembunuh, apa lagi yang nak ditunggu?" soal Aiman sinis.

"Jangan sampai dendam kamu memakan diri kamu sendiri Man. Agama kita tak ajar kita berdendam, sebaliknya memaafkan." tegur ayahnda. Dia yakin sebesar apa pun dendam Aiman, Aiman bukanlah lelaki dayus.

Aiman hanya diam mendengar teguran ceramah ayahndanya. Orang tak nampak, yang nampak dia. Orang tak rasa, yang rasa dia.

"Dia licik ayahnda. Jangan nak tunggu bonda mati baru ayahnda nak percayakan Man." pesan Aiman sinis. Ayahnda beristighfar segera, apa saja yang difikir anaknya itu.

"Dah pukul 5 lebih. Man nak balik." patutnya malam tapi panas hati duduk dekat istana. Tiada siapa yang faham dia.

"Aafiyah Nur Humairah!" laung Aiman. Beberapa saat berlalu, Aafiyah mendekati Aiman.

"Jom, balik." panggilnya. Aafiyah mengerut dahi.

"Bukan awak kata nanti ma.."

"Balik." tegas Aiman. Aafiyah mengangguk patuh. Hawa dibawa naik ke atas untuk dibersihkan.

Menggeleng kepala ayahnda memandang cara Aiman bertegas pada Aafiyah. Memang anaknya buta.

Aiman hanya duduk di sofa sambil memandang televisyen tanpa memikirkan Aafiyah yang susah memikul beg dan mendukung Hawa.

𝐇𝐖: 𝐀𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐅𝐮𝐫𝐪𝐚𝐧 ©Where stories live. Discover now