45

312 13 1
                                    

Currently in my critical weeks so see you later in December, I think so?
≿━━━━༺❀༻━━━━≾

"Okey, cut!" Lantang suara Kak Engku memberi arahan dan serentak itu, kru penggambaran diikuti para pelakon mula bersurai.

"Thanks for your hardwrork everyone, and you..."

Daiyan kalih wajah. Sedar gerangan dirinya yang sedang ingin dipanggil wanita itu.

"Daiyan," Ucapnya seraya menghampiri Kak Engku yang masih setia di atas kerusi pengarahnya.

"Ha, Dian. Come here. Duit upah you,"

Daiyan garu kening yang tidak gatal. Bolehlah, ada bunyi sikit - sikit tu daripada tiada.

Wang yang dikeluarkan daripada beg tangan Kak Engku itu diperhatikan.

Hai, berbunga riang hati kecilnya melihat terdapat bukan satu tetapi dua keping not RM 50 yang terselit sama dalam kepingan wang.

Namun perasaan itu lantas beralih arah menjadi satu tanda tanya sebaik sahaja Daiyan teringat semula akan perjanjian mereka di awal pertemuan tadi.

"I kasi up sikit you punya upah. Lakonan you, even untuk first timer bagus. I suka tengok. Tak akward," Satu pujian diberikan kepada Daiyan sekali gus menjawab persoalan yang sedari tadi bermain di benak fikiran.

Wang lantas bertukar tangan dan bukan itu sahaja, sekeping kad tentang syarikat produksi di bawah nama wanita itu juga terselit sama.

Lihat daripada gaya, memang Daiyan dapat simpulkan yang insan di hadapannya ini masih baru dalam industri. Termasuk juga anak - anak buahnya.

Rasanya, kali lepas dia melakukan penampilan khas dalam suatu drama dulu boleh kata mendapat satu liputan luas.

"Terima kasih Kak Engku. Kalau tak ada apa lagi, saya pergi dulu ya?" Sungguhpun begitu, Daiyan malas untuk panjangkan tajuk. Dia memilih untuk pamit

Daiyan buka langkah setelah pemergiannya mendapat keizinan. Wang upahnya dimasukkan ke dalam poket apron.

Bibir masih terlakar senyuman manis.

Yalah, kalau dulu Saloma mula terkenal selepas menjadi bidan terjun sebagai penyampai radio. Lebih kuranglah dengan dia, menjadi pengganti ekspres untuk pelakon pembantu. Mudah - mudahan sahaja, ada rezekinya.

"Ya, Abang Abby? Kenapa?" Berkerut dahi Daiyan tatkala dia palingkan tubuh selepas terasa namanya seperti dilaung.

"Abang punya bos, katanya nak jumpa Daiyan kejap,"

Dan tak sempat Daiyan mencerna maklumat yang disampaikan, Abang Abby sudah berdesup lari entah ke mana. Daiyan ditinggalkan dengan seorang lelaki yang Daiyan sendiri tidak pasti saat bila dia tiba.

"Nama you Daiyan, kan?" Si lelaki terlebih dahulu memilih untuk mulakan bicara.

"Ha," Sepatah sahaja jawapan yang diberi lantaran Daiyan gunakan peluang itu untuk mencuri pandang wajah jejaka yang kini berdiri di hadapannya.

Aih, muka tu kalau boleh... bekulah lagi! Tadi, waktu berlakon bukan main manis lagi senyum. Hati Daiyan sempat mengutuk di situ.

Tak tahu agaknya, senyum itu satu sedekah.

"You dengan Daiyan Awiena tu orang yang sama ke?"

"Ha?"

Kali ini, wajah Daiyan berkerut habis.

Itu nama samarannya dahulu tetapi...?

Tuhan Akhiri DeritakuWhere stories live. Discover now