01

535 19 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Ayah tak rindu Daiyan?

"Ayah masih marahkan Daiyan ya?"

"Tak apa, Daiyan faham. Lagipun Daiyan pun tak mampu nak terima diri sendiri lepas semua yang dah jadi. Apatah lagi ayah kan?"

Dia meneruskan percakapannya lagi dengan bibir yang masih tak lekang dengan senyuman walhal hibanya hati tika ini hanya tuhan yang mengerti.

"Daiyan tahu, ayah mesti malu nak mengaku bekas banduan ni sebagai anak. Daiyan sedar, kalau Daiyan ada kat sini pun mungkin rasa kecewa ayah makin bertambah tiap kali terpandangkan muka ni,"

"Cuma satu yang Daiyan harapkan." Nadanya mulai sebak. Air mata yang cuba ditahan sedari tadi mulai menodai wajah. Tangan tua sang bapa lantas diraih dan dikucup syahdu tak lama selepas itu.

"Sebelum Daiyan pergi, Daiyan nak minta ampun atas segala dosa Daiyan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maafkan semua khilaf anak ayah yang tak kenang budi ni. Redai perjalanan hidup Daiyan. Daiyan tak mahu hidup dalam keadaan dilaknat Allah sebab tak dapat keredaan ibu bapa,"

"Daiyan pergi dulu ayah, assalamualaikum."

Fikiran Daiyan menerawang jauh, terkenang akan perbualan singkat antaranya dengan si ayah yang diputar otaknya berulang kali tak ubah seperti sebuah pita rakaman yang rosak.

"Cik?"

Sapaan seorang pelayan kedai makan yang pada pengamatan Daiyan sudah berada di penghujung 20-an menyedarkannya daripada lamunan panjang.

Bibir lantas menguntum senyum, sedikit sebanyak untuk mengubati hati sendiri yang turut galau.

"Maaf ya cik, dah lewat. Kedai kami nak tutup dah ni," Sopan si pekerja berkata.

Daiyan jatuhkan kepalanya beberapa kali, tanda menegerti.

Makanan serta minuman yang masih berbaki di atas meja dipandang sekilas.

Membazirnya,getus hati kecilnya.

Sungguhpun begitu, dia tetap gagahkan dirinya untuk menghabiskan gelas yang masih tersisa suku air itu dengan harapan rasa bersalah kerana membazir itu dapat dikurangkan sedikit.

Yalah, untuk menghabiskan makanan yang dia pesan kala itu Daiyan turut akui dia tidak mampu. Semuanya disebabkan rasa sedih terlampau yang menyelebungi diri; membuatkan air diminumnya terasa duri dan nasi yang dimakannya terasa sekam.

Usai sahaja gelas berisi air itu kosong, tangan pantas menyeluk beg sandang yang dipakainya. Wang bernot RM 10 lantas dihulurkan kepada pelayan yang sedari tadi menunggunya dengan kesabaran.

"Maaf ya buat abang tertunggu," Daiyan meluahkan rasa kesalnya.

Pekerja itu sekadar menggelengkan kepalanya selepas huluran wang bertukar tangan. Lincah tangannya tak lama kemudian menghulurkan wang baki kepada Daiyan tanpa bantuan kalkulator, menunjukkan betapa luasnya pengalaman dalam bidang tersebut.

Selesai sahaja urusan pembayaran, Daiyan bingkas bangun dari tempat duduknya, bersedia untuk melangkah pergi.

Namun, tak sampai dua tiga tapak melangkah, dia palingkah wajah dan menapak semula ke arah pelayan tadi.

"Abang, nak tanya lagi. Kat sini hotel bajet paling dekat kat mana ya?"

Dahi lelaki itu berkerut, cuba mengingat kalau - kalau tempat yang ditanyakan Daiyan itu ada berdekatan kawasan ini. Sesekali tangannya naik mengetuk dagu, seolah menyuruh akalnya lebih giat bekerja.

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now