09

254 13 0
                                    

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Daiyan celik matanya perlahan. Saat cahaya terang dari lampu pendarflour mula berlumba - lumba memasuki retina mata, kedua - dua belah tangannya lantas naik menutup wajah. Silau!

Lama sangatkah dia pengsan? Timbul persoalan itu di benak fikirannya.

Dia ada di mana? Satu lagi soalan timbul. 

Daiyan hidu bau ruangan yang dia duduki sedalamnya. Akalnya kuat mengatakan, bau ini bukanlah sesuatu yang baru buatnya, bahkan dia pernah berada dalam situasi yang sama dengannya.

"Kau ada dekat hospital. Doktor kata kau pengsan sebab dehydration. Punca daripada food poisioning. Lusa kalau tak ada apa - apa kau dah boleh discharge," Luth bersuara dari tempat duduknya yang tak seberapa jauh dari katil Daiyan seolah mengerti perkara yang sedang bermain di fikiran wanita itu.

Daiyan yang mendengar terasa geli hati hendak ketawa dengan sifat selamba yang ditonjolkan Luth. Tak sedar gamaknya lelaki itu, asbab Daiyan perlu berada di sini disebabkan ulahnya.

"Sebelum aku terlupa, ini ada sesuatu untuk kau," Ucap Luth seraya bingkas bangkit daripada duduknya. Dia atur langkah ke arah katil hospital Daiyan.

Sehelai kertas yang telah berlipat Luth keluarkan lalu diletakkan atas meja orang sakit milik Daiyan.

Alis mata Luth terangkat, seolah memberi isyarat untuk Daiyan melihat isi kertas itu.

Tanpa banyak dalih, Daiyan hanya menuruti bahasa badan Luth itu. Lipatan kertas dibuka dan bait - bait kandungannya dibaca sebelum matanya membulat.

"Itu bayaran bil hospital kau. Aku dah tolong bayarkan tapi macam biasa, aku nak duit aku balik," Luth bersuara sementelah matanya dapat menangkap sendiri reaksi tak enak yang dipaparkan wajah mulus itu.

"Kejam," Perkataan itu laju meluncur di bibir Daiyan.

"Awak kejam Luth. Awak bukannya tak tahu berapa banyak yang saya dapat sehari bila kerja dengan awak. Kalau kata awak dah sayang sangat dekat duit awak, kenapa tak admit je saya kat mana - mana hospital kerajaan awal - awal dulu?!" Daiyan menyoal keras dengan air mata yang kian mengalir deras. Perkataan kejam itu ditekan lagi buat kali kedua, menerangkan rasa frustrasinya.

"Sampai bila? Sampai bila awak nak terus hukum saya atas kesalahan yang saya tak buat? Awak fikir apa? Saya suka dikahwinkan dalam keadaan mengaibkan macam tu?" Luah Daiyan dengan mata yang berkaca memandang wajah Luth.

Penat. Itu perasaan Daiyan apabila dia tetap perlu menanggung sesuatu yang secara hakikinya bukan silapnya.

Sudahlah rasa sakit di tubuhnya masih bersisa, kini  Daiyan perlu pula berhadapan dengan Luth dan perasaan bencinya.

Pandangan mereka bersabung selama beberapa saat sebelum Luth secara tiba - tiba mencekak kolar gaun hospital yang dipakai Daiyan sehingga tubuh itu turut terdorong sama ke arahnya.

"Kau ingat aku berdendam dengan kau sebab tu je ke? By the way, kau cakap apa tadi? Aku, kejam? Habis tu, apa yang kau buat dulu baik, mulia sangat?"

"Memangnya apa yang saya pernah buat dekat awak Luth?!" Nada yang digunakan Daiyan sama tingginya, tidak mahu mengalah.

"21 Januari. Seorang wanita kakitangan syarikat pelancongan disahkan mati di tempat kejadian dipercayai selepas dilanggar pemandu mabuk. Walaubagaimanapun, suspek kejadian hanya mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan," Luth sebut patah demi patah perkataan dengan suara yang berada di celahan gigi.

Tuhan Akhiri DeritakuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora